Hati Terhijab?

Ini adalah perkongsian yang tidak seberapa ya. Macam biasa setiap hari Selasa, saya akan ke surau untuk menghadiri majlis ilmu. Minggu ni saya belajar tentang 1 ilmu yang sangat berguna. Kalau saya ponteng kelas mesti tertinggal.

PANDANGAN YANG DIHIJAB OLEH ALLAH.

Ya, sengaja saya guna font besar cap gajah supaya semua yang membaca tak ada alasan nak cakap tak perasan. hehehehe! Selama ni, saya dok baca surah Yasin tapi sampai sekarang masih tidak dapat bertadabbur dengan maksud yang sebenar. Rupa-rupanya ada 1 ayat dalam surah Yasin yang menerangkan berkenaan hijab.

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)Ayat 9 Surah Yasin

Ustaz tu cakap, bila kita hanya memikirkan dunia dan lupa pada akhirat, kita ada terdetik dalam hati perasaan benci pada ilmu Allah (mungkin bukan benci tapi tak suka dengar pasal agama Allah) dan kita seolah-olah menolak ilmu yang sepatutnya kita ambil tahu tu, nanti Allah akan HIJABKAN di depan dan belakang kita seolah-olah ada pendinding daripada ilmu tu sampai pada kita.

Bukan setakat ilmu sahaja, once kita ada terdetik dalam hati cakap tak suka pada sesuatu atau seseorang, Allah akan HIJABKAN kita daripada nampak perkara-perkara baik pasal sesuatu atau seseorang tu. Ok, saya tahu korang tak faham dan saya tak pelik sebab saya hampir 2 hari dok memahamkan maksud ustaz. hahahaha!!

Saya beri contoh ya. Ada seorang wali Allah datang untuk jumpa saya dengan niat nak mengajar ilmu Tauhid contohnya. Tapi, dalam hati saya ni ada terdetik sikit perasaan benci, tak suka pada wali Allah tu. Waktu inilah Allah akan HIJABKAN di depan dan belakang saya daripada terima ilmu yang wali ni nak sampaikan.

Wali tu tetap akan sampaikan ilmu yang dia nak ajar pada saya tapi sebab saya telah DIHIJABKAN Allah, saya tak boleh nak terima ilmu tu. Saya cuma nampak wali Allah tu sebagai seorang manusia biasa yang macam bajet bagus nak mengajar saya tentang ilmu Allah macam tu. Hakikat sebenarnya, Allah memang tak nak kita dapat ilmu tu.  Itulah yang dimaksudkan, kita dapat melihat jalan yang benar.

Bila saya balik, saya duduk fikir apa kaitan HIJAB Allah tu dengan kehidupan lepas saya. Patutlah. Baru saya ingat, dulu saya ada 1 masalah iaitu selalu bersangka buruk pada orang yang nak berbuat baik pada saya. Kalau ada je kawan yang nak cakap pasal solat, tudung atau hal-hal agama dalam hati saya dah mula detikkan kebencian pada diorang. 

Jadi, waktu tu Allah dah HIJABKAN saya daripada dapat ilmu yang kawan saya nak beri. Berbuih-buihlah dia bercakap pasal kepentingan solat tapi haram 1 pun tak masuk dalam hati. Kosong! Macam lagu Najwa Latif. hahahahaha!!!

Bab hati ni susah tau nak jaga. Kita boleh menipu orang tapi dengan Allah mana boleh tipu-tipu. Kena jaga hati elok-elok. Kena belajar berlapang dada bila ada orang yang datang nak mengajar kita tentang ilmu Allah. Lagi kata ustaz, walau macam mana kita rasa diri kita ni jahat (macam tak ada harapan nak jadi baik), jangan sesekali buruk sangka pada Allah.

Ustaz beri 3 cara untuk pastikan Allah buka HIJAB kita selama ni yang menjadi pendinding daripada kita nampak perkara-perkara kebaikan dalam dunia ni dan jalan-jalan untuk menuju Allah iaitu jaga solat, kedua berselawat banyak-banyak dan ketiga bersangka baik pada Allah. Nanti, sampai 1 saat Allah akan hilangkan HIJAB kita tu. Wallahualam

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Hati Terhijab?

  1. seimbangkan pencarian dunia dan akhirat pasti kita dapat kecapi sesuatu yang nikmat, nak berubah ramai nak tapi takut orang mengata, sebab ketakutan kita kepada manusia itu mengatasi ketakutan kepada ALLAH 🙂
    Khairul Zamri´s last blog post ..Pengalaman Sembelih Ayam

  2. Carilah keredhaan Allah, keredhaan Allah sebahagiaanya daripada redha ibu dan ayah yang tidak mensyirikkannya.
    halif´s last blog post ..Ketentuan Allah – Manusia Tiada Kuasa

  3. Entri yang bagus dan menarik. Hm. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan yang dihijab daripada menerima perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri kita. Amiin.
    Amirul Aslam´s last blog post ..Letak Watermark Dalam Setiap Gambar Anda Secara Automatik

  4. mata dihijab itu ok lagi jangan hati terhijab susah cari jalan pulang 😉
    Bean Moreno´s last blog post ..Ber’Pukung’ Bukan Satu Penderaan Bayi

  5. Tulisan yang sangat bagus.,,memberikan pencerahan pada saya,,,

  6. Senantiasalah kita menjaga kedekatan dengan Allah SWT, Insya Allah hati tidak akan terhijab 🙂
    Rina´s last blog post ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress

  7. allhamdulillah.. perkongsian ilmu Allah Azza Wajalla.. Allah ciptakan ruh yg dah mngaku d hdpn Allah yg Allah lah tuhan seluruh ALAM.. apabila Allah tiup ruh dlm jsad mnusia. Allah ada kan zahir batin dan Allah programkan mghijab hati batin mnusia.. ok.. smga Allah prtemukan seorang guru pd kita yg guru ini mampu membuka hijab kita dan mndidik kita smpai kita rsa syuhud dgn Allah.. Allah Maha Mengahtahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge