Doa Demam Panas Paling Mudah

Doa Demam Panas ini saya kongsikan sebab saya sendiri tengah demam ni hah. Entah kenapa tiba-tiba pula boleh demam. Mungkin cuaca agaknya yang tak menentu dekat Johor Bahru ni. Bila panas, panas terik betul. Bila hujan, hujan lebat kemain tapi tak boleh marah sebab itu rezeki Allah.

Tahu kan salah satu waktu yang paling mustajab doanya ialah waktu hujan lebat. Sebab tu bila hujan lebat, kalau boleh jangan mengeluh. Kalau termengeluh tak sedar tu lain ceritalah kan? Tapi, sebaiknya cepat-cepat berdoa apa saja yang kita mahu waktu hujan lebat tu dan yakin yang Allah akan makbulkan.

Tapi, doa waktu hujan lebat tu nantilah saya kongsi sebab sekarang ni saya cuma nak kongsi doa demam panas. Mungkin banyak lagi doa-doa yang boleh kita baca tapi sebab doa ini paling mudah, maka haruslah saya ambil yang ini. hehehehe!

doa-demam-panas

Doa Demam Panas

Ini sajalah yang mampu saya kongsikan hari ini disebabkan saya pun kurang sihat. Seram sejuk dibuatnya badan. Tapi, fikir positif. Sakit itu adalah kafarah dosa kita juga. Ikhlaskan dan mudah-mudahan cepat kebah demam panas ni. Semalam saya ada kongsikan entri Program Jobdirumah Terbukti Boleh Dipercayai tetapi saya minta maaf pada yang tinggalkan komen ya. Entah apa punya parkinson entah, blog saya ada masalah sikit dengan plugin comment. Dapat email tapi bila saya nak approve, tak ada pula dalam dashboard. Sawan!!

Alhamdulillah, walaupun tengah dapat ujian Allah sekarang ni tapi rezeki Allah sentiasa ada. Tak lama lagi stok Al-Quran Pelangi akan masuk, kalau ada sesiapa yang nak buat pre-order boleh rujuk infonya di sini ya. Rezeki dalam bidang perniagaan itu sentiasa ada, 9/10 sumber rezeki katanya. Ambil peluang sementara produk tengah panas 😉

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Doa Demam Panas Paling Mudah

  1. moga cik liza dan blog cik liza juga cepat sembuh.
    Denaihati´s last blog post ..Blog Travel Denai.my idea dari MITBCA

  2. Assalamualaikum.

    Syafakillah Liz. Semoga kejap lagi dah baik sepenuhnya. Shukran atas perkongsian doa. Saya tertunggu-tunggu ni sarang burung awak. Bila nak announce? Kekekeke. ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge