Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia

Salam Jumaat semua, semoga hari ini menjadi hari Jumaat yang penuh bermanfaat buat kita semua ya. Masih ada lagi tak agaknya dikalangan kita ni semua yang tercari-cari cara untuk hidup lebih bahagia? Mesti ada punya, saya yakin yang ini. Apa rahsia yang saya gunakan untuk tujuan ini?

Mari, saya kongsikan sedikit sebanyak cara saya untuk menikmati hidup yang singkat ini dengan lebih bahagia seantero alam. Seantero alam tu saya tambah-tambah, bagi sedapkan sikit ayat perenggan ni. hahahaha! Orang yang jujur sangat diperlukan ya zaman sekarang ni (ehem ehem)

Baiklah, kadang-kadang saya simpati tengok segelintir manusia yang maaf cakap, macam tidak pandai bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah sudah berikan. Cuba fikir, daripada sebanyak-banyak jumlah air mani yang berebut masa proses persenyawaan mak dan ayah kita, akhirnya kita yang dipilih untuk menjadi manusia (proses sebenar persenyawaan tu malaslah saya nak cerita iye dok)

Allah dah beri peluang pada kita untuk hidup sebagai manusia yang alhamdulillah cukup sifat, tapi kenapa kita nak hancurkan hidup kita dengan bersedih, meratapi setiap ujian dalam dunia ni? Semua orang ada masalah, semua orang ada tanggungjawab itu ini, semua orang ada tuntutan hidup yang perlu dilangsaikan tetapi tak usahlah sampai langsung tak bagi peluang hidup kita ni merasa nikmat bahagia.

Kadang-kadang masalah yang datang cuma berkenaan muka tak berapa cantik macam Angelina Jolie lah, masalah risau sebab rumah sempit sedangkan rumah jiran sebelah banglo lah, masalah makan tak sedap macam kawan-kawan lain yang dapat makan dekat hotel-hotel mewahlah, paling saya nak pengsan tengok orang yang bersedih sampai tak boleh nak makan, tak boleh nak berjumpa orang, emosi dengan orang keliling cuma gara-gara teman lelaki tak setia.

Ya Rabbi. cubalah berubah. Janganlah jadi manusia yang cepat mengalah dengan ujian Allah bagi. Percayalah, setiap ujian yang datang cuma sementara. Cuba fikir balik. Ada ke masalah-masalah kita yang 10 tahun lepas tak selesai lagi? Kalau ada pun, itu cuma sebab sikap kita yang tak boleh “handle” masalah kot.

Kalau korang selalu baca buku motivasi, mesti korang tahu cara untuk hidup lebih bahagia dan bebas daripada tertekan dengan masalah yang datang dalam hidup. tapi, tak apa sebab saya tahu korang ni bukan rajin sangat macam saya (kahkahkahkah) bab baca buku motivasi ni, jadi saya ringkaskan dekat sini ya

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia 

1- Sentiasa fikir positif. Bila ada kata-kata kecil daripada hati yang ke arah negatif je, cepat-cepat berikan kata-kata positif pada diri sendiri semula.

2- Percaya semua masalah BUKAN selamanya bersama kita. Esok, lusa atau paling lama pun 10 tahun lagi masalah tu akan selesai juga. kikikiki 10 tahun tu -..-

3- Kira anggaran sisa hidup kita dalam dunia ni. Hah, ini sangat berkesan. Macam saya, mungkin ada baki hidup dalam 30-40 tahun macam tu jadi kenapa saya nak buang masa nak fikir masalah je. Jadi, dengan cara macam ni saya lebih menghargai hidup dan berjanji yang akan sentiasa buat hidup saya bahagia!

4- Beri bantuan pada orang tanpa perlu tunggu diminta terlebih dahulu. Yang ini payah kalau korang tak ada sifat yakin pada konsep “buat baik pasti dibalas baik”. Kena yakinlah, dan sentiasa tanyakan pada kawan-kawan kot-kot ada tak yang kita boleh tolong dia. InsyaAllah secara tak langsung Allah akan beri hati yang tenang dan bahagia

5- Banyakkan masa bersama-sama kanak-kanak. Kenapa? Sebab diorang ni ahli syurga. Walaupun kadang-kadang annoying juga dengan gelagat diorang yang bising tapi cepat-cepat ingat yang diorang ni ahli syurga. Ahli syurga ni sifatnya menenangkan dan membahagiakan. Saya suka bermain dengan diorang, diorang boleh buat saya bahagia secara instant!

heheheheh sebenarnya banyak lagi nak kongsi tapi macam dah panjang pulak entri ni. Terpulanglah pada korang kan macam mana nak rasa bahagia tapi ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat sharekan bersama. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh. huehuehue!

Artikel Berkaitan

2 responses to “Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia

  1. Pencerahan yang bagus. saya lagi galau ni. jauh dari istri karena kena mutasi kerja. tapi istri gak mau ikut, apa saya musti resign?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge