KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014 akan diumumkan tak lama lagi. Dulu, saya merupakan pelajar program Matrikulasi dan ya ampun susah silibusnya. Tapi, susah kalau usaha dapat juga ilmunya.

Artikel KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM ini memanglah jelas-jelas bukan untuk saya tapi kalau boleh membantu orang lain untuk dapat informasi, apa salahnya saya share kan? Jadi, pada calon yang terlibat sila ambil perhatian ya. Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013 ini.

Ada gaya perempuan kepoh juga kadang-kadang bila semua benda nak share dekat blog ni. hahahaha!! Ah, peduli apa. Habis takkan lah asyik nak tulis artikel pasal tips affiliate je kan? Korang suka ke? Kalau korang suka pun, saya yang nak berkongsi ni tak cukup ilmu pun tak gunalah. hehehehe!

Dah, terlari topik pulak. Baiklah, kita berbalik kepada tajuk sebenar ya. hahahaha!!  Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 sahaja boleh menyemak KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014 di laman sesawang seperti berikut:

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :

Surat tawaran
Panduan pendaftaran
Dokumen peribadi pelajar
Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran:

Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Tak baik menipu. Jadi, dengan jujurnya saya beritahu ya. Hampir 60% artikel ini saya copy dan paste melalui laman web ini. hahahahahaha!!! Oklah, ada lagi tak yang nak buat pre-order Al-Quran Pelangi Medina? Korang memang suka shopping last minute kan? Nanti dah habis stok, buat muka sedih PM tanya bila stok nak sampai. Kemain. Bye

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

One response to “KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

  1. Semoga bermanfaat untuk yang memerlukan,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge