Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat

Salam Jumaat untuk semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini ya. Maaflah, sudah berapa hari tidak kemaskini blog sebab agak sibuk. Sibuk sikit sebab Stok Al-Quran Pelangi medina sudah sampai. Nak kena uruskan tempahan pelanggan yang beli sikit-sikit, yang beli borong. Ok, sibuk

Tapi, terpanggil pula saya nak curi sikit masa daripada kesibukan dunia saya ni untuk saya kongsikan ilmu yang saya dapat lepas dengar ulangan ceramah Ustazah Norhafizah Musa di website Radio IKIMfm. Tajuk ceramah beliau “Golongan Yang mendapat Doa Malaikat”. Apa salahnya kita berkongsi ilmu Allah kan? Mari mari!

Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat

1) Orang yang mendoakan saudaranya yang lain tanpa pengetahuan saudara yang didoakannya itu

2) Orang yang menanti waktu solat

Ok, saya baru dengar ceramah Golongan yang mendapat doa malaikat part 1. Jadi, of curse ada sambungannya tapi saya dah cari informasi tentang ini di internet. Dekat bawah ini sambungan 9 lagi golongan ok. Adakah kita termasuk dalam golongan ini?

3)  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

4)  Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

5) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

6) Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

7) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

8) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

9)  Orang yang membelanjakan harta (infak).

10)  Orang yang sedang makan sahur.

11) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sumber: kisah budak nakal

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca blog ini ya. Nanti bila ada masa, saya akan sambung Siri Blogger Wanita Part 3. Tunggu ada masa sikit. InsyaAllah. Pada sesiapa berminat nak memborong Al-Quran Pelangi Medina dengan minimum 20 naskah dan maksima 100 naskah boleh email saya di lizarazak84[at]gmail.com

Artikel Berkaitan

19 responses to “Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat

  1. Artikel ini sangat bagus.

    Macam ustazah dah penyampaiannya. 🙂

    Klaah saya. 😉
    Asyrof Asri´s last blog post ..Saya Akan Exam, Doakan Kami

  2. saya rasa bab duduk depan sekali masih kalah lah,ramai sangat jemaah tempat saya 🙂
    onlajer´s last blog post ..Doa Bulan Rejab

  3. Saya jarang sekali melaksanakan sholat secara berjamaah dan Insya Allah akan menunaikannya juga, selain bisa mendapat doa dari Malaikat juga bisa melipatgandakan pahala. Subhanallah…
    Terima kasih sharingnya, mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Get and Create a Free Blog From .Edu Domain

  4. berdoalah dalam diam moga kita akn mdpt balas doa baik jua
    suri´s last blog post ..Doa Menghindari Perangai Buruk

  5. Sedikit sebanyak mengingatkan kita akan diri kita, bukan tak tahu, kita dah tahu tapi lama-lama kita lupa. Terima kasih 🙂
    Khairul Zamri´s last blog post ..Internship Offer

  6. betul ramai yang tak tahu nih.
    titan´s last blog post ..Baru keluar hutan.

  7. peluang untuk mendapat perhatian penduduk langit…sekarang kita sibuk dengan penduduk bumi,..terima kasih atas perkongsian ini..
    hanafi abdullah´s last blog post ..Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga

  8. perkara boleh dilakukan oleh para blogger ialah mendoakan kebaikan sesama sendiri secara senyap.
    kakiblog´s last blog post ..7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

  9. mengambil utk di jadikan note 🙂
    suri´s last blog post ..MAHAGURU Contest Review Tak Terkalah

  10. sesibuk manapun kita.solat berjemaah tetap boleh dilakukan.
    takkan syarikat besar tak sediakan surau untuk lelaki dan perempuan.
    mesti kita boleh dapat doa dari malaikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge