Begini Agaknya Kalau Al-Quran Sudah Di Hati

Sebenarnya tidak tahu bagaimana nak mulakan artikel ini. Rasa macam tidak perlu menaip, tapi ada suara yang berbisik seolah-olah suruh saya kongsikan perasaan unik ini. Saya nekad, saya akan teruskan juga artikel tidak seberapa ini. Mula-mula saya nak bertanya semua yang sudi membaca artikel ini (kalau ada)

Soalannya mudah. Sehari, berapa kali naskah Al-Quran yang anda buka? Sehari, berapa muka surat daripada naskah Al-Quran yang anda baca penuh khusyuk? Sehari, berapa banyak ilmu daripada naskah Al-Quran yang anda dapat dengan mentadabbur ayat-ayat Allah itu?

Baiklah, sebenarnya soalan-soalan itu adalah soalan yang pernah saya soalkan pada diri saya sendiri suatu masa dahulu di depan cermin. Saya masih ingat lagi, pagi itu saya ambil Al-Quran yang sudah lama berada di dalam bilik tidur saya. Al-Quran itu pemberian ibu untuk saya.

Cuma, jahilnya saya. Saya anggap Al-Quran itu cuma sekadar perhiasan dalam bilik seorang anak muda Muslim macam saya. Seolah-olah itu petanda yang saya beragama Islam bila ada tetamu yang masuk ke dalam bilik saya nanti. Padahal, bertahun-tahun naskah Al-Quran itu tidak saya sentuh. Berhabuk.

Pagi itu, saya ambil Al-Quran yang berhabuk di atasnya. Saya buka helaian pertama dan saya baca. Cuma, kali ini saya tidak membaca Al-Fatihah tetapi saya membaca terjemahan daripada surah Al-Fatihah itu. Menggigil, menitis airmata. Saya tutup kembali naskah Al-Quran itu.

Saya peluk erat-erat. Dalam hati saya memohon doa seikhlas yang boleh pada Allah sebab terlalu lama saya abaikan “kata-kata-NYA”. Sedarlah saya, kenapa hati saya terlalu berat setiap kali nak melakukan ibadah-ibadah termasuk ibadah wajib.

Begini Agaknya Kalau Al-Quran Sudah Di Hati. Sejak daripada itu, saya rajinkan diri membaca tafsir ayat-ayat Al-Quran. Semakin saya baca, semakin saya seronok. Saya rasa kagum sebab semua sejarah dalam Islam ada dalam Al-Quran. Semua hukum-hukum tentang nikah kahwin ada tersebut juga. Jahilnya saya, baru tahu.

Makin hari, semakin saya jatuh cinta. Bayangkan, sehari saya tidak dapat baca tafsir ayat-ayat Al-Quran, saya tidak tenang. Saya sentiasa tertunggu-tunggu waktu solat sebab tak sabar nak tahu cerita selanjutnya yang Allah nak ceritakan pada saya menerusi ayat Al-Quran itu. Sampai begitu sekali rupanya bila kita sudah jatuh cinta  🙂

Walaupun cerita-cerita di dalam Al-Quran itu tidak teratur, melompat-lompat, kejap cerita pasal Firaun, kejap cerita pasal Nabi Musa tapi itulah yang buat saya teruja. Sama perasaan macam baca novel! Ada masa saya menangis, ada masa saya tersenyum, ada masa saya menggigil.

Kenapa saya berkongsi cerita peribadi ini? Entahlah. Mungkin ada baiknya saya berkongsi, mana tahu ada yang mahu mengikut untuk sama-sama mentadabbur Al-Quran waktu bulan Ramadhan 2013 ni nanti. Cubalah bercinta dengan Allah menerusi Al-Quran, indah sebenarnya  🙂

p/s:  Seperti yang dijanjikan dalam artikel Anda Perlukan Khidmat Doktor FB, InsyaAllah esok saya akan  siarkan artikel khas daripada blogger jemputan saya

Artikel Berkaitan

6 responses to “Begini Agaknya Kalau Al-Quran Sudah Di Hati

  1. Al-Quran sangat2 perlu sentiasa berada dengan kita. Sangat terharu bila baca entri ni. hehe. Bulan puasa ni nak kena pakse diri saya baca banyak2. satu muka selepas solat pun jadi lah. 🙂
    Amirul Bin Ramli´s last blog post ..Bagaimana mengatasi sikap malas. Apa dia? Malas nak baca?

  2. tanam al-quran dalam diri kita, sambil2 baca tafsir kena cari hadis penerangan juga 🙂
    Khairul Zamri´s last blog post ..Fuh Dot My | Mencetus Fenomema

  3. terima kasih kongsi cerita. setuju sangat-sangat, semakin banyak kita baca dan faham (walaupun sebahagiannya) makin rasa banyak yang tak tahu.
    Denaihati´s last blog post ..Mari belajar buat blog dengan WordPress

  4. berapa tingkatan surga yang kita dapatkan bergantung juga pada berapa banyak ayat2 Al Qur’an yang kita baca dan terapkan dalam keseharian
    mari kita isi hari2 dengan membaca dan mengamalkan kandungan Al Qur’an 🙂
    Rina´s last blog post ..Basic CSS : UL OL & LI List Style Type, Position, Image, & Horizontal Property

  5. Sharing yang sangat berguna untuk saya, betapa Al Qur’an memberi begitu banyak pengetahuan.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge