Pantas Seru Rezeki RM20 Dibalas RM200

Pantas Seru Rezeki RM 20 Dibalas RM200 ini adalah artikel berdasarkan kisah benar dan sedikit pun saya tidak menambah atau kurangkan jalan ceritanya. Ok, tipu. Adalah saya ubah-ubah sikit seperti nama si polan untuk artikel Pantas Seru Rezeki ni untuk jaga hati orang.

Ini cerita lama sebenarnya. Masa belek-belek cover ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, saya teringat kes yang terjadi pada diri saya sendiri suatu masa dahulu. Waktu itu, saya baru sahaja belajar tentang ajaibnya solat Dhuha dan juga ilmu yakin iaitu bila kita keluar 1 akan digandakan 10.

Nak dijadikan cerita, ada 1 masa tu saya tiba-tiba terputus wang. Bukannya duit tiada tapi sebab kad ATM Maybank saya ada masalah. Jadi, saya rasa memang Allah nak suruh saya “test” petua Pantas Seru Rezeki dengan ilmu yakin yang saya belajar di internet. Youtube sahaja!

Petang tu, saya kelam kabut nak pergi ATM sebab nak bayar “yuran tahunan” untuk domain dan hosting tercinta blog ini, Serverfreak. Hari itu adalah hari terakhir untuk saya bayar sebelum pihak Serverfreak sekat servis mereka untuk blog saya sampailah saya bayar nanti.

Kononnya nak keluarkan duit dari mesin ATM dan masukkan duit ke dalam account Serverfreak. Jangan tanya kenapa tak buat online sebab mestilah ada sebab musabab lain yang saya malas nak cerita dekat sini. Panjang ceritanya. hahahaha! Ok, sambung. Nak dijadikan cerita, ATM semua rosak waktu itu.

Saya masih fikir positif dan bersabar. Jadi, saya pergi cari ATM lain dan iyelah kan saya katakan tadi mungkin inilah waktu yang Allah nak suruh saya “test” petua Pantas Seru Rezeki dengan ilmu yakin dan berserah pada Allah. Kali ini ATM tak rosak tapi kad ATM saya yang tak boleh nak dibaca oleh ATM mesin tu! Magic

Ok, ketika itu duit dalam poket ada RM50. Saya singgah Pteronas untuk isi minyak kereta sebanyak RM 30 dan bakinya saya belek-belek. Waktu itu saya tengah tunggu dalam kereta sementara pekerja Petronas isikan minyak. Habis je dia isi minyak, dia ketuk cermin kereta dan angkat tangan sebagai isyarat yang dia sudah siap.

Tapi, saya lambai balik pada lelaki Bandladesh itu dan saya berikan duit RM10 kepada beliau. Seperti biasa, memang rasanya belum ada lagi yang menolak bila saya buat macam ini. Dia ambil duit itu dan ucap terima kasih sambil cium duit (buruk jugalah perangai tapi biarlah).

Dalam hati, saya sempat katakan macam ini “Ya Allah, aku dah korbankan RM10 untuk Engkau. Tolong selesaikan urusan aku, Ya Allah”. kemudian saya pandu kereta lagi dan berhenti di tepi jalan untuk fikirkan nama kawan-kawan yang mungkin saya hubungi untuk minta tolong.

5 minit lepas tu, saya nampak ada pakcik berjanggut putih, berserban putih dan berjubah putih jalan nak kutip duit sambil ketuk-ketuk cermin kereta orang tepi jalan tapi malangnya tak ada orang pun yang buka cermin. Saya geleng kepala dan terus buka cermin kereta dan panggil pakcik datang ke kereta saya. Saya hulurkan duit terakhir dalam dompet saya RM10 pada beliau dan sebagai ganti beliau beri senaskah surah Yasin.

Dipendekkan cerita Pantas Seru Rezeki RM20 Dibalas RM200 ini, akhirnya petang itu saya dah kira tawakal sajalah. Ada rezeki, adalah masa saya nak pergi transfer duit online ke Serverfreak. Kalau tidak, esok-esok sajalah dan pastinya blog saya menggila. Saya lupakan saja kes nak “test” RM20 tu nak jadikan berganda.

Alhamdulillah, Maghrib. Tiba-tiba saja saya dapat panggilan telefon kawan yang pernah berhutang dengan saya. Nilainya lebih daripada RM 200 tapi, mungkin sebab “test” saya itu saya keluarkan RM20, jadi kawan saya tu cuma cakap yang dia nak bayar hutang tapi RM200 sahaja!

Gelak dalam hati sambil ucap Alhamdulillah. Dalam masa 30 minit macam tu RM200 dah ada pada tangan saya dan lepas tu saya terus pergi ATM dan bank in. Email pihak Serverfreak dan selesailah cerita itu. hehehehe! Test Pantas Seru Rezeki saya telah lulus 🙂

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Pantas Seru Rezeki RM20 Dibalas RM200

  1. terkesan dgn artikel ini
    halif´s last blog post ..Tak Sangka Ianya Memang Benar

  2. benar.. sy pon pernah alaminya..
    sohoque´s last blog post ..Wordless Wednesday: Which one are you?

  3. percaya atau tidak itulah sebenarnya…
    yangbaik´s last blog post ..Paling menghairankan

  4. saya pun rasa macam pernah alami peristiwa ni dulu.. dapat duit dari orang yang kita tak sangka-sangka pun. hehehe… rasa seronok bila dapat bersedekah.
    Amirul Ramli´s last blog post ..Mari kita kenal dengan Sang Otak dan prelude Novel Projek Cahaya

  5. sebuah kisah yang memberi inspirasi 🙂
    zuan´s last blog post ..4th Year……

  6. Alhamdulillah, pertolongan Allah sentiasa berada di mana jua..rezeki tu luas bukan terletak pada akaun bank yang beribu. Cukup ketika kita perlukan adalah lebih utama…sebab yang dalam bank tu mungkin tak sempat kira rasa kena bayar roadtax kereta, service kereta dan sebagainya.
    kak baery´s last blog post ..NURSING AQEELA BARU – SENTIASA COMEL

  7. janji Allah itu pasti. jom kita banyakkan lagi bersedekah, tambah pulak bulan puasa dan dekat.
    Denaihati´s last blog post ..DiGi WWWOW Awards 2013

  8. cerita lizz cukup menarik…bersedekah bukan perkara mudah jika kita dalam keadaan dalam kesulitan
    kakiblog´s last blog post ..10 Pengomen Tegar Minggu Ke 6

  9. Semoga di bulan ini dan seterusnya rejekinya makin banyak Sis
    tetap blogging dan sukses selalu ya 🙂
    Rina´s last blog post ..Basic HTML Tutorial : Create Rowspan & Colspan Table Attributes

  10. Tahniah… Berkat bersedekah, murah rezeki awak masa tu.. Syukur Alhamdulillah…
    Anuar´s last blog post ..Saya Bukan Along, Saya Cuma nak tolong..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge