Sinopsis Telemovie Cinta Sa’adiyat

CINTA SA'ADIYAT

CINTA SA’ADIYAT

Sinopsis telemovie Cinta Sa’adiyat. Puaslah cari informasi pasal tele ni. Nasib baik bijak sikit sebab dapat cari informasi dekat portal rasmi TV AL-HIJRAH. Terpuji diri sendiri. Sekali sekala.

Sinopsis Cinta Sa’adiyat

Saera bercita-cita menjadi arkitek tersohor. Dia berhajat ke Abu Dhabi untuk menyiapkan thesis. Dengan pertolongan bapa sepupunya, Jasmi, dan bantuan kewangan Halim rakan sekolej yang menyukainya, Saera berjaya ke sana. Selepas lulus, dia berjaya bekerja di sana. Saera bersetuju untuk menjadi isteri kedua Jasmi. Pada masa sama, Syahid majikannya juga berhasrat menjadikan Saera isterinya. Syahid memberitahu hubungan Saera dan Jasmi kepada Noriah, isteri Jasmi. Saera pulang ke Malaysia setelah ditemui Noriah. Halim pula memilih untuk berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Syahid ke Malaysia melamar Saera.

Macam biasa saya nak tengok sebab ada kawan sendiri berlakon. hehehehe! Lagipun kecewa sebab tak dapat tengok episod akhir Rindu Bertamu di Abu Dhabi hari tu. Balas dendam lah dengan telemovie Cinta Sa’adiyat pulak. Jangan lupa tonton tele ni pada hari Jumaat jam 9:30 malam.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge