Usahawan Kecil Jual Ayam Masak Serai di UK

Kalau nak jadi usahawan kecil tapi idea besar kita kena fikir diluar kotak kan? Bagus juga masuk contest SEO ni, tengah-tengah masak boleh pulak terfikir pasal keyword. hahahaha! Sambil menyelam, minumlah air. Jangan membazir. kikikiki.   Nasib baik ayam masak serai saya jadi. Alhamdulillah.

Ayam Masak Serai

Ayam Masak Serai

Gambar dekat atas ni, gambar ayam masak serai yang baru je nak mula mendidih. Sambil-sambil saya kacau kuah nak tunggu kering, saya terfikir macam mana ya kita boleh buat bisnes dengan masakan melayu kita yang best-best ni. Yelah, sebenarnya kita orang melayu ni banyak je resepi lauk pauk sedap-sedap tapi malas nak masak dan malas nak komersialkan!

Rugi sebenarnya. Cuba tengok orang-orang melayu dekat perantauan yang “malas masak” tu, macam payah kan nak jumpa restaurant melayu yang jual masakan-masakan melayu asli macam ni dekat luar negara tu. Kalaulah ada usahawan kecil yang rajin sikit buat research macam mana nak komersialkan masakan kita ni, mesti laku kot. Silap-silap mat salleh pun dah pandai masak ayam masak serai ni. hahahaha!

Kita dah ada rendang segera dan adalah juga lauk-lauk segera tapi masih tak banyak dan kurang promosi kot. Itupun jual dekat Malaysia, kalau pelajar kita nak balik negara tempat diorang belajar tu barulah diorang beli banyak-banyak dan bawak sekali dalam bagasi. Maksudnya masih di peringkat local. Ke dah ada ek dekat luar negara? Ada tak rendang segera dekat tesco United Kingdom? huhuuhu seronoknya kalau ada! hahahahaha

Ah sudah, jauh benor saya merepek. Daripada ayam masak serai boleh fikir pasal perniagaan pula. Biasalah sekarang ni memang tengah berminat dengan dunia usahawan. hehehehe! Kena creative cari peluang yang ada. Eh korang nak ke resepi ayam masak serai ni? Tak payahlah ya, sebab resepi hampir sama dengan masak lemak sebebarnya! kikikikiki. Jemput tengok gambar sahaja  😉

p/s: Stok Al-Quran Self Management akan sampai minggu hadapan, InsyaAllah. Kalau ada sesiapa yang nak buat pre-order boleh buat sekarang sebab stock very limited dan cepat habis.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Usahawan Kecil Jual Ayam Masak Serai di UK

  1. menu negeri sembilan ni, lebih kurang masak lemak cili api rasanya.
    belum ada yg segera kan pasaran lagi kot.
    Denaihati´s last blog post ..Top 16 Tourism Blog Malaysia MITBCA2013

  2. rasanya saya x pernah lagi makan makanan ayam masak serai nih, tp nampak gambar dlm google nampak sangat sedap
    Juan´s last blog post ..Delete Low Quality Content and Old Post

  3. buat pedas2 sedap nih..
    eiela´s last blog post ..Personaliti Pencinta Warna Merah

  4. Mus

    pernah makan ayam masak serai.. memang sedap masakan ini
    Mus´s last blog post ..Slow Shutter Kali Kedua Di Perdana Park, Tanjung Aru

  5. Kalau berada di luar negara kita pasti rindu makanan malaysia. Sedapnya kalau ada restoran makanan melayu di perantauan sana. harga pun kena berpatutan jugak la.
    Hazmin Hamudin´s last blog post ..Wordless Wednesday | Kartun Lat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge