Anda Perlukan Khidmat Doktor FB

Berita gembira nampaknya buat mereka yang menjalankan perniagaan online sudah lama tapi masih belum nampak rezeki untuk dapat jualan. Belum ada rezeki, kena biasa-biasakan bersedekah. Ini resepi utama Allah beri. Kedua, kenalah usaha.

Untuk artikel berkenaan ajaibnya bersedekah ni bolehlah anda klik pada artikel Pantas Seru Rezeki RM20 Dibalas RM200 saya yang lepas. Kali ini, saya cuma nak berkongsi berita gembira yang saya terima dalam email peribadi saya je iaitu 1 lagi aplikasi buat duit online. Doktor FB!

Sejak saya kongsikan sedikit pengalaman saya berbisnes secara dropship tanpa modal yang banyak di artikel Epic Pocket Perniagaan Online Dropship Istimewa Bagi Usahawan Malaysia yang lepas, boleh dikatakan setiap hari (yang ini saya tipu) ada sahaja yang bertanya Tips buat duit dengan bisnes online, macam mana saya dapat hasilkan duit beribu hanya dengan mempromosikan produk di Facebook dan blog sahaja.

Nak sembang banyak pun saya tak pandai sebab saya baru setahun jagung. Jalankan bisnes dropship pun saja suka-suka tapi rupanya memang sangat mudah dapat duit dengan guna Facebook sebagai platform jual beli. Saya belum pernah lagi beli pakej iklan di mana-mana untuk tujuan promosi produk Al-Quran Pelangi Murah saya. Cukup di Facebook, rezeki alhamdulillah.

Jadi, apa itu aplikasi Doktor FB? Secara ringkasnya, aplikasi ini akan membantu anda yang terlibat menjalankan bisnes online di Facebook dengan membantu meningkatkan jumlah “leads” dan jualan produk anda.  Doktor FB ini menggabungkan kuasa Viral di Facebook dengan 1 sistem detik masa seperti yang digunakan di website Groupon. Teknik ini akan buat pelanggan anda bertindak dengan lebih pantas untuk terus membeli produk!

Dekat website Aplikasi Doktor FB ini ada diterangkan dengan lebih jelas lagi macam mana aplikasi ini berfungsi. Harga? Harga mungkin agak mahal sikit tapi pada saya tak mahal sangat sebenarnya sebab logiklah, saya yang pernah buat dropship tanpa bantuan aplikasi mana-mana pun dapat untung beribu, kalau guna alikasi berbayar macam ini tentulah pulangan lebih tinggi. kan?

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu ya perkongsian tidak seberapa untuk Jumaat ini. Minggu depan kita akan mula berpuasa dan insyaAllah minggu depan ada 1 artikel daripada blogger jemputan yang juga pembaca blog saya, saudara Sabree Hussin. Tunggu

Artikel Berkaitan

5 responses to “Anda Perlukan Khidmat Doktor FB

  1. Wah macam menarik je doktor FB ni… nk try gak iklan dekat FB pasni… hehe
    Amirul Ramli´s last blog post ..Macam mana kalau umur kamu sekarang 67 tahun? Agaknya gembira atau……

  2. menarik, benda baru mesti ramai yang minat, sebelum tu mesti nak kena faham dr.fb…

  3. Pingback: Lizarazak Dot Com Kini 5 Tahun | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge