Menarikkah Blog Anda?

Menarikkah blog anda? Ok, saya bukan tanya anda semua sebenarnya. Saya tepuk dada, dan tanya diri sendiri. Al-maklum kan ada blog sendiri. Kenalah sesekali tengok cermin, lepas tu tanya diri sendiri. hihihi!

Kenapa sesekali para blogger perlu tanya pada diri sendiri soalan “menarikkah blog anda”? Oh senang je jawapannya ialah untuk memperbaiki kualiti blog kita sendiri lah. Pada saya, buat apa hasilkan blog 20 jenis niche tetapi kualitinya “out”.

Pada yang ada hobi memang suka hasilkan blog banyak-banyak tapi bukan untuk tujuan komersial tetapi lebih kepada saja syok sendiri untuk kegunaan dan kepuasan diri sendiri tu tak apalah. Tak terlibatlah untuk entri ini ya.

Blogger yang saya maksudkan disini ialah blogger yang hasilkan blog bertujuan untuk komersialkan atau untuk menambahkan pendapatan ke apalah. Biasanya bila ada tujuan untuk komersialkan ni, mestilah ada “hubungan” dengan orang lain. Tak bolehlah main bantai je hasilkan blog cincai boncai kata omputeh.

Macam saya, tujuan asal saya hasilkan blog memang sekadar hobi saja. Saya suka menulis. jadi saya hasilkan 1 blog dan berceloteh. Sikit pun saya tak kisah komen orang pasal blog saya buruk ke apa. hahahaha! Tapi, bila dah lama-lama dalam dunia blogging ni. Mulalah income passive datang menjengah. hehehehe!

Bila dah pernah dapat duit hasil blogging pertama tu, saya dah mula ambil berat pasal blog saya. Mulalah saya ubah template blog, saya design sikit-sikit walaupun hakikatnya saya ni buta seni. Tapi, saya usahakan juga. Saya upah orang buat banner, saya upgrade daripada guna platform blogger percuma ke platform berbayar WordPress.

Lagi, saya mula fikirkan apa yang pembaca suka dan apa yang pembaca kurang gemar bila datang baca artikel diblog saya. Saya mula buat survey. Keputusan survey tu saya jadikan sebagai kayu pengukur untuk blog saya. Hasil survey, saya buang semua widget yang tak penting dekat blog, saya mula susun atur layout blog ikut citarasa pembaca dan macam-macam lagilah.

Tapi, itu dulu. Dah lama saya tak tanya pada diri sendiri soalan “menarikkah blog anda?”. Hari ini baru tertanya balik. hahahaha!! Dah tak ada kerja. Sambil-sambil ambil order Al-Quran Pelangi Murah saya tu, saya dok tanyalah diri sendiri.

Tapi, saya dah dapat jawapan. Pada saya untuk setakat ini, saya yakin (kemain aku) blog saya masih dalam kategori BLOG BOLEH TAHAN MENARIK. kakakakaka!! Konpiden jawab. Eh mestilah kena yakin. Saya selesa dengan theme blog saya ni sebab simple, warna pun saya suka, widget yang penting-penting je saya letak. So far, belum ada komen negatif untuk blog Lizarazak.com. Alhamdulillah.

Blog anda pula bagaimana? Biar saya tanyakan ya. Menarikkah blog anda? hehehehehe!

Fanpage Al-Quran Pelangi Murah

Fanpage Al-Quran Pelangi Murah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

32 responses to “Menarikkah Blog Anda?

  1. nak puji blog saya juga dalam kategori “Menarik” jugalah sebab ringkas dan minimalis…ker ianya buruk di mata anda? apa pendapat kak liza tentang blog saya?
    ejam´s last blog post ..Selamat Sampai 2 Kotak Lagi Karipap Mini.

  2. Blog yang menarik dapat menarik pembaca untuk mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Sama seperti blog ini, penyampaian yang santai, terasa dekat dengan pembaca. -SH
    shahrollphoto´s last blog post ..OST Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) Lirik lagu Kita by shahroll

  3. Salam,

    Hi blog awak menarik…dari segi kekemasan susun atur iklan sangat menarik…tak macam sesetengah blog yang gila iklan bile bukak blog je trus pop up iklan…susah nk bace content blog…jadi truskan usaha anda.Semoga sukses…
    akusape´s last blog post ..Music Video : PSY – Gentleman

  4. mungkin untuk blog utama saya kata menarik , yang kedua, ketiga ok,ok jer haha
    onlajer´s last blog post ..Permainan SEO Tak Terkalah

  5. 100% menarik sebab diri sendiri suka…hahaha
    sebenarnya nak tukar header nak tukar tagline
    tapi seperti TERIKAT SECARA PAKSA… nak ubah macam payah sangat
    Kujie´s last blog post ..Beetroot Di Bukit Fraser

  6. Terimakasih,banyak hal yang harus saya pelajari dari posting ini terutama dalam hal blogging.
    Abdur Rozak´s last blog post ..Terimakasih Untuk Wanzawawi.com

  7. Blog saya macam mana liza? menarik tak? hehehe
    halif´s last blog post ..Hutang Baik Hutang Jahat

  8. Blog saya biasa2 je hehe
    Bean Moreno´s last blog post ..First Time Sentuh Notebook Ber’OS’ Windows 8

  9. Blog Saya Cun woo~ heh 😛
    hafidz´s last blog post ..Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 9

  10. Buat masa ni rasa-rasanya menarik juga la blog sendiri,mungkin kena “touch up” sedikit untuk beri nafas baru..hehe blog ni dah cukup menarik 🙂
    wazy´s last blog post ..Cuti Dah Habis Bro

  11. menarik atau tidak blog bergantung dengan pemiliknya juga…kalau diri sendiri rasa suka tentu orang lain pun suka walaupun pada tahap berlainan..tak gitu?
    hanafi abdullah´s last blog post ..Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang Politik

    • setuju tapi bukan untuk semua. kalau macam saya, saya suka dengar pandangan orang jugak. ada certain yang sesuai, ada jugak yang tak. ada jugak widget sy suka tp ramai pembaca tak selesa, jd saya buang. hehehe
      Lizz´s last blog post ..Hati Terhijab?

  12. Bagaimana pula dengan blog saya, adakah blog saya kemas dan menarik dihadapan mata cik liza razak?
    Juan´s last blog post ..LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool

  13. sebuah persoalan yang menarik, menarikkah blog aku? damn! agak lama membiarkannya, bahkan hampir semua. mood tak datang lagi. :p
    Mohd Isa´s last blog post ..Wordless Wednesday – Gerbang Perkahwinan

  14. agaknya kalau blog masakan..apa tema yang sesuai eh?bagi pendapat sikit,sifu..
    suebee´s last blog post ..Bluebery Vanilla Layered Cake

  15. Ringan untu dibaca tapi tetap berbobot dan menarik,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge