Resepi Rendang Pucuk Ubi

Resepi Rendang Pucuk Ubi ini sebagai simbolik kepada keadaan perut yang sedang kelaparan. Oh ya, sebelum tu Salam Israk Mikraj ya pada semua yang beragama Islam. Pada yang berpuasa, tahniah dan sila jangan baca artikel ini sehingga anda berbuka kelak

Semalam, pakcik posmen yang cute main hon-hon depan rumah. Waktu makan tengahari pulak tu. Bila saya buka je parcel kiriman seorang sahabat yang di Negeri Sembilan, pergh rasa nak menjerit girang sebab ada Rendang Pucuk Ubi homemade ok!! Alhamdulillah rezeki anak yatim (tiada kaitan)

Sebenarnya ibu kawan saya tu memang buat jual Rendang Pucuk Ubi tu. Serious memang sedap sangat. Saya TAK PERNAH rasa rendang pucuk ubi sebenarnya sebab saya bukanlah penggemar rendang tapi bila orang bagi test haruslah cuba kan? hehehehe!

Ok sekejap. Iklan. Kalau ada pembaca blog saya ini yang macam tak ada kerja sangat dekat rumah, maksud saya suri rumah sepenuh masa dan nak cari duit poket lebih sikit untuk beli baju kurung lawa-lawa sempena raya bolehlah mula belajar dan cungkil rahsia mereka yang dah berpengalaman Jana duit dari rumah melalui Internet. Kalau dulu, saya tak percaya boleh buat duit dengan internet ni tapi bila dah cuba dan berjaya sikit barulah saya berani taip ayat macam sekarang ok. Kamon, orang kata ada 101 idea perniagaan Internet kan? Tapi, trust me sebenarnya ada lebih!! Think  🙂

Ok, malas nak cakap pasal program buat duit sangat. Sambung. Ini bukanlah review nak promote produk kawan sendiri dan review ini tidak berbayar ya. Tapi, saya kongsi sebab memang SEDAP sampai jilat jari! Ok, mari kita sembang pasal resepi dulu ya.

RESEPI RENDANG PUCUK UBI 

Bahan-bahan ( sekeluarga )

2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
1 1/2 inci kunyit
segenggam ikan bilis
3 keping asam keping
pati santan dari 2 biji kelapa.
garam secukup rasa.

CARA MEMASAK RENDANG PUCUK UBI 

1) Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa. Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.

2) Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.

3) Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.

Ok, saya beri credit Resepi Rendang Pucuk Ubi ini dekat website myresepi dan gambar saya pinjam dari sini. Nasib baik ada website macam ni untuk gadis-gadis tak berapa hebat memasak ni ya. hahahaha!!! Kantoi sebijik. Ok,lah resepi dekat atas ni saya kongsikan untuk yang rajin memasak sendiri, tapi kalau yang malas macam saya bolehlah order sahaja dengan kawan saya ya. Dia jual 100gram RM 7. Sekian

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

19 responses to “Resepi Rendang Pucuk Ubi

  1. Wah, dah boleh dipinang ni. boleh memasak. 😛
    halif´s last blog post ..Teknik Dapat Tenant Kurang Dari 20 minit

  2. Anak Jakun

    Saya harap anda padamkan perkataan Jakun,seolah-olah menghina suku kaum kami.Masyarakat Jakun sekarang sudah banyak yang berpelajaran.

  3. memasak kemahiran hidup yang wajib kepada semua..tapi resepi ini macam best sahaja mau cuba..
    kakiblog´s last blog post ..Promosi Kontes Backlink Yang Tak terkalah

  4. Wah ! Macam sedap jea ..

    Kalau makan dengan ketupat sedap tak yea ? hehe
    Zqah´s last blog post ..Pelamin Oren Putih

  5. peh..dah lama tak makan rendang ni..
    titan´s last blog post ..Buat Duit dengan 8Share

  6. Ini bisa saya jadikan menu baru, semoga orang dirumah pada suka nih
    trims atas resepnya Sis 🙂
    Rina´s last blog post ..List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 Sites

  7. Noor Hidayah Mohamed Yunan

    Salam. Macam mana kalau saya nak order ye. Tgh mengidam ni. Sedapnya rendang pucuk ubi ni…

  8. Aza

    Macamana nak order ye…sebuah anak2 tak makan sayur so nak order utk diri sendiri je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge