Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kahfi

Jumaat datang lagi, alhamdulillah. Jadi, kali ni saya nak share dengan pembaca blog tak berapa nak best ni dengan kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kahfi ok. Jangan malas-malas baca Al-Quran tau, penolong dalam kubur ni hoi. Surah Al-Kahfi ni memang mak saya selalu pesan suruh baca setiap hari Jumaat.

Tetapi, saya pun bukanlah sebaik yang disangkakan. hahahaha!!! (jujurnya aku mengaku awal-awal) Sebenarnya, tak adalah saya tinggalkan dan abaikan terus pesanan mak untuk amalkan bacaan Surah Al-Kahfi ni tapi itulah, manusia jahil kan? Saya selalu baca tapi tak habis. Pernah habis pun setakat 3 kali je kot (nangis bawah meja)

Tapi….tapi…tapi….sejak ada jual Al-Quran Cantik macam dalam gambar bawah ni, ahah siapa je yang tak ada semangat nak baca Al-Quran kan? Cantik tak Al-Quran Rainbow ni? Kalau cantik dan teringin nak dapatkan juga bolehlah email saya di lizarazak84[at]gmail.com ya untuk check warna yang available. Harap maklum, Al-Quran ni tengah hot memang cepat habis stock!

al-quran wanita pelangi

Ok, sambung ya pasal kelebihan mengamalkan Surah Al-Kahfi ni. Rasanya ramai dah tahu kot saya bab kongsi ilmu agama ni memang nak “play safe” atau dengan nama jawanya saya tak berani nak ubah ayat sendiri. Jadi, saya akan copy dan paste daripada sumber yang saya jumpa dan of course saya akan beri credit. Hiksss.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

   “Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

    (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

   “Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala

     fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

     (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

   “Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”

               (HR Muslim 809) credit 

Rasanya hampir setiap malam Jumaat, memang akan cakap macam ni pada saya dan adik “malam Jumaat bagus baca surah Al-Kahfi. Bercahaya hidup kita nanti”. Tapi itulah, anak-anak yang baik mana hirau sangat pesanan mak. Kan? huhuhuhuhu!!! Baiklah, nak start baca surah ni sekarang. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Alah macam berbisnes jugak kan? Belajar daripada zero, beli ebook perniagaan, belajar guna video Belajar Rahsia Dan Teknik Yang Digunakan Oleh Pakar-Pakar Facebook, tanya sifu-sifu yang dah lama makan pasir garam, lama-lama berjaya jugak. Daripada termenung tak ada effort langsung! Macam tulah konsep membaca Al-Quran. Sikit-sikit, merangkak tak apa asalkan buat! Dah, sekarang pergi bukak Surah Al-Kahfi (buat muka garang)

Artikel Berkaitan

8 responses to “Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kahfi

  1. cantik juga bila kalernya warna warni 😉

  2. benar tu…
    alhamdulillah lepas baca yasin, akan baca surah ini juga.. bila kita buat 8 kali tanpa henti, minggu ke 9 tu akan menjadi terbiasa…
    bagus perkongsian ni.

  3. jom melabur saham akhirat dgn baca al-quran. hijau tu paling suka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge