Perbaiki Diri Dengan Jurnal Inspirasi Prof Muhaya

Sebelum tu saya nak cakap awal-awal, entry ini bukan untuk tujuan promote produk ya. Saya tak jual pun buku jurnal Inspirasi ni. Saya jual Al-Quran sahaja. Ini adalah untuk tujuan perkongsian kepada para pembaca blog saya.

JURNAL INSPIRASI PROF MUHAYA

Aku amik surat tu buat alas makanan kucing kat dapur

Alhamdulillah saya dah tulis hampir seminggu JURNAL INSPIRASI PROF MUHAYA ni dan tersangatlah banyak perubahan positif yang saya dapat. Rasanya kalau anda merupakan pendengar radio IKIM.FM mesti tahu pasal jurnal ni.

Tapi, tak apa kalau tak biasa dengar pun. Cuba dengar sekarang. hahahaha! Sejuk perut, sejuk hati bila selalu dengar radio ni. In fact, saya mula berubah walaupun tak banyak manalah pun bermula daripada TERDENGAR ceramah Ustazah Norhafizah Musa dalam slot di radio IKIM ni. Tersentuh.

Eh terkeluar topik ya. Ok, sambung berkenaa JURNAL INSPIRASI PROF MUHAYA ni. Jurnal ni macam diari tapi biasanya diari kita mesti nak tulis perkara-perkara negatif. Cerita orang kecilkan hati kitalah, cerita kita benci oranglah, cerita dendam kesumatlah tapi berlainan dengan jurnal ni.

Fanpage Al-Quran Pelangi Murah

Fanpage Al-Quran Pelangi Murah

Jurnal Inspirasi ni semuanya adalah perkara positif. Mula daripada kita bangun pagi, apa perasaan kita. Adakah kita bersyukur dengan kehidupan hari ini? Next, kita nyatakan apa fokus kita nak daripada 5 aspek iaitu aspek rohani, aspek mental, aspek fizikal, aspek emosi dan aspek kewangan.

Apakah fokus yang kita nak capai sebenarnya dalam hidup seharian kita? Jadi, bila kita catat apa yang kita nak, apa tujuan kita cari duit, apa matlamat kita bersolat 5 waktu dan macam-macam lain kita akan lebih terdorong untuk hanya fokus tentang perkara tu sampai terlupa nak ambil tahu hal negatif-negatif lain.

Saya cadangkan sesiapa yang nak improve diri tu, janganlah kedekut sangat nak beli jurnal inspirasi ni. Tak membazir langsung. Tapi, untuk make sure betul-betul rasa perubahan tu kenalah disiplinkan diri untuk konsisten menulis. Syukran

Artikel Berkaitan

15 responses to “Perbaiki Diri Dengan Jurnal Inspirasi Prof Muhaya

  1. saya berharap dikurniakan rezeki duit yang lebih untuk membeli bahan ilmu sebegini…Amin

  2. Sgt respek dgn Prof Dr Muhaya, kenal beliau sebab pakar mata di Princecourt hospital. Tak sangka beliau boleh agih masa utk jadi seorang kunselor dan perunding pula. Suka tgk wanita macam prof muhaya. sejuk je hati. Macam tgk mak sendiri pula. hehehe
    halif´s last blog post ..Projek T-Shirt Denaihati – Membeli sambil beramal

  3. menarik cara ni dan jurnal PROF MUHAYA, rasanya tak susah kot, mungkin orang yang kurang minat menulis sikit berat permulaanya, bila dah dapat feel, memang takde masalah, laju je.
    Denaihati´s last blog post ..Tarikh baru Seminar Buat Duit dengan Blog

  4. untuk ilmu, kita tak boleh kedekut sangat kan 🙂
    zuan´s last blog post ..> Rehat Sebentar

  5. Kat mana nak beli Jurnal Inspirasi Prof Muhaya tuh? Kat kedai buku biasa, rasa-rasa ada tak?
    Akuro San´s last blog post ..Kiyomi Dance Fenomena Baru Selepas Gangnam Style?

  6. Saya jadi penasaran ingin membaca jurnal tersebut,,tapi susah pasti untuk mendapatkannya

  7. Salam sy nk bertanya…buku ni diisi sblm tido ke atau selepas bangun tido ?

  8. atiqah

    saya nak tanya…adakah setiap hari kita menulis jurnal yang sama?visi misi dan matlamat yang sama?’atau berubah setiap hari? contoh kalau kita nak kuasai bahasa inggeris…jadi setiap hari kita kena tulis misi dan visi tersebut ke? ke macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge