Doa Malam Nisfu Syaaban 2013

Malam Nisfu Syaaban 2013  akan masuk sebaik sahaja masuk waktu Maghrib malam ini. Malam Nisfu Syaaban ni, buku catatan amalan kita akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukarkan dengan buku catatan amalan yang baru. Dekat bersedia belum?

Epic Pocket Perniagaan Online Dropship Istimewa Bagi Usahawan Malaysia

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tak kanlah kita nak sia-siakan peluang yang Allah dah beri macam ini kan? Kalau ikutkan hati saya, nak juga saya “wajibkan” orang-orang terdekat saya untuk sama-sama meraikan Malam Nisfu Syaaban ni tapi apakan daya, bab agama kita tak boleh paksa ok. Terpulang pada individu.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. “Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Kalau nak kongsi pasal Malam Nisfu Syaaban memang sampai esok tak habis, jadi saya pendekkan artikel ini (pendek ke?) sahaja. Pada sesiapa yang ada masa terluang hari ini, cubalah rajinkan diri ke Mesjid ataupun surau tapi kalau tak sempat pun tak apa. Di rumah pun boleh.

Ada bacaan doa Nisfu Syaaban yang saya dah kongsikan pada tahun-tahun lepas untuk pengunjung blog Lizarazak.com ni. Boleh lah rujuk kalau nak baca doa. Kalau rajin sikit, printlah. hehehe!! Kalau nak baca tentang kelebihan Nisfu Syaaban pun ada juga dalam blog saya ni. Selamat beribadah!

Artikel Berkaitan

2 responses to “Doa Malam Nisfu Syaaban 2013

  1. Selamat menambahkan amal sempena sebelum Ramadhan.. 🙂
    halif´s last blog post ..Alhamdulillah…tapi….

  2. Insya Allah saat Nifsu syaaban kita bisa melaksanakan semua ibadah baik untuk puasa dan juga sholat tengah malam. Semoga doa2 yang kita panjatkan dapat terkabulkan 🙂
    Rina´s last blog post ..Create 8 Simple CSS Image Button With Box Shadows Effects

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge