Siri Blogger Wanita Part 2: Memilih Niche Blog

Mari kita sambung Siri Blogger Wanita ya. Kalau belum baca Siri Blogger Wanita Part 1, bolehlah baca terlebih dahulu. Supaya tak ketinggalan informasi. Artikel kali ini, saya akan sentuh bab memilih niche blog pula bagi blogger wanita yang masih samar-samar.

Sebelum itu, biar saya terangkan serba sedikit apa itu niche blog. Niche blog dengan bahasa mudahnya bermaksud suatu pengkhususan topik bagi sesebuah blog. Contoh, blog berniche mobile phone akan fokus pada artikel berkenaan handphone termasuk keluaran terbaru, review handphone dan jual beli handphone terpakai. Kalau blog berniche kesihatan pula, akan fokus pada memberi informasi berkenaan tips kesihatan, promosi jualan produk kesihatan murah dan review produk kesihatan.

Persoalannya sekarang, perlu ke sesebuah blog tu untuk fokus pada 1 niche sahaja? Jawapannya bergantung pada tujuan anda berblog ya. Cuba tanya pada diri anda sendiri, “aku buat blog untuk jana duit atau suka-suka kerana minat menulis?”. Selepas itu, barulah anda buat keputusan untuk pilih samada nak fokus pada hanya 1 niche sahaja ataupun nak ikut jejak langkah saya iaitu niche campur-campur.

Tapi, diingatkan ya. Walaupun dah buat keputusan untuk buat blog berniche campur-campur macam saya ni, masih perlu tahu juga jenis-jenis informasi macam mana yang tidak akan dikongsikan sama sekali di dalam blog anda nanti. Kena ada pendirian bab ini. Macam saya, walaupun saya tahu sekiranya saya berkongsi artikel berkenaan teknik-teknik kamasutra iaitu artikel di dalam niche seksual pasti trafik mencanak tetapi saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak sama sekali berkongsi artikel seperti ini.

Saya orang Islam, saya ada pegangan agama. Saya memang mahu jana duit melalui blog tetapi saya tetap tidak akan berkongsi informasi yang akan merendahkan maruah saya sendiri. Maaf jika ada yang terasa tetapi ini pendirian saya ya. Berbalik pada topik memilih niche blog kita tadi,  secara kesimpulannya pertamanya kena tahu tujuan berblog dan kemudian pilihlah untuk fokus pada 1 niche sahaja atau lebih.

Mudah. Jangan pening kepala dan habiskan waktu yang lama untuk buat keputusan samada nak buat blog fokus 1 niche atau campur-campur. Kemudian, pada yang ingin fokus pada 1 niche sahaja untuk blog mereka bolehlah mula fikirkan niche yang sesuai untuk kita sebagai seorang blogger wanita.

Bila kita sebut wanita, biasanya memang sangat sinonim dengan kecantikan, busana pakaian, busana tudung, masakan atau macam-macam lagi TETAPI tidak semestinya cuma ini sahaja niche yang anda boleh pilih. Boleh juga kalau nak pilih niche yang biasanya blogger lelaki pilih macam niche kereta atau motosikal cuma perlukan usaha lebih sikit sebab kena yakinkan pembaca tentang ilmu yang kita ada pasal niche ni lah kan?

Apa yang penting anda minat dengan niche tersebut. Jadi, walaupun niche tersebut boleh dikatakan 90% dipegang oleh blogger lelaki tapi tak salah kalau anda nak cuba fokus. Minat, ada ilmu dan berani! InsyaAllah mesti boleh pergi punya dengan pilihan niche tu.

Macam saya, saya mulakan blog kerana minat menulis dan berkongsi pendapat personal saya tentang macam-macam perkara. Jadi, memang saya memulakan blog saya tanpa fokus pada 1 niche. Niche saya BEBAS. Cuma, pada 1 tahap bila saya sudah tahu selok belok dunia blogging ni barulah saya mula bina 1 lagi blog berniche hiburan. Tetapi tak lama sebab saya mengambil keputusan untuk tutup sahaja blog hiburan tersebut. Tak sanggup saya nak menanggung tempias dosa bila tersebarkan gosip-gosip yang saya sendiri tak pasti. Saya tak rasa rugi, malah senang hati.

Baiklah. Mungkin artikel ini tidak banyak membantu untuk para blogger wanita yang tengah samar-samar nak tahu cara memilih niche blog sebab saya pun tak berhasrat nak ceritakan secara terperinci. Cukuplah artikel ini sekadar memberi sedikit idea. hehehehe! Selepas ini saya akan teruskan siri blogger wanita part 3. Tajuk? Tunggu.

Artikel Berkaitan

31 responses to “Siri Blogger Wanita Part 2: Memilih Niche Blog

  1. sokong…saya pun memang tak akan letakkan entri2 beusur ‘panas’ dalam blog..biarlah tak tinggi mana pun trafik, asalkan selamat..huhu..

    sekarangni blog bardboo memang niche rojak campur..untuk bisnes, saya fokuskan di blog mahligai cinta.. =)
    Puan Bardboo´s last blog post ..Contest Review Blog Paling Popular

  2. semoga berjaya kepada gadis-gadis semua
    Khairul Zamri´s last blog post ..CloudFlare activated on my blog

  3. Sebetulnya batasan dalam blogging tidak harus dikenakan oleh wanita sahaja,kita jarus tahu bahwa apa uang kita buat dalam blog pasti ada perhitunganya seperti amalan baik dan amalan buruk.
    Oneblogsocial´s last blog post ..Iron Man 3 On My Android

    • ya betul. sebernarnya samam bagi lelaki mahupun wanita. rasanya kena ada kesedaran pilih mana yang boleh dan mana yang tidak boleh ikut landasan agama kita. yg penting kesedaran n tahu batasan. blog hebat tapi cara nak jadi hebat tu melampauin batas pun xbest juga.hehehe
      Lizz´s last blog post ..What’s On Your Mind Today?

  4. Yup. Saya pun setuju untuk tidak menggunakan topik ‘panas’ begitu. Kadang-kadang blog itu mencerminkan ‘keperibadian’ seseorang. Begitu juga dengan gosip artis. Saya elakkan juga. Walaupun ada entri pasal artis diblog saya, tetapi ia lebih kepada perkara yang memberi kebaikan.

    Pasal ‘niche’ pula, saya rasa tidak sesuai bagi platform Blog untuk berada dalam 1 niche sahaja. Sebab Blog nih kita kena update sentiasa. Kalau boleh setiap hari. Sukar rasanya bercerita topik yang sama setiap hari, kan? Berbeza dengan Website. Kalau website kita boleh bina dengan 1 niche sahaja. Dan visitor yang datang pun yang memang mencari info khusus dengan niche yang 1 tuh~
    * Sekadar berkongsi pendapat… 🙂
    Akuro San´s last blog post ..Senarai Pusat Mengundi PRU 13 Johor

    • thanks beri pendapat. ya, saya pun rasa macam tu tapi sebenarnya masih boleh buat blog niche. in fact lebih senang dan rasanya macam “wajib” pulak kalau nak fokus utk jana wang lebih.hehehe. niche ni penting utk buat pembaca percaya pada kredibiliti kita utk niche tersebut.

      tapi, macam saya masih belum bergantung 100% duit blog, jadi belum boleh fokus utk buat 1 blog berniche. tak ada masa. hehehe. yg pasal informasi artis pulak, saya pun sama. informasi dalam blog ni kalau ada pun pasal artis rasanya tak keterlaluan. gambar xsesuai pun saya sebolehnya tak letak.hehehe
      Lizz´s last blog post ..Siri Blogger Wanita Part 1: Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?

  5. dulu, bila gua tegur benda tu..ramai gak melenting. haha..
    titan´s last blog post ..Contest Review Tak Terkalah.

  6. Tak kira gadis atau teruna , yang penting niche dan juga gaya penulisa di blog tu boleh beri impak besar kepada pelawat dan pembaca di blog
    wazy´s last blog post ..Komisyen Keempat Dari Postlinks

  7. marketing terbaik untuk blogger wanita sebenarnya mouth to mouth..lebih cepat tersebar…twitter la senjata paling berkesan..hehehe

  8. Banyak yang gunakan teknik tajuk entri panas tapi isinya suam-suam sejuk kot..hehe
    halif´s last blog post ..Civil Servant Reserve Unit (CSRU)

  9. terima kasih atas perkongsian ini. memang terbaik!
    ciklaili.com´s last blog post ..Majlis Pelancaran Dan Harga Samsung Galaxy S4

  10. the content is king.. 😀
    Hit Seo´s last blog post ..pengoptimuman enjin carian

  11. Artikelnya sangat bergua buat saya yang belum lah bisa apa-apa,,terima kasih..salam

  12. niche yang baik perlu sesuai dengan jiwa seseorang..kalau orang tak suka sangat politik memang sukar untuk menulis artikel dalam bidang tersebut..
    hanafi abdullah´s last blog post ..Cerita Untuk Lelaki Kacak Yang Suka Cendol

  13. Menulis memang harus mengikuti hati nurani kita ya mbak ??
    bagusan kalau wanita tu topiknya tentang memasak, dapur, rumah dan keluarga, dah banyak blogger wanita yang sukses dari topik ini… 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create Simple PHP Contact Form Script

  14. teringin nak berblog tapi bab nak menulis tu yang takde idea..huhu

  15. alhamdulillah….entri ni amat membantu espc bg org baru mcm saya. Tq
    [email protected] last blog post ..TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUN

  16. saya setuju sangat pasal batasan agama kat atas tu. Dan kalau nak tahu, atas alasan itu jugalah saya tukarkan niche blog mamamurai kepada personal dan jual 2 lagi blog hiburan kepada orang lain. Alasannya seperti yang telah sis nyatakan di atas. Saya tak kata saya perfect la ni, tak. tapi at least saya berusaha menjadi lebih baik dan melawan kebiasaan buruk tu. Anyway entri ini bagus untuk saya. Sebagai refleksi diri.
    Mama Murai´s last blog post ..Mama, jangan siarkan gambar makanan dalam blog lagi tau! Nanti orang kata mama gila

  17. dah ada blog kesihatan ni, nk update blog personal pun rasa malas. heheehhe

    *eh macam tak menepati skop entri ja ni -_-
    nazra´s last blog post ..Demam, jangan ambil mudah!

  18. blog saya peribadi je kisah hidup sendiri dan apa-apa yang saya nak kongsi.
    eiela´s last blog post ..Contest Review Tak Terkalah Ahmadfaizal.com

  19. Terima kasih untuk info. Sedang tercari-cari niche yang sesuai. Masih belum fokus.

  20. Untuk penulisan wanita sepertinya kebanyakan sesuai kodratnya yaiut berurusan dengan tigas dan kewajiban wanita.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge