BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima?

BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima? Hah, sebenarnya saya tak suka sangat bersembang isu politik dan adik beradik dengan politikus ni tapi sebab nak beralih angin dan bagi tidak berasa bersalah kerana tak sempat lagi nak sambung entry Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1, saya terpaksa taip entry BRIM 2013 ni.

Hahahahaha!! Jujur tak? kikikikiki. Ok, macam ni Sabtu lepas saya pergi ke 1 sesi ceramah Maulidur Rasul dekat kawasan rumah kami dan penceramahnya pergh malas nak puji sangatlah tapi terpaksa puji juga. Ustaz Pahrol, ya beliaulah yang jadi penceramah malam tu dan saya sedikit pun tak rasa rugi pergi walaupun dekat taman sebelah ada artis kontroversi baru-baru ini, Shila Amzah tengah buat mini concert. hikss!

Tapi, saya bukan nak cerita pasal kehebatan Ustaz Pahrol mengendalikan sesi ceramah terbaik pernah saya pergi. Tak, tapi saya nak kongsi pendapat beliau tentang isu BRIM 2013 2.0 ni (Bantuan Rakyat 1 malaysia) yang tengah heboh orang perkatakan tu. Kebetulan, malam tersebut ada yang bertanya isu ini.

“layakkah kita semua menerima BRIM tersebut? Ustaz rasa ada tak maksud tersirat pihak tertentu?”

Itu soalan daripada penanya. Saya rasa beliau orang PAS kot. hahahaha!!! Agaknya lah sebab cara dia bertanya kemain tak puas hati betul. Tapi, wallahualam. Ok, jawapan ustaz Pahrol agak panjang tapi saya pendekkan ya.

Ustaz Pahrol kata “apa salahnya kita ambil BRIM tersebut kalau benar kita layak. Ambil saja hak kita. Soal niat pihak yang memberi tu samada niat yang baik atau tidak itu bukan hak kita untuk menilai sebab soal niat, tiada seorang pun yang boleh tahu kecuali Allah. Jadi, tidak ada salahnya. Kalau saya pun, orang beri dan saya layak terima BRIM tersebut saya akan ambil cuma kita jangan jadi manusia yang tidak boleh berfikir secara rasional. Terpulang pilihan kita, kalau rasa pilihan kita adalah parti A yang lebih baik daripada parti B, kita jangan terperangkap dengan isu BRIM itu. FIKIR DAN PILIH”.

Pada saya apa yang Ustaz Pahrol kata tu tersangatlah betul. Isu pihak tertentu nak pancing undi ke apa itu hak mereka. Kalau niat mereka jahat, mereka akan dapat bahagian mereka oleh Allah. Kita, tidak perlu tahu yang itu. Untuk kita pula, tak semestinya kita wajib ikut sahaja apa yang pihak yang memberi BRIM itu mahukan sedangkan kita ada otak untuk berfikir dan kita ada hak untuk buat pilihan. BRIM itu pada saya, mungkin salah satu usaha oleh pihak tersebut. MUNGKIN sebab saya sendiri tidak tahu niat sebenar mereka.

Selesai. Jadi tak payah nak ego sangat konon tak akan terima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2013 2.0) tu kalau korang benar-benar layak. Alah, ambil saja, Kalau tak nak, meh bagi saya. hahahahaha!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

21 responses to “BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima?

  1. rezeki Allah yang beri..
    tak fikir pun ni politik..
    Allah beri rezeki, kerajaan tolong menyampaikan..
    tapi disebabkan kerjaan sekarang BN/UMNO tu mereka ingat umpan.. sedangkan Allah yang sudah tetapkan.. qada dan qadar..
    tapi disebabkan politik, terlupa rukun iman kita.. he he

    • kan?? tak terfikir tapi bila ada yg bertanya soklan macam ni dalam ceramah agama plak tu….rasa macam nak hangin 14 macam jugak dibuatnya. hahahaha

      • tu yang tak berminat dengan poltik skrg ni..
        bosan dah..
        sebabnya kebanyakkan mereka keluar kata kata kesat lagi lagi kt FB tu..
        tak berminat.. rasa dosa bertambah bila kata orang tu “ba wau dal wah hah”
        jd skrg nk sabarrrr je.. tak kisah da mana nak menang masa PRU nnt….
        Redha. he he

  2. kepada yg layak terima, bersyukur lah. yg tak layak ni.. hmm.. mungkin ada benda lain yg boleh dpt kan. *sy benci politik* hehe tetibe 😛

  3. Betul tu, dah orang memberi, dan kita sememangnya layak – maka terima dan ambil sajalah kan ;D

  4. Ambil saja kalau layak, soal undi tu tak boleh paksa haha

  5. aku setuju weh. dengan tak malunya disini aku cakap aku pun try gak mohon BR1M yg bujang tu. tp xdapat lg pon. hahaha.xkisahlah dapat ke idok… jnji aku rasa macam nak mohon jek sebab terasa macam layak jek mohon boleh? heeee

    • hahahaha mohon jer. dah memang diberikan utk rakyat, nak buat nak persoalkan byk sangat isu kan? dia tak cakap pun syarat utk terima wajib pangkah parti tut tut tut. hehehehe

  6. mcam mana tu hangin 14macam…heeee
    kalau dah tak nak sangat, ramai lagi yg berhak, sangat2 nak dan perlu.

  7. salam
    hee sy dah kedua2nya sykur mmg rezki utk anak.

  8. Ambil saje walau sokong pembangkang, bila pembangkang bagi, amik saja. Orang dah beri. Ikhlas atau tak hati diorang bukan masalah kita.

  9. Aku xlayak pon..sape xnak bg kat aku.wah gitu..

  10. hehe, sokong ngan akak.. itu rezeki yg Allah bg, cumanya pihak kerajaan yg sampaikan sebagai penyalur rezeki tsebut, dah qada’ dan qadar kan.. Allah maha Mengetahui… tpulang la apa niat mereka.. drpd org2 yg langsung xbg, tp duk sibuk hukum org sana sini, samakan manusia ngan haiwan, lg lah pelik.. hoho.. niat dah songsang, apa pun tak boleh #aptb..

    • hmmm bab hukumkan manusia ngan haiwan tu sama tu teruk sebenarnya. pernah ustaz dekat mekah cakap, even kita dok sebut-sebut org tu kafir bla bla bla pun dah boleh buat kita terpesong. siapa kita nak mengkafirkan orang? huhuhuh

      • tu la bezanya org Islam yg benar2 mengamalkan ajaran Islam berbanding org Islam yang hanya pada IC nyer sahaja.. gaya mcm alim ulama, kononnya lebih zuhud, mungkin yg empunya badan tlupa ttg diri kita yg tak tlepas dari melakukan kesilapan, kita bkn Rasul yg punya sifat syumul, bebas dari melakukan dosa2, mashaAllah.. semoga si dia bertaubat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge