Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 2

Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 2 ini adalah kesinambungan untuk entri ini. Sebelum itu, kalau korang rasa korang dah otai bab bisnes online tak perlulah gigih baca artikel tak seberapa saya ni. Ini adalah asas sahaja bagi mereka yang mungkin ZERO dalam bidang perniagaan internet.

Ada orang cakap, membazir je buat blog dan habiskan masa dekat blog tapi tak ada hasil. Sebenarnya biar saya betulkan sikit pandangan tu. Siapa cakap blog tak boleh datangkan hasil langsung? BOLEH kalau rajin berusaha tanpa tunggu bersuap sahaja. Kalau nak dapat duit, tapi malas nak belajar memang payahlah. Itu kucing saya pun tahu. hihihihi

Untuk Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 2 ini, saya akan berikan sedikit idea atau lebih senang saya katakan bagaimana pengalaman saya sendiri sehingga boleh merasa dapat jana duit yang agak berbaloi dengan berniaga produk secara online (blog) dan Facebook sahaja. Yup, saya tak mampu nak sewa kedailah. Kalau mampu pun, saya tak rajin nak pergi kedai. ahahahaha!!! Semua buat secara online. Mudah dan efisien sangat.

1) Fahamkan Etika Berniaga

Ini penting, lagi-lagi kita sebagai orang Islam. Kalau boleh jangan ghairahkan sangat nak cari duit tapi tak endahkan halal haram. Saya tak cakap pasal pendapatan blog ni haram ke apa sebab kalau kita bincang isu ni tersangatlah banyak komen nanti. Jadi, tak payah cerita. Fokuskan saja pada isu halal haram produk yang kita nak promosi atau jual sahaja ok. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk pilih bisnes yang tidak bertentangan daripada segi syarak.

2) Pilih Produk Mengikut Minat Dan Pengetahuan

Saya pilih produk untuk saya promosi di blog yang ada unsur keagamaan setakat ini sebab memang niatnya nak memperkenalkan produk agama Islam dan sebagai seorang Muslim lebih mudah untuk saya menjual/promosi produk agama saya sendiri dengan ilmu yang ada. JANGAN PILIH PRODUK yang korang tak tahu apa-apa untuk dikongsikan. Yang ini payah sebab takut nanti bawa pada PENIPUAN pulak. Jujurlah untuk jana pendapatan tu ok.

3) Cari Pembekal Produk

Next. Wah boleh tahan penat juga taip entri dalam Siri Jana Pendapatan Melalui Blog ni. Ahaks! Tak apa, saya teruskan ok. Bila dah tahu nak jual produk apa tu, korang dah boleh cepat-cepat cari pembekal yang boleh beri harga murah. Ini kena rajin buat research sendirilah. Jangan malas please. Deal dengan pembekal untuk kautim harga paling best. Mulut tak payah manis sangat, yang penting pandai berbincang. hahahaha!!!

4) Hasilkan Artikel Tentang Produk di Blog

Dah ada produk kan? Dah jumpa pembekal yang boleh supply produk tu kan? Next, waktu inilah BLOG KESAYANGAN diperlukan. Heh! Siapa kata blog tak berguna hoi. Kalau tak ada blog, nak sembang pasal produk dekat mana? Ok, nak buat apa? Senang, bila dah ada produk dan dah buat sedikit research pasal produk tu bolehlah korang ceritakan dalam blog. Jangan risau kalau tak ada orang komen (pengalaman sendiri) sebab yang nak membeli tak akan komen tapi diorang akan terus email. LOL!. Jangan lupa letak cara untuk hubungi dekat akhir artikel dalam blog tu. PENTING!

(berhenti sekejap minum air) -..-

5) Promote Link Artikel Blog

Ini juga langkah penting. Kalau dah macam nak rak menaip artikel untuk jual produk tapi tak promote link artikel tu payah jugak. Promotelah dekat facebook, dekat forum, buat blogwalking dan seangkatan dengannya. Lepas step ni, korang dah boleh duduk diam-diam sekejap sebab biasanya income akan datang lepas tu.

Apa yang best bab Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 2 (Jual produk) ni adalah pendapatan yang saya dapat lebih besar berbanding hail lain. Yang lain best juga tapi jual produk macam ni kalau pandai cari pelanggan, insyaAllah kadang-kadang 1 orang customer pun dah boleh beri saya hampir RM500 juga dengan sekali urusniaga. Kena pandailah kot. Sekian. Lepas ni saya nak promote tudung half moon yang famous tu pulak. Sapa nak tempah awal untuk harga borong, cepatlah email lizarazak84[at]gmail.com hahahaha!!!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge