Sindiket Peminta Sedekah Jalanan

Pernah tak anda tengah duduk makan dekat kedai, tiba-tiba datang seseorang yang pakaian agak lusuh, bentuk fizikal macam betul-betul daif, bawa beberapa jenis kitab atau buku agama? Rasanya mesti pernah bukan? Saya dah biasa nampak situasi macam ini.

Sekali lagi, saya berada dalam situasi yang “menyeronokkan” ini. Kenapa saya kata seronok? Saya suka orang datang minta sedekah pada saya sebab saya percaya Allah yang gerakkan dia untuk datang minta duit saya tu 🙂

Ada orang marah saya, katanya jangan teruskan lagi perangai suka beri duit pada sindiket peminta sedekah jalanan macam itu. Tapi, entahlah pada saya tak rugi apa-apapun. Saya sudah diajar oleh ibu kesayangan saya sejak daripada kecil lagi untuk “memberi” rezeki yang ada.

Ini adalah formula paling pantas untuk pastikan Allah jaga rezeki kita.

Kalau betul pun yang meminta sedekah tu merupakan ahli sindiket peminta sedekah jalanan ke apa, rasanya kita tak terlibat kot kan? Lagipun, kita bukannya beri sampai beratus-ratus. Setakat 2-10 ringgit tu memadailah. Yakinlah, 1 yang kita keluarkan Allah akan gandakan dengan 10. Saya yakin, anda bagaimana?  🙂

Kalau macam saya ni, yang duduk mengadap komputer riba untuk cari rezeki teknik tarik rezeki macam ini pada saya sangat membantu. Bukanlah saya suruh anda bersedekah dengan niat semata-mata nak kaya tapi sebenarnya anda memang boleh kaya dengan bersedekah. PERCAYALAH!

Siapa-siapa yang dah daftar program Job di rumah tu, bolehlah cuba formula sedekah ni. Mana tahu, rezeki semakin bertambah.

Macam saya, sekarang ni saya nampak sangat hasilnya berkat bersedekah ni (walaupun nilainya ciput.hahaha). Saya sertai macam-macam program affiliate di Jom Niaga iaitu 1 platform affiliate yang sangat berjaya menambat hati saya setakat ini. Kalau harapkan usaha saya guna taktik samseng facebook lah apalah, memang tak mungkin saya boleh dapat income terus menerus dari program affiliate. Saya mengaku, setiap hari saya keluarkan duit setiap pagi sebagai penarik rezeki 🙂

Ok, berbalik berkenaan sindiket peminta sedekah jalanan seperti yang saya ceritakan di atas, saya langsung tak ada masalah dengan mereka. Saya rasa happy pulak kalau mereka ni ada. hahahaha!!! Kalau mereka menipu saya, merekalah yang tanggung dosa kan? Saya buat kewajiban saya sahaja. Apa pendapat anda yang lain ya?

Artikel Berkaitan

17 responses to “Sindiket Peminta Sedekah Jalanan

  1. Dalam sindiket peminta sedekah ini memang benar cheq pun tak kisah. Niat kita cuma mahu membantu dengan sedekah duit kan. Tetapi kalau boleh sindiket2 macam ni sebaik-baiknya cepat-cepat bendung macam dekat padang kota penang tu banyak sangat budak-budak jadi mangsa.

    Cheq kesian bak ang ! Huhu
    ProfHariz´s last blog post ..Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !

  2. Yup, kita sedekah sekadar termampu. Takkan nak tunggu kaya baru nak sedekah kan?
    halif´s last blog post ..Terbang RM3k

  3. Pada pendapat saya pulak, nak bagi tak salah. Tapi kalau selalu sangat orang yang sama mintak itu dah jatuh haram beri. Pernah satu ketika seorang sahabat nabi berjumpa Rasulullah mengadukan sahabat ini suka meminta-minta, Rasulullah kata kali pertama takpe, tapi kalau berulang-ulang jatuh haram pulak kita beri.
    Cikgu Hairul´s last blog post ..Kemalangan Tak Ngeri

    • hah? serious ke sampai haram? tak pernah dengar pasal hadis yang itu. nanti nak kena carilah. huhuhu tapi setakat ni tak pernah lagi jumpa yang sama je. beri pun lepas tu lupa dah muka.hahaha
      Lizz´s last blog post ..Secret Sangat Ke?

  4. aku sebenarnya malas nak bagi duit kat diorang nie. Banyak penipu. Pernah aku jumpe peminta sedekah yang konon nya buta, then aku jumpe die tengah pilih barang kat 7E.

  5. saya beri juga walaupun tak banyak mana, ada pengalaman kena serbu dgn peminta sedekah juga dulu, bersedekah kepada seorang kemudian ramai berkejar minta sama, terkejut pun ada, takut pun ada kena kerumun dek peminta sedekah. tapi diselamatkan oleh hamba Allah nih.
    eiela´s last blog post ..Tips Menghilangkan Lebam Bawah Mata

    • kalau dekat Mekah/Madinah memang selalu jadi macam ni. kena serbu. kena hati2, kalau sampai bahayakan kita elok jangan beri. tapi, kalau selamat mmg biasanya saya beri jugak walaupun terang2 diorang menipu. kot2 Malaikat. rugi pahala 🙂
      Lizz´s last blog post ..What’s On Your Mind Today?

  6. diaorang minta kita bagi dengan ikhlas dan ikut kemampuanlah. tipu tak tipu belakang cerita kan. tapi kalau yg siap cakap limit nk bagi sekurang2nya 5 ringgit tu dah melampau lah
    Khairul Zamri´s last blog post ..Instagram and Google Plus

  7. Sindeket nie dah lama. Ada benda yang nak dikongsikan pasal sindeket nie tapi belum lagi.
    Izzuddin Fauzi´s last blog post ..Blogger Kedekut

  8. no komen. salah satu teknik yang cukup berjaya setakat ini.
    titan´s last blog post ..Jangan Join Blogger Contest Tanah Arab!

  9. Benar juga ya, niat baik untuk bersedekah pasti akan diberkahi oleh Allah Taala dan semoga pintu rezeki
    selalu dibukakan …
    Rina´s last blog post ..Create 8 Simple CSS Image Button With Box Shadows Effects

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge