Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Sebanyak RM400?

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Sebanyak RM400? wah, untung kan penjawat awam? Kenaikan Gaji Kakitangan Awam ini katanya akan dumumkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat ini. Gaji naik, semoga mutu kerja pun naiklah ye. hehehehe! Bukan setakat ada kenaikan gaji kakitangan awam je, malah elaun perumahan kakitangan awam pun naik ye?

Berita berkenaan desas desus Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 ini saya dapat tahu melalui portal berita semasa yang sememangnya laju bab ini. hahahaha!! Saya tak akan update lah lagi tapi kalau korang nak baca update terkini bab ni, boleh terjah setiap hari dekat blog berita semasa ni.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Nampaknya mesti semua orang dok pakat isi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam semata-mata nak merasa kerja dengan kerajaan dan dapatlah merasa elaun macam-macam ek?hahahaha! Tahniahlah ya pada sesiapa yang akan akan merasa RM400 kenaikan gaji kakitangan awam ni. Lepas ni bolehlah belanja makan. ehem ehem

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Sebanyak RM400?

  1. Berita baik buat semua penjawat awam. 😉

  2. Yeker? mcm tak dengar apa2 pun lagi. Khabar angin je kut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge