Tidak Rugi Baca Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

buku-mudahnya-menjemput-rezeki

Review Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini saya dengan senang hatinya berkongsi pengalaman sendiri untuk semua pembaca blog Lizarazak.com. Buku Mudahnya Menjemput Rezeki merupakan buku hasil tangan dan idea oleh saudara Fathuri Salehuddin.

Untuk pengetahuan semua, buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini bukan buku e-book tau tapi buku fizikal. Biasanya saya agak malas nak baca buku pasal tips jemput rezeki ke, mudah dapat rezeki ke sebab pada saya cara penulisan penulis macam hampir sama. Klise.

Sebenarnya bukanlah saya nak buat review panjang pun. hahahaha! Cuma saya suggest untuk semua orang yang rasa-rasa macam tak tahu macam mana sebenarnya cara terbaik mengikut Islam untuk menjemput rezeki, dapatkan buku ini. Tak rugi.

Sinopsis ringkas Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

Ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.
Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki. credit to Budak Felda.com & HalifSaat

Kenapa saya suggest korang baca buku ini? Saya suka perkongsian jujur daripada penulis buku ni. Cerita-cerita yang dikongsikan merupakan kisah benar dan memang kejadian yang tak biasa kita dengar dalam tv ke mana-mana buku. Banyak cerita yang buat saya menitiskan airmata masa baca.

Menangis sebab rasa hinanya diri ni. Selama ni nak murah rezeki, nak duit tapi hal-hal kewajiban sesama manusia saya pandang remeh. Kalau ada orang minta sedekah, mula terdetik dalam hati rasa waswas nak beri ke tidak takut kena tipu kononnya tapi lepas baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni saya dah tak nak fikir banyak kali. hahahaha!!!

Kita ni manusia banyak khilaf. Belilah buku ni. Alah murah je tak sampai RM20 kot. Saya dah lupa sebab yang beli buku ni abang saya. Murah dan berbaloi. Saya khatamkan buku ni tak sampai 1 hari. Oh ya, review buku Mudahnya Menjemput Rezeki  ini saya tidak dibayar untuk puji. Sekian

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Tidak Rugi Baca Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

  1. saya suka dengan buku ini kerna penulis dia mengajak kita mensyukuri nikmat darinya, dan memahami bagai mana hendak menjemput rezeki berbanding mencarinya
    onlajer´s last blog post ..Tribute 10 Blogger Terbaik Malaysia

  2. saya pun ada satu buku ni, dpt percuma drpd Majlis Zakat KL…sbb bayar online 🙂 mmg best
    WRizuan´s last blog post ..Travelog : Lepak di Animal Park, Bukit Tinggi Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge