Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1

Baiklah, pagi ni saya merajinkan diri untuk taip entry Siri Jana Pendapatan Melalui Blog untuk  berkongsi pendapatan yang saya perolehi setelah hampir 5 tahun bergelar blogger tak popular.

Haah, saya blogger yang tak popular (memang tak nak popular.hahahaha!) tak adalah nak kena panggil interview masuk tv ke apa ke. huahahahaha!!! jauh sekali. Tapi, alhamdulillah dalam tak popular ada jugalah rezeki melalui blog cap ayam saya ni. Mungkin tak banyak sampai tahap 1 juta million jumlah pendapatan melalui blog (tolonglah kena SEO sikit part ni.hihihihi) tapi kira-kira dah lebih daripada 5K jugaklah.

Bolehlah, kalau nak buat tuang minyak kereta. hahahaha!! Dekat bawah ni saya kongsikan sedikit cara saya jana pendapatan melalui blog . Tapi, bukan semualah sebab saya malas nak taip. Bukan kedekut tau tapi malas nak taip. hehehehe!!

Jana Pendapatan Melalui Blog Dengan Pengiklanan 

1) Nuffnang. Ok, walaupun sekarang ni saya macam rasa nak menyumpah seranah dengan Nuffnang sebab kedekut nauzubillah (yang ini aku reka-reka) bab nak naikkan earning, tapi saya terpaksa akur. Nuffnang adalah sumber pendapatan PERTAMA saya dapat sejak bergelar blogger terlampau . Berapa anggaran jumlah? Hmm, Paling banyak saya dapat dalam RM 400 dan paling sikit RM70 macam tu lah. Jumlah saya dapat sebelum saya berpaling tadah tukar ke Innity adalah RM 3K jugaklah.

TIPS NUFFNANG? Tak ada tips lain selain korang kena rajin update blog untuk “tackle” hati Nuffnang dan kalau nak kaya cepat sikit untuk dapat Buffered Earning, wajiblah tarik visitors banyak-banyak. Oleh itu, sila belajar tarik traffik cara samseng macam otai-otai Facebook buat. Ada caranya!  😉

2) Innity. Ok, selepas berpaling tadah dengan Nuffnang (hahahaha ayat!) saya pergi ke Innity. Tapi, Innity ni sesuai kalau dah jadi samseng trafik blog je sebab kalau korang apply Innity tapi trafik blog ciput memang korang akan rasa nak terjun bangunan lepas tu. Diorang akan reject permohonan Innity korang. Ok, yang ini pendapatan saya memang agak berbaloi sikit sebab saya dah belajar teknik-teknik tarik trafik daripada pakar memang boleh dapat duit banyak berbelas ribu (ok tipu) beratus-ratus  untuk sebulan.

TIPS INNITY? Sama macam Nuffnang juga. trafik trafik trafik kena tinggi macam Everest!

3) Sewa tapak pengiklanan. Ok, bila trafik blog dah maintain tak turun-turun lagi dah kecuali hosting korang down itu lain cerita ya. Jadi, make sure kalau nak beli hosting dan domain tu belilah dengan Serverfreak. InsyaAllah tak sakit hati. Biasanya bila trafik dah ok, akan ada blogger/peniaga yang akan contact untuk request nak letak iklan dekat blog saya ni. Tapi, iklan ni tak banyak sangat pendapatannya (orang tamak memang tak banyak sokmo) adalah dalam RM1K saya dah kumpul untuk yang ini. Kenapa tak banyak? Sebab…….yang nak iklan asyik request nak harga murah je! hahahahahaha. Bye

4) Review Produk. Yang ini pun tak banyak juga saya dapat sebab masalah yang sama seperti di atas. Nak suruh review tapi bajetnya tak sikit. Kalau nak suruh saya review “kosong” maksudnya dia yang beri saya artikel 100% dan hanya letak je dalam entry tak apa kalau bagi sikit pun sebab saya tak penat perah otak nak mengarang ayat. Tapi, kalau suruh saya tulis artikel dengan hati yang ikhlas tapi bagi upah tak berbaloi…..macam mana? hahahaha tapi alhamdulillah, adalah juga pendapatan daripada review produk ni.

Oklah, ini baru Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1 ya. Next saya akan sambung dengan bagaimana saya jana pendapatan melalui blog dengan Jual Produk yang Halal SAHAJA. Saya bagi hint sikit eh, alhamdulillah saya dapat jana pendapatan hampir 3K sekiranya dijumlahkan untuk 3 harilah hanya dengan menjual Al-Quran Rainbow pelbagai version. Alhamdulillah rezeki Allah. 

Artikel Berkaitan

8 responses to “Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1

  1. kayo la diaa.. haha.. aku baru ja moneytize blog..tapi pakai google adsense semata-mata..slow gila naik..hahaha

  2. wow!! nak belajar ngan ko lah liza. aku pun teringin gak nak menjana pendapatan dengan berblog ni… 3K tu dah banyak weh,.. best2

    • kena banyak buat research dan belajar. hehehe. aku suke cuba2. tapi, sebenarnya memang boleh dapat duit dgn blog as platform je.cuma kena rajin dan berani cuba -.- *semoga aku tak terberlagak*

  3. masih banyak nak kene belajar..entry ciput memang xcukup nak apply innity..

  4. dh byk kali apply tp xpernah dpt jugk..huhuhu
    Sara´s last blog post ..Novel Suami Aku Ustaz Bakal Difilemkan – Izzue Islam Sebagai Johan

  5. utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge