Sambutan 1 Januari Lebih Meriah daripada sambutan 1 Muharram

Sambutan 1 Januari Lebih Meriah daripada sambutan 1 Muharram kan kalau dekat Malaysia ni? Kadang-kadang saya sendiri keliru, Malaysia ni memang negara Islam atau bukan. Banyak sambutan yang tidak sepatutnya diadakan secara melebih-lebih.

Mungkin saya kolot tapi entahlah, mungkin bukan kolot tapi saya lebih suka guna perkataan “kurang selesa” dengan cara sambutan Happy New Year dekat negara kita ni. Katanya negara yang yang agama rasminya negara islam tapi kalau tengok cara sambutan, dah macam negara beragama……..barat. Maaf cakap.

Kalau dekat Johor Bahru ni pun sambutan tahun Baru 2013 dah cukup meriah, apatah lagi sambutan orang Kuala Lumpur kan? Havoc pastinya. Bukan tidak boleh menyambut dengan konsert atau dengan countdown tu, tak ada salahnya cuma berpada-padalah kot.

 

Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2013

 

Konsert yang tidak melebih-lebih, countown tu sebenarnya tak payah buat pun tak apa kot. Masa Awal Muharram tak ada pun countdown kan? kikikikiki!!! Entahlah, susah nak pupuskan “ritual buatan manusia” ni. Kalau dulu, setiap kali habis saja acara countdown Happy New Year dekat Dataran Johor Bahru, esok paginya mesti padang bersepah dengan kondom. Salah siapa? Hmm

Apa-apapun, jagalah diri masing-masing. Maana yang baik dan tidak melebih-lebih tu kalau nak ikut, boleh saja. Tapi, kalau aktiviti tu macam kurang sesuai dengan agama kita, tak payahlah kot. Tiru macam saya, countdown Happy New Year 2013 dekat atas katil. hahahaha!!!! Goodbye

Artikel Popular

9 Thoughts on “Sambutan 1 Januari Lebih Meriah daripada sambutan 1 Muharram

  1. Kalau tidak tahu itu masalahnya, tetapi sepatutnya sambuatan Awal Muharram sudah semestinya tidak semeriah seperti Tahun Baru, kerana cara menyambut tahun baru Islam berbeza dengan tahun baru mereka-meraka. Cuma harap kita sedarlah tahun baru kita sebenar dah lepas. hehe

  2. Ini semuanya bergantung kepada pihak pemerintah.Sudah jadi kelaziman untuk diadakan konsert untuk sambutan malam tahun baru.Tak tahu apa perkaitan antara konsert dengan sambutan malam tahun baru.Realitinya di sini Malaysia masih lagi ketinggalan jauh ke belakang dalam hal-hal mengenal tuhan.Tersepit di antara kepentingan politik dan saranan agama yang sebenar.Caca-marba sungguh!

    • ahah!!! komen terbaik setakat ini. hehehee. betol, kita masih ketinggalan bab agama. sedih tapi itulah, kalau pemerintah boleh lebih tegas, insyaAllah boleh aje diperbaiki cara sambutan ;)

  3. Malam tahun baru aku sambut ngan pesakit2 aku je..patient aku yang bertarung nyawa untuk teruskan hidup..patient aku yang tetiba tekanan darah turun mengejut..kene closely monitor..kalu lalai skit..alamaknya..huhuhhhu..kejadian yang tak dijangka lak boleh berlaku. Tapi pepepun..semuaya selamat sepanjang malam aku bekeje tanpa ada apa2 yg berlaku..=D

    • alhamdulillah, lebih baik ko sambut macam tu.hahahaha!!! better than kau pi merayau kan? -..- apa2 pun tahniah sebab dapat buat keje yg baik ;)

  4. Bangga menjadi Bangsa Johor kerana mengambil cuti Awal Muharram.
    Serius beb. =)

  5. Sara tak pernah pegi dan tak berminat pun nak pegi countdown tahun baru. Tak nampak pun apa keseronokannya. Sebenarnya minda rakyat Malaysia masih dijajah walaupun dah merdeka 56 tahun. Apa yg org lain buat (terutama org Barat), kita pun nak buat…hhmmmmm

  6. saya countdown atas katil je.

    Dakyah barat nak melemahkan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation