Siri Blogger Wanita Part 3: Bina Blog Dot Com Paling Mudah

Artikel Siri Blogger Wanita Part 3 ini hanya sesuai untuk yang sudah baca siri blogger wanita part 1 dan juga telah khatam baca artikel siri blogger wanita part 2 sahaja. Ok, harap arahan mudah ini boleh diterima pakai. Senang kan?

Untuk Siri Blogger Wanita Part 3 ini, saya cuba kongsikan cara paling mudah untuk blogger yang memang tidak berapa mahir dalam bahagian teknikal untuk bina blog dot com. Kalau yang mahir tapi pemalas macam saya pun boleh juga teruskan bacaan. Tidak ada masalah, malah digalakkan untuk kikis rasa malas itu.

Sebelum itu, biar saya tekankan di sini ya. Untuk menjadi blogger tidak kiralah anda lelaki ataupun wanita (tetapi siri ini niatnya nak bantu kaum saya ya iaitu wanita. hehehe) blog adalah 1 medium WAJIB untuk jadikan anda sebagai salah seorang blogger yang professional.

Dengan blog, anda boleh berkongsi pengetahuan atau pendapat anda tentang sesuatu perkara. Kalau anda berjaya menulis dengan cara anda sendiri, anda boleh membina kredibiliti anda dan ini secara tidak langsung boleh tunjukkan kepakaran anda pada pembaca anda yang 1 hari nanti akan jadi pelanggan anda.

Menjadi blogger perlukan “2 ways communication ya”. Bagaimana anda hendak berkomunikasi dengan bakal pelanggan (kalau serious nak jadi usahawan) kalau anda tiada blog sendiri? Facebook ada tetapi percayalah Facebook masih tidak cukup untuk tunjukkan kredibiliti anda. Facebook ada tugas penting lain, iaitu untuk Marketing power-power. Dengar je cakap saya boleh tak? hahahaha!

Bila anda sudah mempunyai blog dot com sendiri, anda lebih fokus dan lebih serious dalam bidang yang anda ceburkan diri sebab tak mungkin orang yang “main-main” sanggup berhabis duit sikit untuk keluarkan modal, beli hosting dan domain untuk hasilkan blog dot com kan? Berbeza sebenarnya perasaan bila anda menggunakan blog percuma dengan blog berbayar. Berbeza!

Dalam siri blogger wanita part 2, saya sudah berkongsi serba sedikit berkenaan pemilihan niche. Jadi, sekarang inilah masanya untuk pergi ke langkah seterusnya. buka Maybank2U, tengok baki cukup tak nak beli hosting dan domain terbaik dekat Malaysia. Saya nasihatkan anda buat survey sikit sebelum buat keputusan untuk sewa hosting dan domain ya. Ambil masa sikit.

Saya sudah masuk tahun ke 5 tahun ini bersama hosting dan domain paling tidak menyakitkan hati, Serverfreak. Masalah teknikal biasa-biasa memang ada tapi customer servis memang terbaik dan terpantas berbanding hosting lain. Tapi, terpulanglah. Mula-mula ambil pakej yang basic, RM 100 setahun. Kena tahu sikit ilmu nak guna Cpanel ok. Macam saya dah tak boleh guna basic sebab blog alhamdulillah makin banyak trafik organik masuk. Untuk elakkan Bandwidth habis dan saya sibuk bercuti dekat Istanbul, saya dah tukar plan mahal sikit.

Ok, bila anda sudah selesai buat pembelian hosting dan domain untuk blog dot com pertama anda, bolehlah teruskan lagi langkah anda ya. Dah sedia? Ok, jadi macam mana nak bina blog dot com paling mudah? Memang mudah. Anda cuma perlu dapatkan Kit bina blog dot com langkah demi langkah di sini. Dalam kit ini nanti, anda akan diajar cara paling mudah untuk bina blog WordPress pertama anda!

Tidak ada cara mudah untuk berjaya, itu sahaja yang saya nak anda semua sebagai blogger baru kena faham. Kalau nak berjaya, kenalah usaha daripada bawah, walaupun macam budak sekolah sebab kena belajar guna kit bina blog ni tapi ini ilmu. Percayalah, bila anda dah khatam kit belajar bina blog dot com anda yang pertama ini, anda pula yang akan mengajar pada orang lain nanti. Duit duit duit  🙂 Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan

3 responses to “Siri Blogger Wanita Part 3: Bina Blog Dot Com Paling Mudah

  1. tutorial yang memang menarik…walaupun artikel ini ditujukan khas untuk golongan hawa namun saya percaya ia amat berguna kepada lelaki sejati macam saya..he..he..
    kakiblog´s last blog post ..10 Pengomen Tegar Minggu Ke 6

  2. Jika ingin jadi blogger profesional dan bebas bagusnya memang harus pergunakan nama domain dan hosting sendiri ya soalnya kalau pakai yang gratisam pasti ada TOS yang pada dasarnya pun cukup berat terutama di wordpress.com
    terima kasih infonya 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create jQuery Featured Content Slider For Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge