Laman Web Daftar Rebat RM200 Tidak Boleh Diakses?

Assalamualaikum, wah kemain semangat saya buat special entry Peluang Untuk Mereka Yang Berminat Dengan Business Online Malaysia dan puji SKMM. Sekali, hari ni saya baca berita kurang menyenangkan berkenaan isu hangat, Rebat telefon pintar.

Katanya laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses. hahahaha!! Saya ingatkan saya seorang je yang mengalami masalah ni semalam. Rupanya memang 1 Malaysia ada masalah. Cis! Inilah yang payah bila penduduk ramai sangat ni (gurau senda, ya)

Sejak permohonan dibuka pada 1 Jan, beberapa belia yang ditemui Bernama mengadu sukar mengakses laman web http://pakejkomunikasibelia.skmm.gov.my yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian.

Tapi, rasanya logiklah kot masalah laman web tak boleh diakses ni. hehehehe! Bukan perkara biasa pun cuma bila berkaitan DUIT ni, memanglah orang cepat naik hangin. Pada saya, isu ni memang tak sepatutnya terjadi tapi itulah masalah teknikal memang selalu di luar jangkaan kita.

Sementara kuota untuk rebat telefon pintar ni masih ada, selagi tulah isu ni akan terjadi. Alah, sedangkan dekat jalan raya pun boleh berlaku traffic jam inikan pulak masalah trafik blog atau laman web kan? ahaks!!! Bawa bersabar ya. Doalah banyak-banyak sikit masa nak taip http://pakejkomunikasibelia.skmm.gov.my tu.

Semoga masalah laman web daftar rebat RM200 yang tak boleh diakses ni akan segera diselesaikan.

Artikel Popular

7 Comments

  1. Izzat Aziz says:

    Tak rasa setiap hari trafik ke SKMM ni banyak, sebab tu guna server cikai je, tapi bila ada benda macam ni, memang tak boleh dihandlelah server. Entahlah, website goverment kebanyakan memang tidak mempunyai server yang mampu untuk menampung trafik yang tinggi. Jimat kos mungkin.

  2. Kadok says:

    Saya dah cuba banyak kali untuk akses site ni, tak pernah lepas. Nak masuk server dalam keadaan maintenance. Tak tahu lah bila nak okey. Jenuh jugak la menunggu.Isk.

  3. Juan says:

    best la yang boleh layak beli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge