Bencikan Warga Indonesia, Tapi Majoriti Bangunan di Malaysia Mereka Yang Bina

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin pepatah inilah kot yang paling sesuai untuk menggambarkan maksud tajuk entri saya kali ni. Entah kenapa, terpanggil pula nak sembang pasal isu warga Indonesia ni. Mungkin sebab setiap hari mata asyik pandang pekerja buruh yang buat rumah dekat kawasan perumahan saya kot.

Tetiba saya rasa macam kita ni tak adil sungguh. Mungkin betul, ada golongan warga Indonesia yang tinggal dan kerja dekat Malaysia ni berperangai macam….ah lebih baik saya tak teruskan ayat yang ini. Faham-faham sudahlah. Tapi, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara lain.

Golongan yang berperangai sedikit jelek tu, kita nampak silap diorang. Lepas tu, mulalah kita cop macam SEMUA warga Indonesia yang tinggal dan bekerja dekat Malaysia ni jahat. Sebenarnya, kita silap kalau berfikir macam tu. Cuba tengok manusia-manusia yang sanggup panjat bangunan tinggi-tinggi dekat Malaysia ni, siapa? 

Warga Indonesia, bukan?

Orang kita? Saya tak rasa ramai yang nak buat kerja ni. Kita masih ada pilihan untuk kerja yang lebih baik, dan tidak menggadaikan nyawa demi sesuap nasi. Warga Indonesia ni jugalah yang akhirnya siapkan bangunan-bangunan tinggi dekat negara Malaysia!

Kesian. Rakan senegara diorang yang buat palat, tapi diorang yang betul-betul nak mencari rezeki pun kena tempias. Saya pernah berborak dengan salah seorang warga Indonesia yang buat rumah jiran saya. Macam saya sebutkan di atas, dia mengaku kecil hati juga bila dipandang serong oleh orang kita.

Dia cakap, kalau tak ingat anak-anak dan isteri dekat kampung…memang tak sanggup duduk negara orang. Asyik kena maki saja. Yang buat salahnya, orang lain tapi diorang yang tak ada kaitan pun kena juga makian dan sindiran. Ahah! Sedihlah juga dengar dia cakap macam tu.

Jadi, berhentilah dok menyindir orang ya. Kalau marah sekalipun dengan warga Indonesia yang buat hal dekat negara kita, janganlah dihukum SEMUA sekali kaum mereka. Tak adil rasanya. Daripada menyibuk nak sindir orang tak tentu pasal, ada faedahnya fikir macam mana nak kumpul duit banyak-banyak dan beli rumah 200K sesenang macam ini!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

12 responses to “Bencikan Warga Indonesia, Tapi Majoriti Bangunan di Malaysia Mereka Yang Bina

  1. orang kita pun terima nasib sama bila bekerja kat negara orang…mmg lumrah manusia kot rasa dia orang bes kat negara sendiri dan layan orang asing macam tu

  2. Sama dengan masa Malaysia lawan Bangladesh kat Bukit Jalil hari tu.. ramai yang kata.. tak pasti siapa tuan rumah, sebab mesti ramai orang bangla yang buat stadium tu. haha

    Samalah dengan orang Islam, selalu dikatakan penjenayah.. semestinya kita tidak suka, jadi janglah buat benda yang kita tidak suka kena kat kita, kepada orang lain. Hukum orang kerana perbuatanya bukan kerana asalnya.

    • bab bangla yg buat stadium tu lawak ok. aku pun tak terfikir. hahahaha!!! betul jugak.hiksss! yelah, pada aku simple je. cuba belajar respect orang sebaik mungkin. macam mana kite layan org, macam tulah kite akan dapat. insyaAllah

  3. Inilah sikap buruk yang wajib kita buang. Buat malu je marah orang yang tak berkenaan. Jangan disebabkan seorang, habis semua terkena tempiasnya. Hormatilah mereka yang membangunkan negara kita. Tanpa mereka mungkin KLCC tak wujud.

  4. Yes, memang tak semua orang Indonesia yang berperangai buruk, ada yang ok dan rasa selesa bila bergaul dengan mereka. Kita ini hidup di ikat dengan konsep Nusantara.So adalah satu yang tak elok jika di sebabkan segelintir rakyat mereka yang buat tahi kita pandang serong pada semua orang Indonesia yang bekerja cara nafkah untuk menyara keluarga di sini. Lagi satu segelintir orang Malaysia ni suka bahasakan mereka sebagai “Indon”. Buang benda ini jauh-jauh.

  5. yang suka cakap2 buruk pasal warga indonesia mungkin tak pernah lagi bergaul dengan diorang.. tak semuanya berperangai jahat.. ada juga yang baik jee perangai dia.. warga bangladesh pun ada yg baik ada yg jahat.. orang malaysia sendiri pun bukan baik sangat.. ada jugak yg jahat.. kalau orang kita ni baik sangat, takkan ada kes2 jenayah berlaku yg membabitkan orang malaysia kita.. cehh.. senang sangat kata orang jahat la apa laa.. cermin sikit diri sendiri.. solat 5 waktu cukup tak? on time tak? tak? haa.. jahat la tuu.. kih3..

    pekerja yg buat bangunan tu ada jugak di kalangan orang malaysia cuma seramai warga luar yg datang cari makan kat malaysia ni.. diorang datang cari duit untuk anak bini diorang kat sana.. orang kita nak cari duit pun malas.. kerja pun memilih.. nak kerja yg sedap2, duduk dalam aircond, ade internet laju, bla bla bla blahh.. bila ada duit, kedekut pulak.. asyik2 nak harapkan subsidi kerajaan.. oppss..

    ** sama juga macam kes perempuan dan lelaki berkapel pastu putus.. pompuan pun cakap semua laki takleh caya!! abah dia bukan lelaki? tak percaya dengan abah sendiri? anak derhaka!!!

    *merepek*

    • hahahahaha kira aku boleh summarize kan komen kau ni mcm pepatah yg aku sebutkan dekat atas tu. kerana nila setitik, rosak susu bertong tong. betullah, tak fair kan macam tu. org lain buat silap, org lain pun kena tempias.

  6. Pengalaman saya kat site dulu, diorang ni Indon ke, Bangla ke, India ke, sama saja. Diorang akan pijak kepala jika terlalu diberi muka. Mereka juga suka ambil mudah kerja yang diberikan, tu sebab kena pantau bebetul.

    Dan yang bahaya Indon ni diorang pantang jumpa geng lawan. Cam Madura tak leh ngam dgn Geng Jawa. Jumpa mesti gaduh. Gaduh main parang-parang punya. Tapi tak semua la

    Nak salahkan semua pun tak boleh juga. Tapi saya yang tak setuju bila melihat sudah banyak tempat yang mula mereka monopoli. Dan salahnya adalah orang melayu kita, dapat lesen niaga bagi kat Indon meniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge