Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya di Stesen Minyak?


Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya di Stesen Minyak?. Serius ke kerajaan Malaysia nak buat macam ni? Habis manusia yang spesies pemalas macam saya ni macam mana? hahahaha! Ok gurau. Bagus jugalah kalau betul SKLD ni akan dilaksanakan.

Kalau betul semua stesen minyak dekat Malaysia nak buat sistem khidmat layan diri ni, kira baguslah. Tak adalah negara kita jadi pusat penempatan warga asing yang melampau-lampau jumlah kemasukan diorang dekat negara kita ni. Kurang jugalah peratusan kes rogol yang melibatkan warga asing kan?

Semua stesen minyak dijangka melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) mulai bulan ini sekali gus menyaksikan khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal ditamatkan secara berperingkat-peringkat – Kosmo & credit photo to paultan

Tapi, saya rasa ada keburukan juga kalau nak buat sistem khidmat layan diri dekat semua stesen minyak ni. pengalaman saya, bukan semua pemandu Malaysia ni terutama perempuan yang tidak pandai berdikari ni pandai isi minyak kereta pun. Saya pernah beberapa kali nampak ada yang tertumpahkan minyaklah, ada yang nak angkat pili pam pun tak pandai. Macam mana tu?

Bila ada kes macam ni dan kalau betul sistem layan diri ni dilaksanakan, habislah. Mesti melambatkan masa dekat stesen minyak. Mengganggu pengguna lain yang nak cepat. Kan? Memanglah jarang sangat nak jumpa kes macam ni tapi saya rasa sebelum nak laksanakan apa-apa sistem baru pun, kita kena fikirkan masalah-masalah kecil macam ni.

Pada saya, sistem layan diri ni boleh je kalau nak laksanakan dekat Malaysia ni cuma kalau boleh dan lebih baguslah kot kalau kerajaan dapat letakkan juga sekurang-kurangnya seorang staff yang akan bantu pengguna yang ada masalah nanti. Dekat Malaysia ni belum boleh jadi macam dekat luar negara iaitu rakyat kita masih belum boleh follow sangat dengan cara layan diri 100% ni.

Dulu, sibuk dengan sistem Smart Card untuk masuk dalam bangunan kan? Tapi apa jadi?

Ada je masalah. Kes warga tua memanglah tak pandai sangat guna teknologi canggih-canggih ni, nak tak nak diorang akan panggil juga pak guard. hahahaha! Orang muda pula bukan tak pandai guna teknologi tapi lebih kepada perangai leceh nak bawa kad. Last-last, panggil juga guard.

Jadi, pada saya mungkin….mungkin je ya masalah macam ni akan terpaksalah kita hadap kalau betul sistem khidmat layan diri sepenuhnya dilaksanakan. Tak payah sepenuhnyalah kot, buat 90% pun ok lah. Berhentikan pekerja asing tapi ambil pekerja warganegara. hehehehe!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

18 Comments

  1. Change Management…

    Kadang kala kita tidak berubah hanya disebabkan mentaliti sahaja…

    sedangkan apa bila ia berlaku tak ada masalah…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    change management bagus tapi kena ada backup plan as well. hehehe!

    [Reply]

  2. Orang Akaun says:

    Good effort tapi elok kalau ada attendan jugak jaga macam sekarang ni. Kalau tak, lambat sepasal, bersepah sepasal, jem dan berebut lagi sepasal.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ahah betol!! kan? dah dapat bayangkan kes maki hamun hon hon dalam kereta sambil tunggu turn -.-

    [Reply]

  3. Orang Akaun says:

    Ni off topic. Just saying
    1- Thumbnail kat front page tak function
    2- Nav bar ada 2 contact
    3 – 1 contact form tak function.
    Kalau dah perasan, bagus la..
    kalau tak perasan, aku just nak trigger the alarm ja..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    heheheeh yg thumbnail tu dah perasan tp dah godeh tak kuar pun, biarkan dulu. wakakaka. yg contact tu thanks, aku lupa nak delete yg lagi 1 tuh.

    [Reply]

  4. nazray says:

    betul2, asal ade pam minyak jer, ade la bangla, ade bangla je ade je pam minyak hahah,

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaah ada je kalau tak ngacau anak dara org takpe, huhuhuh

    [Reply]

    nazray Reply:

    last time dinner kat hotel grand season, pelayan dia semua bangla, kelas ko. hahahah

    [Reply]

  5. Izzat Aziz says:

    Tiba masanya untuk mencuba kan, aku yang tiada lesen ni, selalu duduk tempat penumpang mesti selalu jadi tukang isi minyak. Rasa macam dah pro dah. haha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha. kau boleh jadi geng adik aku. aku selalu suruh die je isi kan. malas aku nk kuar kete.haha

    [Reply]

  6. Lazaac says:

    kalau saya tnampak perempuan yg tak pandai isi minyak, sy mesti nak tolong, tp kena la kalau yg comel2 gitu.. haha!!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hamboi, ni bukan bangla pun sama naik menggatal. hahahahaha

    [Reply]

  7. sharafie says:

    selama ni pun saya rasa tak ada pun yang nak tolong isikan minyak tu. diorang lap cermin je ade la..hehe..tapi betul gak kan kalau perempuan yang macam buat² tak tau nak isi tu, memang lambat la menungu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul, jarang diorang nak tolong isi tp still ada juga. maksudnya in case ade problem, kite masih boleh panggil diorang. hehehehe. tu ah, bukan semua reti isi minyak. kekekeke

    [Reply]

  8. effort lab says:

    Sepatutnya layan diri sampai malam je. Bila malam, bahaya kita nak keluar dari kereta.
    “Berhentikan pekerja asing tapi ambil pekerja warganegara” – memang harapan tinggal harapan la jawabnya

    [Reply]

  9. Izwan says:

    kalau tak belajar isi minyak sendiri sampai bila2 pun tak pandai..
    kurangkan pekerja asing ok gak,terlalu banyak rasanya lagi2 kat KL..
    tapi diorang komited,kalau gi lowyatt tu kadang2 diorang lagi expert dari ktia.

    [Reply]

  10. daddydee says:

    Boleh dilaksanakan sebenarnya. Tiada masalah pun.

    Cuma pekerja tetap perlu standby untuk bantu jika ada sebarang masalah.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.