Mari Main Program Wakaf-Wakaf

Sebenarnya nak letak tajuk lain tapi sebab takut membawa pada riak, saya tukarlah jadi santai. Sebelum itu, saya dengan rendah hati ya nak minta maaf awal-awal kalau ada yang rasa artikel ini ada berunsur riak. Alah tak ada langsung.

Saya nak mengajak orang lain untuk sama-sama kumpul pahala dengan program wakaf sebenarnya. Itu sahaja niat saya. Sebelum ni selalu juga saya dengar pasal wakaf tapi itulah belum tergerak hati nak hulur. Tapi, alhamdulillah Hidayah Allah nak bagi, saya terpilih kali ini. Syukur

Kali ini saya cuma nak ajak anda semua yang ada lebih sikit rezeki untuk sama-sama berwakaf untuk pembinaan sekolah asrama dan surau Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah (website Al-Barakah) yang diasaskan oleh Ustaz Paling Lawak, Ustaz Kazim Elias. Tak nak wakaf tak apa, kalau tak silap boleh juga derma seikhlas hati.

Kelebihan Berwakaf

“Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-

Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

– menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
– sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
– mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
– berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
– Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
– Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Ok, dah tahu kelebihan dan hikmah berwakaf kan? Jadi, terpulanglah ya. Nanti kalau dah bank in duit, bolehlah isi borang wakaf dan pos maklumat wakaf pada Pusat Al-Barakah. Nanti setelah berbulan-bulan barulah akan tiba surat pengesahan seperti di atas ni. Sekejap je kan? hahahaha menyempat perli. Alah tapi sebenarnya ikutkan hati tak perlu isi borang-borang bagai ni tapi bila mak suruh, kenalah ikut perintah. Nanti jadi anak derhaka pulak.

 

Artikel Berkaitan

10 responses to “Mari Main Program Wakaf-Wakaf

  1. InsyaAllah…jika kita infak harta ke jalan yang baik akan dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.
    halif´s last blog post ..Teknik Dapat Tenant Kurang Dari 20 minit

  2. banyakkan bersedekah atau wakaf..kongsi rezeki Allah
    sendiriDOTnet´s last blog post ..Israk Mikraj dan Rukun Iman

  3. ustaz paling lawak ye…heee. mudahan semakin ramai yang tunaikan saham akhirat ni.
    link albarakah.org tak boleh masuk pulak.
    Denaihati´s last blog post ..84″ Ultra HD 3D TV di Event Blogger LIVE LIFE LARGE LG

  4. insyaAllah sama-sama kita menderma walau sedikit mana pun, ikhlas itu penting
    Khairul Zamri´s last blog post ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

  5. ohh..leh main-main plak ye..
    titan´s last blog post ..5 Sebab Mengapa kena ikut Webinar Gobala Krishnan

  6. wakaf adalah cara terbaik untuk mendapat pahala jariah..tak putus-putus hingga ke akhir zaman
    kakiblog´s last blog post ..Mengenali 7 Laman Ping Yang Popular Di Malaysia

  7. Mari meningkatkan pahala dengan berwakaf…
    Rina´s last blog post ..How To Get and Create a Free Blog From .Edu Domain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge