Peluang Untuk Mereka Yang Berminat Dengan Business Online Malaysia

Business Online Malaysia. Berapa ramai agaknya yang suka dengan business online? Rasanya ramai cuma mungkin ada kekangan-kekangan yang buat orang kita susah nak mulakan business online kot. Agaknyalah.

Tadi, saya sajalah nak tengok website SKMM yang tengah hot sekarang gara-gara kes kerajaan beri rebat telefon pintar sebanyak RM200 tu. Sekali, saya terjumpa benda yang lagi menarik pula. Samada saya yang ketinggalan zaman atau mungkin kurang publisiti, tapi percayalah saya baru tahu berkenaan 1 peluang baik berkaitan Business Online Malaysia ni.

Apa yang best sangat tu? Oklah, Program Get Malaysian business Online yang saya maksudkan. Blogger hebat Malaysia, Bang Nara ada masukkan maklumat berkaitan program ni dalam entry di blog Amazing Nara beliau. Boleh baca di sini ya. Tapi, kalau malas saya letakkan saja info tersebut di blog saya ni untuk memudahkan korang. hahahaha! Baik tak? Cakaplah ya -..-

Ini merupakan satu lagi insentif dari Kerajaan untuk membantu usahawan MIKRO terutama golongan wanita untuk menceburi perniagaan dalam talian. Belanjawan 2013 memperuntukan RM50 Juta bagi menjayakan program ni dan membantu 50,000 usahawan dengan geran sebanyak RM1,000 seorang.

Program ini akan dilaksanakan mulai 1 januari 2013 dan bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalu laman web SKMM atau melalui Pusat Internet 1Malaysia(PI1M). Amazing Nara

Sama macam program 1 Malaysia yang lain, yang nampak macam PERCUMA sana sini tapi wajiblah ada syarat tertentu kan? hehehehe! Jadi, kalau korang rasa macam nak daftar program Get Malaysian Business Online ni, bolehlah pastikan yang korang dah betul-betul baca dan FAHAM syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat Kelayakan:

1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada wanita yang berumur 18-65 tahun
2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan
3) Pendaftaran nama domain (.com.my/.my) dan blog atau website yang aktif
4) Langganan kepada perkihdmatan telekomunikasi atau akses kepada jalur lebar komuniti melalui keahlian Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Akaun bank tempatan atas nama usahawan/syarikat yang digunakan untuk urusan perniagaan atau etc
6) Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak lebih RM200,000 setahun

Ok, jadi rasanya kalau korang pun sekapal dengan saya atau dengan kata lainnya, tak tahu pun pasal program Get Malaysian Business Online ni bolehlah klik di sini untuk maklumat lanjut ok. Selamat maju jaya!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Peluang Untuk Mereka Yang Berminat Dengan Business Online Malaysia

  1. Ini memang betul-betul peluang terbaik untuk usahawanita. Ramai juga yang dah mulakan bisnes online. Tapi agak sedih sebab ramai juga yang tak daftar syarikat, tiada domain dot com.my dan tiada akaun syarikat. Kepada yang dah ambil peluang daftar syarikat tahun lepas dengan RM50 untuk 5 tahun dan mendaftar domain dot my percuma setahun promosi dari kerajaan Malaysia, peluang kali ni grab terus. Tiada alasan untuk kata takde modal.

  2. okey, nak terjah web SKMM tu nanti. thanx for info 😉

  3. Serious, menarik gak nih. tapi… syarat yg no. 4 tu mcm tak berapa paham.. apa benda pulak lar ‘Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)’ tuh?
    nanti terjah SKMM dulu.. hurmm~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge