4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate

4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate. Hari ini mari kita belajar sikit pasal program buat duit yang saya sertai ya. Saya taklah pakar Affiliate sangat pun tapi bolehlah sikit-sikit nak bagi tips pasar malam. hahahaha!

Sebenarnya, nak buat duit secara online taklah susah mana pun kalau tahu tips yang betul dan dipercayai. Program Affiliate pada saya satu cara paling mudah nak buat duit sekiranya anda langsung tiada modal. ZERO! Macam saya masa mula-mula dululah.

Cuma, saya ingatkan di sini untuk menyertai mana-mana program Affiliate, anda mestilah bijak memilih program mana yang betul-betul akan beri anda bayaran dan kenalah tahu sikit cara untuk lakukan promosi. Jadi di sini saya berikan 4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate!

Program affiliate adil dalam pembayaran komisyen

Ini memerlukan logik akal ya. Bayangkan program affiliate yang anda sertai itu menjual 1 produk dengan harga RM100 dan anda hanya diberi komisen berjumlah RM10. Adil ke? Tidak bukan? Jadi, jangan join ok. Lubuk Affiliate terbesar dan boleh beri komisen yang adil anda boleh dapati bila sertai Jom Niaga. Saya dapat komisen yang besar 🙂

Program affiliate mempunyai sistem tracking yang bagus

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda di klik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda. Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancangan akitiviti promosi anda. Program Affiliate Jobdirumah sediakan sistem tracking yang memuaskan. Oh ya, tadi baru je saya dapat email penerimaan komisen baru. Alhamdulillah

Kekerapan dan kaedah pembayaran

Next, tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate adalah anda perlu selidik kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Yang ini kenalah ikut pada tahap keperluan kewangan anda ya. Macam saya, saya pilih Program Affiliate yang akan beri komisen setiap minggu. Jom Niaga paling laju dan terurus bab setelkan komisen. Tiap minggu (hari RABU) insyaAllah dalam akaun saya ada duit dimasukkan.

Ilmu pengetahuan anda mengenai produk tersebut

Ini tersangatlah penting. Macam saya, memang tak faham langsung pasal hartanah jadi saya memang tak akan promosikan program affiliate berkenaan tajuk berkaitan sebab membazir masa. Saya akan pastikan produk yang saya nak promosikan tu saya minat, suka dan paling penting saya ada ilmu serba sedikit berkenaannya. Antara maklumat produk yang anda perlu ambil tahu ialah:-

• Promosi pada golongan mana
• Berapa modal yang di perlukan
• Kaedah promosi yang paling berkesan
• Bagaimana hendak menulis copywritng yang menarik
• Keyword yang ada permintaan dan
• Sebagainya.

Ini saja 4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate. Jangan salah pilih program buat duit, nanti anda juga yang rugi masa dan tenaga. Habuknya tak dapat juga. Kalau serious untuk jana 4-5 angka jumlah pendapatan bolehlah beli pakej kursus affiliate dibawah ni. Kenalah keluar modal sikit. Nak FREE je mana boleh  -..-

Tapi, kalau tak minat nak tambah pendapatan dengan program macam ni bolehlah cuba dengan berniaga. Lepas tu, kalau dah ada banyak sangat duit, tak perlu nak sertai mana-mana program buat duit pun tak apa. Beli je Al-Quran Pelangi cantik-cantik yang saya jual. hehehehe! Ok, bye!

Artikel Berkaitan

13 responses to “4 Tips Penting Sebelum Menyertai Program Affiliate

  1. wah lepas ni boleh cuba affiliate 😀
    azrijohan´s last blog post ..Lawak Ke Der 2 – Harith Iskander Buat Aku Menangis

  2. haha baru aku tahu, tapi tengok rank sis dekat jom niaga memang boleh tahan Taniah
    onlajer´s last blog post ..Doa Pilihan

  3. wah hebat beraffilate ni..tai buka jomniaga nampak liza razak antara top ranking..bolehla share strategi promosi..hhee
    afif´s last blog post ..Asal Usul Gwiyomi, Lirik Dan Video Pilihan

  4. wah… satu pendedahan nih… jujurnya, saya tak pernah tahu mcm mana untuk join program affiliate begini…
    terima kasih diatas perkongsian ini..
    Akuro San´s last blog post ..Aglio Olio Terbaik Restoran Gino’s Recipe, Ara Damansara

  5. Menarik tips ni, terima kasih.

    Penting fresher blog. 😉
    Asyrof Asri´s last blog post ..Wordless Wednesday – Summer Pre-Chambering

  6. boleh tahan…dalam bicara tip dapat mempromosi sekali..saya suka cara ini
    hanafi abdullah´s last blog post ..Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga

  7. Tips nya sangat berguna buat saya,,terima kasih banyak,akan saya amalkan

  8. Izinkan cheq bookmark ! Bulan depan mesti kena cuba untuk affiliate ni.
    ProfHariz´s last blog post ..Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge