Siri Blogger Wanita Part 1: Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?

Assalamualaikum. 1 pertanyaan sewaktu saya mula-mula baru nak berkecimpung dalam dunia blogging suatu masa dahulu “boleh ke aku jadi blogger ni?”. Rasa tak yakin sebab tak ramai kenalan wanita yang saya kenal ada blog ketika itu. Kalau ada pun, cuma blog personal main-main sahaja.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli hosting dan domain yang pada ketika itu saya rasa agak mahal, biasalah sebab waktu itu saya merupakan seorang pelajar lagi. Sumber kewangan agak terbatas. RM100 yang ditawarkan oleh pihak Serverfreak saya rasa macam RM10000

Dalam hati “berbaloi ke aku beli hosting dan domain ni?“. Dengan zero ilmu blogging secara proffesional memang saya totally tak yakin. Kawan pula tak memberi sokongan langsung ketika itu. Jadi, saya dalam dilemma.  Tapi, memang dilahirkan dengan sifat yang suka mencuba sebelum mengalah. Saya nekad. Saya hubungi pihak Serverfreak dan urusan jual beli hosting diteruskan.

Kepada blogger wanita di luar sana yang mahu serious berblogging, saya sarankan bertukarlah daripada platform percuma kepada yang berbayar. Memang memerlukan modal tetapi percayalah cakap saya. Kalau anda betul-betul fokus dan ada disiplin sebenarnya tak sampai 4 bulan anda boleh dapatkan balik modal membeli hosting dan domain. Bagaimana? Nuffnang.

Saya akan kongsikan bagaimana mula-mula saya dapat duit beratus-ratus sebulan dengan Nuffnang. Tunggu artikel Siri Blogger Wanita yang akan datang dalam topik “Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Pengiklanan”. Part ke berapa tu saya tak tahulah ya. Tunggu je! hehehehe

Kesimpulan yang saya nak bawakan dalam artikel Siri Blogger Wanita Part 1: Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya? ini cuma 1. Untuk sukses, kita kena berani mengambil risiko. Sekian, jumpa lagi untuk sambungan Part 2. Wasaalam

Artikel Berkaitan

19 responses to “Siri Blogger Wanita Part 1: Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?

  1. Boleh jagi blogger berjaya cuma kena ambil risiko dan beri komitmen . Kan kan ?

    Macam best jea ayat nie “bagaimana mula-mula saya dapat duit beratus-ratus sebulan dengan Nuffnang”

    Saya dah pernah rasa duit beratus2 cuma tak sekencang kak liza .. hehe
    Zqah´s last blog post ..Ramainya Orang Buat Pelaburan Emas

  2. saya sokong part kena bertukar ke self-hsoting wordpress tu..memang terasa lebih berbaloi-baloi bila kita bertapak sendiri..nikmatnya lebih..hehe..
    Puan Bardboo´s last blog post ..Ambil Angin Petang

  3. betul tuh.. tak rugi tukar ke berbayar.. untung ada..

  4. whooo..boleh mencuba nilai mana minat jam tu juga bentuk perniagaan 🙂
    suri´s last blog post ..Pecah Undi

  5. ok. aku baca part ke 20 nanti.
    titan´s last blog post ..IRIS 2 – Sudah tamat.

  6. wah, tajuk artikel sangat menarik !
    ramai blogger wanita hebat yang kita boleh jumpa sebenarnya. tapi majoritinya adalah blogger wanita yang cantik ber’style/taraf modelling yang mengejar populariti. sangat kurang untuk berjumpa Blogger Wanita yang berjaya dalam bidang blogger kerana mahir dalam SEO. buat masa ini yang saya jumpa, adalah Kak Kujie dan Lizarazak yg saya nampak agak mahir dalam SEO.. huhu~
    apa pun, tak sabar nak tunggu entri berbaru dari Liza…
    Akuro San´s last blog post ..Biar Layan Maaduu, Jangan Ada Madu

  7. “kita kena berani mengambil risiko”, berani untuk gagal. nanti jumpa kat part 2 pulak.
    Denaihati´s last blog post ..Gerhana Bulan Separa dan Planet Zuhal

  8. saya tidak lihat perbezaan jantina dalam dunia blogger….semua sama rata berpeluang untuk berjaya.
    hanafi abdullah´s last blog post ..Teknik Membaca Pantas Entri Blog

  9. wah.. sungguh berjaya ni menjana pendapatan..=)
    Melastik Bintang´s last blog post ..5 Persediaan Suami Menjelang Isteri Bersalin

  10. Akan selalu ditunggu artikel-artikel yang berguna,,terima kasih!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge