Kelebihan Selawat Ke Atas Rasullullah Jangan Diperlekehkan

Kelebihan Selawat ni sebenarnya terlalu banyak, cuma lagi manusia tak berapa pandai nak rebut peluang. Tapi, saya pun dulu macam ni juga. Kalau tahu sekalipun, saja buat-buat malas nak biasakan berselawat. Tapi, sekarang bila dah amalkan barulah faham konsepnya.

Kelebihan berselawat ni banyak sangat dan kalau korang rajin, pergilah search dekat Google kesayangan manusia seisi alam tu (hahahaha) memang banyak sangat rahsia-rahsia selawat yang akan buat korang teruja tapi membaca dekat mendengar ni lain sikit. Kalau korang betul-betul nak tahu pengalaman orang-orang yang jadikan amalan berselawat ni dalam hidup, korang boleh cari dekat video Youtube. Banyak je.

Tapi, untuk hari ini saya cuma nak kongsikan Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w yang saya ambil dekat blog saudara Hasnul Hadi Ahmad. Ini hanya separuh je, ada lagi yang lain tapi korang kenalah teruskan bacaan dekat blog beliau sendiri. win-win situation katanya. hehehehe!

“Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’”

Kelebihan Selawat Ke Atas Rasullullah

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

Untuk mengetahui Kelebihan Selawat Ke Atas Rasullullah yang lain sila ke sini dan selamat beramal. Dah tahu tapi tak bertindak pun tak ada gunanya. Salam Jumaat yang barakah. Kalau berkesempatan, ada kelapangan bolehlah baca surah Al-Kahfi hari ini.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge