Orang Berbudi Kita Berbahasa

Saya sibuk kebelakangan ini sebab terpaksa urus bisnes Al-Quran Pelangi Murah saya yang alhamdulillah makin maju. Sebenarnya tak adalah maju sangat tapi demi tidak menjatuhkan semangat diri sendiri untuk menjadi usahawan kecil yang berjiwa besar (eceh), saya cakaplah maju.

Hahahahahaha! Sebenarnya nak cerita pasal apa ya tadi. Ok, tajuk pun dah jelas-jelas “Orang  berbudi kita berbahasa” kan? Mestilah nak cerita pasal perangai manusia keliling. Adakah penting sangat untuk kita berbahasa setiap kali orang cuba berbudi pada kita? 

Jawapannya ialah YA tanpa kompromi. Tapi, perasan tak ada sesetengah manusia yang tidak berapa faham konsep ni? Pada saya, perkara macam ni tak perlu diajar dan belajar tapi mungkin kalau jadi mak ayah pada anak-anak tu kenalah ajar juga kot. Perkara macam ni sangat umum dan boleh difikirkan secara logik je pun.

Contoh, jiran sebelah rumah bagi kita sepinggan kuih muih. Apa tindakan kita nak buat? Buat bodoh pun boleh juga tapi kan ke comel sikit kalau kita “membalas” pinggan jiran kita tu dengan apa sahaja makanan yang ada. Kalau tak ada hari ini, esok-esok pun boleh. Mungkin jiran kita memang tak ada niat pun nak mintak balasan tapi macam saya sebutkan, “orang berbudi kita berbahasa”.

Ok, sekarang saya luaskan skop ke urusan bisnes pulak. hahahahaha sebut lagi pasal bisnes. Saya suka bila ada peniaga atau usahawan yang selalu amalkan konsep orang berbudi kita berbahasa. Seronok dan senang berurusan dengan orang macam ni sebab boleh bertolak ansur. Contoh macam masalah saya baru-baru ni.

Saya ada ambil servis berkenaan Facebook marketing dengan seorang hamba Allah ni dan beliau berjanji nak siapkan dalam tempoh paling lama 48 jam tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, janji tu tak dapatlah dia nak kotakan. Dia memohon maaf pada saya, dan dengan rela hatinya beri saya “extra bonus” untuk tebus insiden tu lah kiranya. Saya tersenyum je baca message beliau di facebook saya pagi tadi.

Kenapa? Sebab, saya rasa inilah balasannya bila kita berbudi pada orang yang betul dan boleh berfikir. Dia ada masalah, saya pula cuba bersabar. Akhirnya dia balas dengan bonus tu. Saya bebudi (mungkin cuba untuk tidak marah-marah dan memaksa beliau) dan dia pula berbahasa dengan memberi saya bonus tu. Happy ending. yay!!!

Artikel Berkaitan

3 responses to “Orang Berbudi Kita Berbahasa

  1. Itula budaya masyarakat malaysia. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.
    hatiputera´s last blog post ..IMASCU – Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA

  2. Bahasa mengajarkan adab dan perilkau yang baik
    Oneblogsocial.com´s last blog post ..Image SEO (Membuat Image SEO Friendly)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge