Program Jobdirumah Terbukti Boleh Dipercayai

Hah, ini adalah bukti yang program Jobdirumah bukan lah program yang membohong. Alhamdulillah dapat rezeki komisen daripada program affiliate ini untuk kali kedua. Berbakat juga rupanya saya ni. hahahahaha! Tak, ini selingan nak bagi semangat saja. Sifu sebenar bab affiliate ialah pemilik blog Earncent.com

komisen-jobdirumah

Kenapa saya cakap Titan ni sifu affiliate sebenar? Alah korang kena rajinkan diri macam saya (seronok juga puji diri sendiri ni rupanya) untuk khatamkan baca SEMUA entry di blog beliau. Barulah korang akan dapat aura rajin tu sikit. hahahaha!! Tapi, betul ya kawan-kawan. Dalam dunia ni tak ada jalan mudah untuk berjaya. Saya dapat tahu tentang program Jobdirumah ni pun dari Titan.

Untuk menjadi salah seorang yang teror bab Affiliate ni, korang dan termasuklah saya kena rajin berusaha. Macam saya, saya selalu korbankan sikit duit yang ada untuk beli ebook. Banyak juga ebook yang saya dah beli. Kenapa saya lebih suka beli ebook? Sebab saya sakit hati beli buku atau produk fizikal yang macam nokhoroms isi kandungannya.

Argh sakit hati sebab tajuk kemain hebat, tapi bila baca penulisan beliau yang saya malas nak beritahu dekat sini…haih tersangat kecewa. Sebab itu saya lebih suka beli ebook je. Murah pun jauh lagi murah dan tak payah nak pergi cari dekat kedai buku. Lepas ni nak beli ebook Rahsia Menjana RM50 ribu dengan jual ebook oleh Raja Kamil pula. Kalau korang kenal siapa RK ni, korang berada di atas landasan yang benar. ahahahaha!

Kalau korang nak suruh saya senaraikan ebook yang saya dah beli untuk belajar pasal Perniagaan Internet, tak laratlah saya nak menaip. Tapi, kalau korang zero pasal affiliate ni bolehlah beli ebook asas ni Pakar Affiliate | Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri oleh saudara Zamri. Lepas tu bila dah teror, bolehlah ajar saya. kehkehkehkeh!

Meleret pula entry ni. Sebenarnya nak show off komisen program Jobdirumah yang tak adalah banyak tapi nak beli makanan untuk tengahari hari ni wajiblah lepas dah. Apa-apapun, sebelum terlupa saya nak ucapkan salam Takziah buat keluarga perwira yang terkorban di Sabah. Saya selalu baca blog Denaihati.com untuk dapatkan maklumat isu pencerobohan ni. Antara entri yang sudah ada TERKINI WIRA-WIRA MALAYSIA MENGEMPUR PENCEROBOH SULU dan TERKINI PERTEMPURAN KESULTANAN SULU DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA. Dipersilakan baca di blog beliau untuk info lanjut.

 

Artikel Berkaitan

2 responses to “Program Jobdirumah Terbukti Boleh Dipercayai

  1. tahniah, makan tengahari siap belanja kawan dengan cendol pun lepas sangat ni
    Denaihati´s last blog post ..Blog Travel Denai.my idea dari MITBCA

  2. Tahniah buat lizarazak…sememangnya si titan pro dlm menjana pendapatan. Kena byk belajar dgn dia. Korek rahsia dia. Dah berpuluh-puluh dah dia dpt . Org lain hanya 1-3 kali je. Aapun itu rezeki masing2. Pasti kita akan dpt utk hari seterusnya.
    sensasi2020´s last blog post ..Pertama Kali Dapat komisen Daripada Jobdirumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge