Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya patut beri kredit terus pada blog EDTV sebab puas cari sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ni tapi jumpa. Kira blog inilah saya first saya jumpa. hahahaha!! Kemain semangat!

SINOPSIS RINDU BERTAMU DI ABU DHABI 

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif.

Tak Kenal Tak Cinta

Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3

Saya doakan korang yang membaca sinopsis di atas ni pening macam saya juga. wakakakaka!!! (jahatnya aku). Pening kan? Tak apalah, mungkin sebab kita belum tengok episod pertama Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, jadi agak sukar sikitlah kot nak bayangkan muka-muka diorang ni.

Tak apa, sementara tu korang boleh tengok koleksi gambar pelakon Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi jelah ya. Cuba bawak bersabar tau. Tapi, apa-apapun saya tetap tidak berpuas hati dengan waktu tayangan slot Akasia ni lah. Apalah bijak sangat buat waktu solat Maghrib. Nanti terlepas scene Fahrin Ahmad macam mana? (nangis bawah katil).

Hehehehehe. Menyempat pulak nak menggatal! Tak apa, esok jangan lupa temu janji (kemain kau, meeting tak pernah ingat pulak) kita  mulai 11 Februari 2013 7.00 malam di TV3 untuk saksikan Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ok. Agak-agak drama ni boleh jadi Fenomena ke tidak? Tungguuuuu!!!! (jangan lupa solat pulak!).

Artikel Berkaitan

4 responses to “Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

  1. cerita melayu kebiasaanya tak lari dari konfilk keluarga dan cinta…. tapi ada fahrin tentu menarik ceritanya….

  2. harap best kan liza…bertudung ayu artis perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge