Tips Menasihati Kawan Rapat Cara Bijak

Menasihat orang mungkin senang kalau kita tidak berapa rapat dengan orang itu kan? Tapi, kalau orang yang kita nak beri nasihat tu merupakan kawan yang agak rapat dengan kita mungkin kita kena ada strategi sikitlah untuk mula beri nasihat tu supaya dia tidak terasa hati.

Tapi macam mana nak nasihat kawan rapat dengan cara bijak, tanpa buat dia kecil hati? Saya akan kongsikan cara saya yang tidak seberapa tapi moga saja bermanfaat. Walaupun saya bukan pakar motivasi tapi saya suka pula bab ini. Saya suka menyelesaikan masalah orang sebab mudah-mudahan saja Allah akan tolong selesaikan masalah saya. hehehehe!

Antara Tips Menasihati Kawan Rapat Cara Bijak

1- Mulakan dengan memasang niat yang baik. Pastikan niat kita betul-betul ikhlas untuk nasihat kawan kita tu untuk kebaikan dia dan buka untuk memuaskan hati kita semata-mata.

2- Mulakan nasihat dengan kata-kata pujian. Ini taktik sebenarnya. Memang ramai pendakwah-pendakwah yang ajar. Sebelum nasihat kawan rapat kita tu dengan sesuatu yang mungkin akan buat dia tersinggung, baik kita puji dia dulu. Pujilah apapun, macam contoh yang biasa saya buat saya akan katakan pada dia bahawa dia adalah kawan yang sangat baik, dan saya beruntung dapat kawan macam dia. Korang boleh ikut kreativiti sendiri ok. Chewah!

3- Beritahu tujuan nasihat. Ok, lepas tu bila nak mulakan beri nasihat tu beritahu pada kawan kita tu yang kita nasihat ini sebab apa? Macam saya, saya akan cakap pada kawan saya yang saya nasihat kerana sayangkan dia. InsyaAllah lepas tu dia akan boleh terima nasihat saya. Maksudnya tak melenting lah. hehehehe

4- Berikan tempoh masa untuk dia berfikir. Sebenarnya, lumrahlah manusia ni mana suka kena nasihat sangat pun kan? Jadi, kita yang tukang nasihat ni kenalah beri tempoh masa sikit untuk make sure kawan kita stabil balik mood dia dan boleh berfikir waras sikit. hahahaha!!! Janganlah pukul 2 petang nasihat, pukul 2:15 petang dah nak suruh dia ikut nasihat kita tu. Oh sungguh tak logik ok. hehehehe

Simple je pun nak nasihat orang sebenarnya cuma berani dengan tak berani jelah dan samada kita ada rasa tanggungjawab nak nasihat orang ke tidak je. Kadang-kadang, kita ni berkawan rapat tapi kalau kawan kita tu buat salah kita tak berani nak tegur sebab takut ganggu hubungan persahabatan padahal pada saya,  kalau betul sayang kenalah nasihat. Dalam Islam pun dah cakap macam ni kot.

Oklah, cukuplah perkongsian tips tak seberapa ni. Saya selaku wanita yang ingin jadi usahawan kecil nak buat kerja. hahahaha! Seronoklah buat bisnes online ni. Alhamdulillah makin banyak orang memborong Al-Quran. Stok Al-Quran Pelangi Baldu dah sampai untuk 7 warna. Yang baki akan sampai next week insyaAllah. Nanti saya nak buat contest simple dekat page Al-Quran Pelangi Murah tu lah. hehehehe

Artikel Berkaitan

13 responses to “Tips Menasihati Kawan Rapat Cara Bijak

  1. benda ni kena ada pratikal sebaiknya.. saya pun tengah belajar cara terbaik utk menasihati rakan rapat saya.. sedikit demi sedikit.
    muazfaris´s last blog post ..Iklan Text Google Adsense Ada Arrow

  2. takde kawan rapat, tskk tskk :”(
    zalawajik´s last blog post ..Pasca Keputusan SPM

  3. terima kasih tipnya. nak nasihat orang lebih tua pun mencabar juga,
    Denaihati´s last blog post ..iPhone 5 sebagai Setiausaha Peribadi, Penasihat Pemakanan, Jurulatih Kesihatan

  4. Bagus jugak perkongsian ni. Bukan senang nak nasihatkan orang kalau kita sendiri pun tidak betulkan
    Hazmin Hamudin´s last blog post ..Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013

  5. Sememangnya nak tegur rakan rapat perlukan keyakinan yang tinggi. Jika tak mampu baik tak usah lakukan. Tapi jika sanggup, tip di atas sudah semestinya perlu ada supaya ia tidak menyinggung rakan kita tu. Lebih-lebih lagi kita nak komplen trntang bau badan si dia. Kalau tidak ditangani dengan betul boleh menyakiti hati si dia. Kalau saya memang pujian perlu dilakukan pada si dia. Tiba masa tarikh hari jadi, bagi hadiah deodoran (REXONA) kat dia. Apa macam bagus ke macam ni? Rasanya tak salah bukan?
    sensasi2020´s last blog post ..Apa Itu Usahawan Kecil?

  6. macam saya bernasib baik sebab kawan2 saya semua boleh ditegir secara kasar hehe
    Bean Moreno´s last blog post ..Lengkapilah Gadget Anda Dengan Dropbox

  7. Assalamualaikum..
    mcm mna klu kwn kta tu asyik mmlukan kta je dpn kwn2 yg lain???

  8. Terimakasih,kita memang harus menimbang sebelum memberikan nasehat pada seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge