Second Chance

Second Chance

Assalamualaikum. Second Chance atau dalam bahasa jawanya, peluang kedua. Ada apa dengan peluang kedua dalam hidup? Adakah ianya penting dan perlu disambut dengan berlapang dada kalau Allah berikan pada kita? Jawapannya orang bijak macam saya kita semua mestilah PERLU!

Siapalah yang nak sia-siakan peluang kedua kan? Kalau biasanya, orang mesti fikir peluang kedua tentang dunia cinta. Alah, boringlah. Asyik-asyik cinta. Mentang-mentang hari Khamis ni Valentine’s Day! hahahaha! Opss, mohon jangan raikan ya kalau betul korang beragama Islam.

Kita ada akidah kita. Ingat tu.

Sambung pasal second chance atau peluang kedua.  Ikut suka hati saya nak taip guna bahasa melayu atau bahasa jawa. hehehehe! Ok, fokus balik. Saya bercerita berkenaan peluang kedua sebagai Hamba Allah ya. Apa yang kita perlu buat sekiranya dalam hidup ni kita dah puas melakukan silap itu ini, dosa entah berapa banyak yang kita sudah pikul di bahu. Pendek cerita, hidup kita suatu masa dahulu tersangat TAK BERMAKNA!

Kalau bahasa orang Perancis, TAK BERMAKNA tu maksudnya bolehlah diumpamakan seperti tak payah hidup pun tak apa. Tapi, nanti!! Kita orang Muslim ya. Berdosa kalau cakap macam tu. Jangan toleh belakang lagi once kita dah dapat peluang kedua dalam hidup. Rebut, raikan dan terus pandang ke hadapan ok.

Pelbagai cara Allah nak beri peluang kedua ni. Kadang-kadang melalui sakit yang datang tiba-tiba, bila dah sakit barulah kita sedar kita teruk sebelum ni. Bila kita tersedar, itulah yang dinamakan peluang kedua! Ada pula, Allah beri dengan cara tiba-tiba hidup jadi serba tak kena. Perniagaan jatuh muflis, sumber rezeki hilang macam tu je. Allah sedang menegurlah tu dan itulah masa itulah, kalau orang tu sedar…dia tahu dia sedang diberi peluang kedua!

Jadi, apa perlu kita lakukan?

First, bila kita sedar yang kita sedang diberi peluang kedua dalam hidup…kita mestilah bermonolog dengan diri sendiri dan sedaya upaya buat diri kita ni sedar yang kita adalah insan terpilih! Mana mungkin semua orang akan merasa peluang kedua. So, bersyukurlah!

Second, bila dah dapat peluang kedua dalam hidup ni cuba-cubalah bermuhasabah diri semula. Curi sedikit masa, dan berdialoglah dengan diri sendiri. Cuba “slow talk” dengan hati sendiri untuk berjanji tidak akan ulang kesilapan yang kita dahulu. Hal lampau, kita lupakan tapi pengajarannya kita pegang!

Third, ok sekarang ni kita dah bernekad dah nak gunakan peluang kedua yang Allah beri pada kita ni sebaik mungkin. Tak nak sia-siakan. Jadi, next step bolehlah kita cuba untuk memperbaiki diri dalam segala aspek. Saya beri tips ya, untuk make sure peluang kedua kita ni tidak akan tersia-sia macam itu sahaja…make sure kita dekat dengan Allah. Macam mana? Pergi majlis ilmu! Nanti, Allah akan pimpin kita.

Last. Orang kata kalau nak masuk syurga janganlah solo-solo kan? hahahaha!! Gunakanlah peluang kedua ni untuk bantu orang lain. Janganlah jadi selfish. Hidup ni bukan lama mana sangat pun, sampai masa pergi jugak. Gunakan peluang kedua sebaik mungkin! Oh ya, salam takziah buat keluarga Allahyarham bro Jejai. Hilang sudah seorang lagi rakan blogger  🙁

Artikel Berkaitan

11 responses to “Second Chance

  1. Aku sendiri dan rasa kebanyakan orang lain selalu terasa diberi peluang kedua, diberi peluang untuk mengubah diri untuk ke arah kebaikan. Sedangkan bila bangun tidur pun boleh buat terfikir, “bagaimana kalau aku tidur semalam dan tidak lagi membuka mata?”

    Tapi sering sahaja pada hari sama kita sudah lupa, melakukan kembali perkara yang tidak harus kita lakukan. Mudah lupa orang kata. Betul cara terbaik adalah bermusahabah diri, sebelum tidur, setiap selepas solat bolehlah kita menilai kembali kehidupan kita. Selagi kita terus bernafas, itulah peluang kedua kita. Allah maha permurah.

    • hmm betul juga tu. setiap kali bangun tidur tu contoh paling mudah dan memang semua orang akan rasa tapi rasa je, tak bertindak nak perbaiki diri pun susah kan? aku bercakap pasal diri sendiri jugak ni.hehehehehe

  2. Kadang2 kala second chance itu perlu dicari. Lagi banyak mencari tanda kekuasaannya. Lagi banyak kekurangan yg dirasa diri. Kerdilnya kita disisi Allah. Seperti Iman yang tidak boleh diperturunkan. Cari selagi termampu

    • betul tapi kita ni manusia yang “biasa-biasa”, rasanya susah nakc cari. peluang kedua tu cuma akan terasa betul bila berbentuk musibah. barulah nak fikir pasal dosa2 lampau. banyak betol nak kena perbaiki diri

  3. setujulah, kalau dapat peluang kedua gunakanlah sebaiknya, takut-takut tak sempat peluang ketiga pulak nanti…heeee. yg pasti Allah sentiasa beri peluang ntuk hambaNya

  4. Dalam tak sedar, banyak peluang kedua yang Allah bagi dekat kita ni kan. Kita sepatutnya kena gunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.

  5. moga wujud peluang demi peluang buat kita

  6. Peluang kedua perlu digunakan dengan sebaik-baiknya kerana mungkin tiada peluang yang ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge