Istimewa Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Johor

Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Johor ini perlu saya warwarkan sebab saya memang sangat cintakan ilmu. Tawaran Latihan Kemahiran yang dikendalikan oleh DK Training & Advancement Centre (DTAC) ini perlu direbut oleh anak jati Johor!

Kalau anda merupakan anak jati kelahiran Negeri Johor, ingin menyambung menuntut ilmu tetapi tidak layak untuk memohon di Universiti-universiti di Malaysia ni, jangan risau. Memang artikel Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Johor ini istimewa saya kongsikan untuk anda.

“DK Training & Advancement Centre (DTAC) menawarkan kepada seluruh anak Johor peluang untuk menyambung pelajaran latihan kemahiran dalam bidang Mekatronik dibawah Program “Tawaran Latihan Kemahiran Anak Johor”.” sumber:  Laman Web Rasmi DTAC

Serba sedikit pengenalan ringkas mengenai DK Training & Advancement Centre (DTAC) ini adalah institusi ini telah ditubuhkan pada akhir tahun 2009 dan merupakan Pusat Bertauliah yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) atau dulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Malaysia bagi Kursus Juruteknik Automasi (H-176-2) dan Kursus Juruteknik Automasi Kanan (H-176-3).

Sekiranya anda berminat dengan bidang Mekatronik, rasanya tidak salah rebut peluang istimewa Tawaran Latihan Kemahiran yang ditawarkan ini. Tapi, maaf ya. Tawaran hebat ini hanya terbuka untuk anak jati Johor sahaja. Maksudnya, sebelum nak memohon tu kenalah “double check” angka tengah Nombor kad pengenalan dulu. hehehe! Pastikan kod 01 ya.

Ok sambung,  DTAC ini juga sangat berpengalaman dan giat menganjurkan bengkel atau program-program jangka pendek untuk individu-individu dan institusi yang yang berminat dalam bidang ini seperti:-

1) Bengkel Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar sekolah.
2) Bengkel Pengurusan Organisasi dan Seminar Kerjaya bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.
3) Bengkel Pembangunan Usahawan bagi mana mana organisasi dan lain-lain bengkel mengikut permintaan organisasi.

Tawaran Latihan Kemahiran Anak Johor

Sekali lagi saya nak warwarkan berita istimewa ini buat mereka yang mendapat keputusan SPM yang agak kurang memuaskan pihak Universiti, tetapi janganlah sedih sangat ya sebab anda masih boleh rebut Tawaran Latihan Kemahiran Anak Johor ini.

Sijil apa yang para pelatih bakal terima selepas tamat menjalani latihan kemahiran ni? Baiklah saya kongsikan di sini ya. Kursus dibawah program “Tawaran Latihan Kemahiran Anak Johor“ merupakan Kursus Mekatronik, jadi para pelatih bakal memegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Berbaloikan?

Ingat semua orang ke boleh dapat sijil kemahiran macam ini? Bila sudah ada sijil Kemahiran Malaysia ni, senanglah sikit nak cari kerja dekat luar nanti. Jangan risau sangat kalau tak dapat masuk universiti macam orang lain ok, Pihak DK Training & Advancement Centre (DTAC) sedia membantu anda!

Nanti, ada lagi best dengan Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Johor ni ok. Pelatih juga akan menerima elaun sara diri sebanyak RM 300 sepanjang tempoh latihan dijalankan. Ya Allah untungnya!! Tempoh latihan adalah selama 18 bulan iaitu bersamaan 1 tahun setengah, jadi kiralah sendiri berapa pihak DK Training & Advancement Centre (DTAC) dah berbesar hati nak tanggung anda. Kan?

Oklah, rasanya cukup dulu untuk kali ini. Saya sudah merajinkan diri berkongsi artikel berkenaan Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Jati Johor ni, jadi kalau anda rasa anda berminat nak turut serta dalam komuniti ini, bolehlah rujuk maklumat lanjut di laman web rasmi DTAC dan boleh juga berinteraksi melalui Facebook DKTraining ok. Selamat maju jaya!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Istimewa Tawaran Latihan Kemahiran Untuk Anak Johor

  1. Bagus ni,boleh roger kat kawan-kawan yang lain,mana tahu dorang berminat
    wazy´s last blog post ..Perkembangan Bayi Anda: Trimester Pertama

  2. bukan senang nak dapat peluang latihan macam ni.. kos mekatronik.. sangat2 menarik, sy pernah apply dulu, tapi tak dapat
    zuan´s last blog post ..Rezeki 1 Ramadhan

  3. ada elaun sara diri lagi, jangan lepaskan peluang untuk anak2 johor ye…
    Denaihati´s last blog post ..Mari belajar buat blog dengan WordPress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge