Musim Panas Atau Musim Sejuk Yang Bagus Untuk Tunaikan Umrah?

Soalan simple, mestilah jawapannya pun simple kan? Ada hamba Allah bertanya pada saya, kiranya beliau nak dengar pendapat. Mungkin sebab saya ada pengalaman mengerjakan umrah pada kedua-dua musim. Jawapan saya mudah, musim panas bagus, musim sejuk pun ada bagusnya.

Apa yang bagus?

Pergi umrah masa musim panas, memanglah panas betul. Masa saya pergi umrah dulu, paling tinggi suhu waktu siang boleh cecah sampai 40’c.Kalau kita demam, suhunya lebih daripada 37’c pun dah tak selesa kan? Bayangkan nak ulang alik ke Masjidil Haram dengan cuaca panas lebih daripada 37’c tu. Bayangkan sendiri.

Tempah Al-Quran Pelangi

Tapi, jelas-jelas ada baiknya kalau pergi umrah waktu musim panas ni. Bila besar ujian macam ni, besarlah juga ganjaran yang kita akan dapat. InsyaAllah dan masa inilah kita nak merasa jerit payah khalifah zaman Nabi Muhammad S.A.W dulu berulang alik nak menyebarkan syiar Islam dengan cuaca yang macam ini. Fikirkan sendiri.

Ok, sekarang apa pulak yang bagusnya kalau pergi umrah waktu musim sejuk macam sekarang ni? Ya, kalau ada teman-teman yang sedang tunaikan umrah saat ini diorang semua taklah rasa panas bahang macam masa musim panas. Tapi, musim sejuk dekat Mekah dan Madinah ni bukanlah macam musim sejuk di Istanbul. Tapi, lebih kepada “sejuk macam aircond”. Alah, bukak je aircond level medium sikit. Hah, macam tulah dan berangin. Cuma, waktu Subuh tu memang sejuklah sikit.

Apa yang bagusnya tunaikan umrah masa musim sejuk? Lebih selesa sebab kurang sikit masalah nak demam-demam. Kalau tak sihat pun, taklah seteruk masa musim panas. Bila kita selesa dengan cuaca, mungkin nak beribadat lebih mudah TAPI waktu musim ni biasanya sama dengan musim cuti sekolah dekat Saudi Arabia. Maksudnya, kita kena bersesak-sesak banyaklah untuk masuk dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dah macam musim Ramadhan jumlah umatnya!

Kesimpulannya, untuk pergi tunaikan umrah pada musim sejuk atau musim panas ni bergantunglah pada diri masing-masing. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kekurangan? Mana ada kurangnya kalau dah jadi TETAMU ALLAH ni. Fikir positif saja.

Pengalaman tunaikan umrah ni berbeza-beza setiap orang. Masalah cuaca ni tak adala masalah besar sangat. Kalau buat alasan tak nak pergi umrah masa bulan 6 sebab musim panas berdesing tu macam tak logik kecuali betul-betul darurat macam ada bawa orang yang sakit. Itu cerita lain.

Kalau cerita pasal ibadah umrah ni sampau subuh esok pun belum tentu habis sebab seronok. Saya yakin mesti ramai yang sedang menunaikan ibadah umrah sekarang kan? Untuk pergi tu kena ada ilmu, jadi sesiapa yang berhajat nak tunaikan umrah kemudian hari dan mahu belajar tentang umrah bolehlah baca buku panduan umrah siap-siap ok. Jangan waktu nak buat 7 pusingan penuh bermakna tu (tawaf) baru nak hafal doa -..-

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “Musim Panas Atau Musim Sejuk Yang Bagus Untuk Tunaikan Umrah?

  1. Tak kira panas atau sejuk dua-dua saya suka, cuma kalau musim sejuk tu waktu siang macam pendek sedikit dan biasanya waktu panas itulah musim buah kurma tak bergitu
    onlajer´s last blog post ..15454

  2. walaupun panas, tapi tak berpeluh.. tu keajaiban di rumah Allah…
    rindu nak ke sana lagi
    Datin Tyka´s last blog post ..Habis Dah Baucar Buku

  3. mengikut kata – kata pelajar disana biasanya musim panas terkena bulan ramadhan, tapi time itu meraka ramai yang pulang ketanah air
    onlajer´s last blog post ..15454

  4. kalau ada peluang, rasa dua2 musim pun ok. musim panas lebih mencabar dan besar ujiannya, insyaAllah ganjarannya pun besar.
    Denaihati´s last blog post ..iPad Mini Rezeki yang tidak disangka-sangka

  5. memang kena pergi dua-dua musim.
    baru dapat rasa kedua-dua pengalaman 😀
    hafidz´s last blog post ..Gift from Seyra

  6. Mana2 musim pn ok nak pergi. Kalau ada rezeki apa salahnya pergi. Pergi untuk beribadah xkan nak tunggu sejuk pulakkan.
    Hazmin Hamudin´s last blog post ..Wordless Wednesday | Malaya Heroes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge