Manusia Toksik

Jangan panik, jangan panik. Saya bukan maksud korang sebagai manusia toksik ni. Ini “random” saja. Pernah dengar istilah manusia toksik ni ke tidak? Kalau tak, tak apa. Sekarang kan dah tahu. hahahaha!! Apa itu manusia toksik?

Hmm, manusia toksik ni pada saya macam ni. Manusia yang terlalu banyak sifat negatif dalam diri mereka. Contoh sifat negatif tu, bolehlah kita ambil seperti sifat cemburu, sifat busuk hati, suka mengadu dombakan orang, suka memfitnah dan ada 1001 lagi contoh lain tapi saya malas nak taip. hehehehe!

Korang pernah jumpa tak manusia toksik macam ni? Hati-hati ok. Diorang ni semua virus dalam diam. Payah kalau ada antara kawan-kawan kita yang ada sindrom kronik ni. Payah sebab diorang ni biasanya akan buat urusan kita hura-hara dengan perangai diorang yang sangat sangat sangat (3 kali ok) “annoying”.

Bayangkan kalau manusia toksik ni ada dekat dalam office kita. Tak ke huru hara jadinya. Mereka lah kaki bodek bos, merekalah kaki menyampaikan fitnah sesama kawan-kawan lain, merekalah yang sekat kita daripada naik pangkat dan macam-macam lagi. Itu baru contoh manusia toksik dekat pejabat.

Menimbun lagi contoh kalau saya nak taip ni tapi macam malaslah pulak. hahahaha!!! Kalau korang ada idea nak tokok tambah pasal topik ni, ada cerita nak share ke atau ada tips untuk menghadap muka manusia toksik ni, bolehlah tulis dekat ruang komen bawah ni.

Tapi, apa-apapun. Kalau pada saya, untuk masalah manusia macam ni yang penting kita jangan bagi peluang dekat dia ambil kesempatan dan nampak macam boleh pijak-pijak kepala kita dengan mudah. Jangan bagi peluang maksudnya, kalau contoh hari ni dia try tabur fitnah pasal kita dekat kawan-kawan, kita diamkan saja dan jangan balas. Tapi, ajak dia duduk berbincang SECARA BAIK dan pandai-pandailah psiko dia dengan ayat BAIK-BAIK supaya dia sedar sikit.

Jangan dilawan, sebab orang macam ni diorang cepat rasa tercabar. Lagi kita layankan perangai toksik diorang lagilah diorang rasa nak menang dan buat kita rasa down habis. Itu jelah kot. Kalau korang ada tips lain nak kongsi, bolehlah share. Sekian

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

13 responses to “Manusia Toksik

  1. Manusia toksik – ingatkan orang yg berpenyakit badan….

    Rupanya berpenyakit hati….. parah2….

  2. Salam sis, manusia toksik ini bagi sy ialah merupakan insan yang terlampau mahu untuk di beri perhatian @ attention seeker.Lagi parah kalau speseis manusia toksik ini kawan kita sendiri/house mate.Cukup annoying terpaksa hadap perangai buruk mereka tiap2 hari kalau tak mulalah tarik muka tak mengaku kawan segala bagai.Ada dua cara nak setel spesies macam ni:1st cuba untuk terus terang (sesi meluahkan perasaan) cakap apa yang tak berkenan dengan dia (open terus),2:cuba pendekatan cara halus, jarakkan diri,abaikan diri dia n sambil2 tu doakan dia supaya dia berubah. 🙂

    • haah betul jugak maybe diorang nak semua org beri perhatian dekat dia. annoying btol. hahahaha!! pasal cara tu plak, memang betullah tu cuma org spesies camni sbnrnye ada ego yg besar. payah nak cakap depan2, tp kita kena buat jugaklah sbb biar diorang tahu n maybe boleh sedarkan diorg sikit.

      paling senang, amalkan asmaul husna. ya Latif. utk lembutkan hati org camni 😉

  3. Saya sampai sekarang tak faham makna domba tu.. mengadu saya faham. tapi domba?? hehe..minta penjelasan plzzzzz cik Lizzzzz

  4. tak boleh lawan, tak boleh diam… hmmm so konklusi cuma slow talk je, macam mana kalau dia tak nak beri kerjasama?

    • biasanya memang tak akan diberi kerjasama pun dr pihak org macam ni sbeab diorang berfikiran negatif tp sekurang2 nya kita jgn jadi macam diorang. terus terang dulu utk die sedar akan silap die, atau at least die tahu org xsuka. then, barulah kite diam kalau die still lg nk teruskan dgn habit buruk die tu cuma kita tambahkan dgn berdoa secara roh ke roh. yg ini ustaz ade ajar 😉

  5. orang yang macam ni kalau baya² kita ok lagi..tapi kalau orang atasan??hahahaha..orang atasan pun ade juga dengki dengan bawah..cth paling dekat yang tengah bagi komen ni..hahaha ketua saya bagi order kat whiteboard pagi² suruh buat tu buat ini. ok setel no prob..tapi mesti dia akan cari kesalahan dan buat repot hntar ke opis..geram betul..biasanya golongan ni adalah bangla dan pakistan..cukup hampeh mereka ni..

    • kesiannya, simpati dekat orang atasan awak tu bukan simpati dekat awak. heheh. sebab, awak dah buat tugas awak. tp,sebab manusia ni ada sifat tak boleh nak tgk org lain senang sket…itu yg die anto report tuh. psiko betol.

      mungkin boleh cuba berbaik dengan dia. dia buat jahat, awak buat je baik dgn dia. tp bukan bodeklah cuma jgn dibalas ape yg die dah buat. lama2 mungkin terkesan jugak dekat ati dia

      • 2 cara saya pernah buat..cara kasar..melawan apa je dia cakap, semua keje dia ade je saya bangkang..hahaha..tak berkesan..cara kedua..dia ckap baut bulat, bulat saya buat..buat segitiga, jadik segi tiga..akhirnya dia fedup dengan saya dia pergi carik salah orang bawahan saya plak..kejam mamat tu..serius kejam..

  6. Ini kalau kat opis kitorang gelaran orang macam ni dipanggil virus-kipas-lipas. Hahaha…

    Pasal apa ntah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge