Selepas Kes Pembantu Rumah Lambung Anak Majikan, Adakah Pemasangan CCTV Di Rumah Menjadi Kemestian?

Video Pembantu Rumah Lambung Anak Majikan yang disiarkan di TV3 tadi betul-betul gila! Saya menjerit tengok video tu kot. Agak-agak, Selepas Kes Pembantu Lambung Anak Majikan ni, semua rumah yang ada pembantu rumah akan pasang CCTV tak? huhuhuhu! Ini masalah mengerikan tau.

Bayangkan budak yang baru berapa bulan, kena lambung-lambung macam bola melantun? Gilalah wei pembantu rumah macam tu. Saya tak pasti samada video pembantu rumah lambung anak majikan ni ada diupload dekat youtube atau mana-mana website tapi jujur cakap, kalaulah ada sekalipun. Saya tak akan sanggup tengok lagi. Sedih!

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.

“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Baca akan? 4 bulan ok budak yang dia lambung tu. Kena rasuk syaitan mana entah pembantu rumah dia ni. Seksanya ya Allah budak tu kena tahan badan yang halus tu kena lambung-lambung. Nasib baik mak ayah dia ada pasang CCTV dekat rumah. Bayangkan kalau tak ada? ishhhhh!!! *emo.hahahahhaa*

Rumah abang saya pun ada pembantu rumah dan memang dah siap pasang CCTV. Kenapa? Sebab takut kes macam ni lah. CCTV tu boleh dia tengok keadaan rumah dia dekat mana-mana. Bagus jugak kalau bagitahu siap-siap dekat pembantu rumah tu yang rumah ni ada CCTV tapi tak payahlah lampi sangat bagitau dekat mana.

Mengikut ilmu pengetahuan saya yang cetek ni, tak luak pun pun kalau bagitau je dekat mana CCTV tu dipasang pada pembantu rumah sebab biasanya (tak ada langsung niat merendahkan orang ya) diorang tak akan rajin dok pi alihkan camera tu. Kadang-kadang diorang tak kan jumpa pun CCTV tu. At least, bila diorang tahu rumah tu ada CCTV, adalah jugak rasa takut-takut nak buat perkara jahat kan? hehehehe!

Jadi, agak-agaknya lepas kes video pembantu rumah lambung anak majikan macam roket apa entah dia buat...syarikat CCTV untung tak? HAHAHAHAHAHAHAHA!!! Lawak hambar ke lawak logik ni? Cakap lawak logik please. Bye! Sekali lagi, ada sesiapa yang nak order Al-Quran Rainbow cantik-cantik colourful untuk hantaran kahwin atau hadiah pada diri sendiri tak? Kalau ada, sila tengok gambar di entry Kelebihan Mengamalkan Surah Al-KahfiAl-Quran Rainbow New Edition, Al-Quran Rainbow Self Management dan emaillah saya untuk tanya warna yang available sebab STOK SANGAT LIMITED (jangan cakap aku tak warning -..-)

Artikel Berkaitan

6 responses to “Selepas Kes Pembantu Rumah Lambung Anak Majikan, Adakah Pemasangan CCTV Di Rumah Menjadi Kemestian?

  1. Aku agak terkebelakang pasal isu2 smsa skrng sbb bl tgok brita byk citer sal politik plus aku asyik keje shif petang je..huhuhu.

    P/s: nk beli la rainbow quran tu..kikikiki.. :p

    • aku pun jarang tgk berita tapi tadi tertengok. menjerit aku terus.hahahaha. kesian sangat budak tuh.

      propa kan kau?? hahaha. thanks order al-quran dengan aku 😉

  2. X berani bc dn tonton klip..

    Sebaik mmg x suka ambi k maid.. sanggup urus 4 org anak sendiri

    • Heheheehe. memang, kalau boleh semua orang nak jaga anak sendiri tapi tuntutan duniawi terpaksa utk sesetengah orang. tapi, untung kan jaga anak sendiri? puas hati walaupun blum ade anak tp selalu jaga anak2 sedare.kikikiki

  3. Jika mengikut suasana panas sekarang ni yg kebanyakan pembantu rumah yang juga sentiasa ‘panas’ hati lantas bekerja menurut kata ‘hati’, memang seharus majikan memasang cctv agar suasana panas ini dapat dikawal..

  4. kena buat kursus insentif utk pembantu rumah dan ada sikit test. kalau kurang bajet utk cctv, pasang dummy cctv je….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge