Keyword Tentang Bagaimana Nak Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

Tadi, saya belek-belek keyword yang masuk dalam blog lizarazak.com ni. Terjumpalah 1 keyword yang pada saya nak gelak pada mulanya tapi bila difikirkan balik tak baik pulak nak gelakkan orang. Mungkin pada saya hal ini remeh, tidak pada orang yang mencari keyword tu kan?

“bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress”

Hah, itulah keyword yang masuk dan saya terus tersenyum sebab saya memang dah ada jawapan. hehehehe! Dekat bawah ni saya akan senaraikan antara cara bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress yang melampau ok. Ini adalah cara peribadi saya, jadi mungkin sesuai untuk orang lain dah mungkin juga tidak. Tapi, tak salah mencuba.

Ubat Putus Cinta

Cinta-Cinta – Ketahui Rahsia Sebenar Kemanisan Bercinta

1) Latih hilangkan rasa marah melalui solat. Cara ini saya dapat melalui majlis ilmu oleh Ustazah Norhafizah Musa. Beliau kata, orang yang cepat marah ni biasanya ada sifat kurang sabar sikit dalam diri dia. Bagaimana nak didik sifat sabar ni ialah dengan melakukan setiap rukun dalam solat dengan perlahan-lahan. Senang cerita, jangan sembahyang macam carca marba macam tulah. Saya dah buat dan memang sangat berkesan!

2) Sentiasa beristighfar baik secara lisan mahupun hati. Dulu, saya tak pernah percaya (jangan tiru sebab waktu ni saya terlampau jahiliyah tentang agama) yang bila kita berzikir, beristigfar memang hati kita akan tenang. Cubalah, tak kira masa. Tak perlu tunggu bila dah marah baru nak beristighfar. Saya lakukannya bila-bila termasuk waktu basuh pinggan! Hilang stress semuanya.

3) Sentiasa lawan godaan syaitan. Semua orang tahu kot, marah dan stress ni kerja syaitan sebenarnya. Jadi, cuba lawan dengan baca doa-doa yang korang tahu untuk halang godaan syaitan tu.

4) Sentiasa senyum. hahahahaha yang ini macam kelakar sebab susah juga bila tengah marah tiba-tiba nak senyum tapi cubalah buat. Korang akan rasa kesan yang aummmmm!!

5) Akhir sekali, biasanya bila saya marah dan stress saya suka paksa diri untuk baca buku-buku motivasi. Dalam buku-buku macam ni penulis biasanya akan beri kata-kata positif kawkaw ok. Jadi, secara tak langsung akan buat kita lupa perkara yang kita dok marahkan sangat tu.

Mungkin ini hanya sikit saja cara bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress daripada saya. Kalau ada yang sudi berkongsi cara lain, bolehlah kongsi. Sebenarnya kalau rajin cari dekat internet ni memang dah banyak sangat entri berkaitan tips hilangkan rasa marah dan stress cuma tinggal rajinkan diri sahaja. Peace!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Keyword Tentang Bagaimana Nak Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

  1. meo

    oh insaf….
    meo´s last blog post ..Transformasi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge