Perkongsian Tips Mudah Hamil Dengan Buah Zuriat

Tips mudah hamil dengan buah zuriat ini saya kongsi khas untuk wanita-wanita yang dah lama berkahwin tapi masih belum ada rezeki nak dapat zuriat ya. Saya dapat tips mudah hamil dengan buah zuriat ini daripada Mutawwif masa Umrah dulu.

Mudah Hamil Dengan Buah Zuriat

Perkongsian Tips Mudah Hamil Dengan Buah Zuriat

Rasanya ramai juga yang tahu pasal khasiat buah zuriat ini kan? Tapi mungkin cuma tak tahu macam mana nak buat dengan buah zuriat yang keras macam batu ni jelah kot. hahahaha! Masa saya first time jumpa buah zuriat, memang saya pandang tak pandang je sebab tak tahu buah apa. Pelik sebab keras sangat.

Tapi, bila saya pergi umrah sekali lagi ada pula kawan-kawan yang mintak tolong belikan buah zuriat. Jadi, saya tanyakan pada mutawwif yang bawa kami masa umrah dan beliau tunjukkan buah yang keras ni. Lah, ada khasiat rupanya!!

Cuma, orang Mekah tak biasa sebut buat zuriat. Mereka sebut buah Siti Mariam sebab katanya lepas makan buah zuriat inilah Siti Mariam dikatakan mengandung. Siti Mariam dapat ilham untuk makan buah zuriat ini masa tengah duduk bersandar bawah pohon. Lepas makan, tak lama lepas tu Siti Mariam mengandung. Jadi, orang kita jadikan as salah satu usaha untuk mudah hamil. Dengan izin Allah pastinya.

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara kalau tak silap saya untuk makan buah zuriat ni untuk tujuan mudah hamil tapi dekat sini saya kongsikan sumber daripada blog ini untuk bantu anda ya. Semoga bermanfaatlah perkongsian ini. Kalau ikut blog ini, beliau cuma kongsikan 2 cara sahaja.

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x). Tapi perlu diingatkan  juga ya janganlah bergantung pada makan buah zuriat ni sahaja tanpa ada keyakinan sepenuhnya pada Allah S.W.T. Untuk banyak lagi Rahsia Mudah Hamil, sila klik link ini dan keluarkan sikit modal ataupun paling mudah keluarkan sedekah untuk dapatkan rezeki anak. Wallahualam

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

12 responses to “Perkongsian Tips Mudah Hamil Dengan Buah Zuriat

  1. Masa dekat mina banyak buah ini dijual semasa musim haji, tapi saya tak beli
    onlajer´s last blog post ..KRR Drive Thru Setia Tropika DiLancarkan

  2. first time dengar buah zuriat hehe
    Khairul Zamri´s last blog post ..Cara Daftar Komli Media di Blog

  3. Subhanallah, salah satu keajaiban dunia dan keesaan Allah s.w.t
    halif´s last blog post ..Permit Portal Berita : Apa pendapat anda?

  4. kawan sis dulu ada makan buah ni, alhamdulillah setelah menunggu setahun lebih.. dapat sorang putera
    [email protected] last blog post ..APABILA VIRUS M MENYERANG

  5. First time saya dengar pasal buah zuriat ni.. Kalau pasal hamil ni saya cuma tahu orang kata suruh minum susu kambing dan kurma. Tapi kaedah ini first time tahu nie..
    Nasarudin´s last blog post ..7 Waktu Yang Patut Di Elakkan Meminum Air

  6. saya baru dengar buah zuriat ni, semoga saja di indonesia juga ada yang menjualnya soalnya saudara saya ada yang belum memiliki momongan/bayi
    trims atas infonya mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create Image Slideshow For Website Using HTML And jQuery

  7. Muhammad Amin

    Assalamualaikum…saya ada menjual buah zuriat & debunga kurma dgn pakej harga yg menarik..jika berminat boleh sms/whatsapp/wechat ke 013 – 984 6450 atau layari blog kami herbazuriat.blogspot.com…

  8. Pingback: Cara Makan Buah Zuriat | Lizarazak.com

  9. yatie ishak

    A’kum, saya nak bertanye saya sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia 5thn..setelah mencube pelbagai kaedah masih still xde ape2 tande..boleh kah saya mencuba buah zuriat n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge