Harga Hidup Kita

Harga hidup kita. Hari ini saya nak sembang santai sahaja. Tiada unsur marketing atau apa-apa. Saya nak lari daripada topik hangat pasal Affiliate Marketing, cara buat duit online atau apa sahaja tentang duit. Mari kita bercerita pasal hidup. Sudah berapa lama anda hidup?

Berapa lama kita hidup bukanlah subjek utama pada saya tetapi ada yang lebih penting iaitu, berapa lama kita “benar-benar” hidup sebagai hamba Allah yang 1 hari nanti akan kembali bertemuNYA? Kadang-kadang saya lihat ragam manusia-manusia di kota besar macam Kuala Lumpur, contohnya.

Yang kaya sibuk mencari duit nak tambahkan kekayaan. Yang miskin sibuk mencari sesuap nasi untuk hari tersebut. Yang cantik sibuk nak cari produk terbaru nak kasi muka tu bertambah cantik dan macam-macam lagilah ragam. Saya selalu ke Kuala Lumpur, jadi sering jugaklah ke KLCC. Tapi, saya jarang bershopping di situ sebab saya memang khayal tengok gelagat manusia yang “berfoya-foya” habiskan waktu dekat situ.

Ini cuma observation rambang saja ya.

Ok, saya sedikit sedih bila tengok orang yang seagama sendiri buat endah tak endah dengan suara azan. Berbeza sangat suasana di Tanah Arab. Di sana, masuk saja waktu azan memang semua kedai tutup termasuk Starbucks. Kalau buka pun, cuma untuk pelanggan yang memang sudah ada di dalam kedai itu. Sebarang urusniaga dihentikan. Pelanggan kena tunggu sehingga 20 minit macam tu, sampai peniaga habis solat.

Tapi di Malaysia?

Waktu azan, berpusu-pusu shopping. Waktu azan, sibuk cari tempat nak makan. Saya perhatikan gelagat orang. Dengar suara azan sekadar dengar kosong saja.  Sedih dalam diam. Kalau yang berperwatakan biasa-biasa tu saya tak kisah sangat, tapi yang berkeluarga, si isteri memakai hijab pun sama je. Kita jangan tengok waktu solat Asarlah ya. Kita tengok waktu solat Maghrib yang masanya singkat. Kalau dengar suara azan pun pandang acuh tak acuh, agak-agak murah ke mahal harga iman kita tu? Hmm

Sebenarnya hidup kita ni bukan untuk mencari duit, bukan untuk cari kegembiraan, bukan untuk shopping, buka untuk layan suami, layan isteri, layan anak-anak semata tapi kita ada misi lebih daripada itu. Dulu, saya ingatkan suami/isteri/anak-anak ni harta daripada Allah yang “positif”, tetapi bila saya fahamkan ayat dalam Al-Quran, rupanya suami/isteri/anak-anak ni harta yang Allah beri untuk “uji” kita saja. Mereka ini boleh melalaikan kita daripada lakukan ibadat. Contoh?

Berapa ramai ibu yang buat alasan tak boleh ke majlis ilmu kerana perlu layan makan minum suami dan tak boleh tinggalkan anak-anak? (ini kes anak yang dah boleh jaga diri sendiri ya, bukan bayi). Inilah bentuk ujian. Memang ada disebut dalam Al-Quran.

Harga hidup kita ada pada tanda keimanan sebenarnya. Kalau kita orang yang ada sedikit iman, kita tak akan bermati-matian cari duit sampai leka tak tunaikan solat. Kalau kita ada sedikit keimanan, kita tidak risau tentang suami/anak-anak sebab kita tahu Allah akan jaga mereka dan macam-macam lagi.

Ini semua berkait rapat rasa keimanan kita. Harga hidup kita bukan pada nilai wang

P/S: Dah borong baju raya ke???? 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

7 responses to “Harga Hidup Kita

  1. Deep betol ni..
    tapi mmg betol pon..
    Fakarepain´s last blog post ..iPhone 5S DAN iPhone 6 BAKAL DILANCARKAN SEPTEMBER INI

  2. Inilah realiti kehidupan sekarang. Islam jadi budaya. Bagaimana boleh puasa penuh tapi tinggalkan solat sedangkan darjat solat lebih tinggi. Itulah penyakit budaya.
    Naziman Azlye´s last blog post ..Manusia dan Nasihat Berpisah Tiada

  3. betul jgk, biarlah seiring.
    eiela´s last blog post ..Delima Home Pusat Perabut Di Hujung Jari

  4. kebanyakan urusan duniawi membuat kita jauh dari agama kita, di mata Allah SWT harga dan derajat kita di nilai dari keimanan bukan dari kekayaan dunia. waktunya untuk berbenah dan berubah 🙂
    Rina´s last blog post ..Easy Ways To Create And Build A Responsive Website Design

  5. Berwaspadalah daripada terleka dengan sesuatu yang tidak kekal
    halif´s last blog post ..Mencari Damai Dihati, Talbiah Panggilannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge