Berhenti Berangan, Mulakan Hidup Baru


Berhenti berangan, Mulakan hidup baru. Artikel berhenti berangan ni bukan maksudnya saya nak suruh korang semua berangan tau. Ini artikel macam nak serius tapi saya tak rasalah artikel ini akan jadi serius. hahahaha!

Kan betul, saya dah cakap. Tak akan jadi serius pun sesebuah artikel yang tajuk macam nak gempak tapi isinya biasa-biasa saja. Saya menulis artikel ini pun dalam keadaan tersangat santai. Bayangkan saya tengah duduk di atas kerusi empuk, dan jari saya ligat pantas menaip.

Oh ya, saya memang tak suka sangat buat “schedule post” ke apa tu namanya tu. Memang ada buat tapi tak banyak. Biasanya artikel macam tu saya “simpan stok” untuk kes emergency sahaja. Saya lebih suka menaip macam sekarang ni. Relak je, tiada yang mengganggu. Hah, sebab tak ada yang ganggulah puncanya saya selalu berangan tak menulis blog!

HAHAHAHAHAAH! Ok, taklah. Sebenarnya macam ni. Saya tengah belek-belek ebook yang saya beli. Katanya ada Rahsia Menjadi Super Blogger. Saya tertarik dengan ayat yang simple je tapi memberi kesan pada saya iaitu “Berhenti Berangan, Mula Bergerak”. Penulis mengfokuskan ayat beliau untuk tujuan di dalam penulisan blog tetapi saya “twist” sikit untuk saya gunakan dalam kehidupan saya.

Hai, cepatlah puji please. hahahaha!!! Kalau tak dapat tersenarai dalam list 10 blogger terbaik Malaysia oleh Titan pun, sekurang-kurangnya saya nak juga tercalon sebagai blogger suka dapat pujian gampang (obvious sangat tak ayat perli ni???huehuehue).

Mulakah nak merepek. Ok, sambung balik berkenaan artikel saya yang tajuk tak nak kalah macam nak “solvekan” masalah hidup Perdana Menteri je padahal saya acah-acah je tu. Baiklah, sekarang kita mulakan ya. BERHENTI BERANGAN, MULAKAN HIDUP BARU!

Bak kata penulis ebook di atas, apa yang membeza kita ni semua adalah TINDAKAN. Kalau kita nak bercita-cita nak jadi blogger yang popular macam Fatin Liyana, mulakan hari ini dengan rajin kemaskini blog dengan cerita-cerita yang “fresh” pasal personal life korang. Kalau nak jadi blogger yang dikenali dengan “blogger pemurah” pulak, mulakan sekarang juga dengan terjah blog sifu blog saya iaitu Denaihati.com.

Itu berangan dalam konteks blogger ya.

Ok, sekarang kita kembangkan skop kepada berangan untuk menjadi seorang manusia yang sentiasa beraura positif mulai saat ini. yay!!!! (semangat tak? semangat tak?) Ye, sudah-sudahlah dengan rutin berangan tahun 2012 tu. Sekarang ni dah tahun 2013 tau.

Let’s move on!! Berhenti berangan, mulakan hidup baru dengan lebih ceria, lebih teratur dan lebih ke arah akhirat. Gittew!!!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

4 Comments

  1. hafidz says:

    jangan berangan di bilik berangan sambil makan buah berangan, ahaks :P

    [Reply]

    Lizz Reply:

    buah berangan pun xpernah beli.hahahahah

    [Reply]

  2. ArizWan says:

    jangan berangan bagai Mat Jenin.. Mulakan keceriaan nikmatilah hidup seadanya.. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sentiasa ceria insyaallah. hidup sekali kena kejar ape yg patut ;)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.