Beginilah Cara Hidup Untuk Tahun 2013

2013-planner

Tahun 2013 sudah jejak 31 hari nampaknya hari ini. Pejam celik, pejam celik. Cepat betul masa berlalu sekarang kan? Semalam, pelajar jurusan agama dah selamat dah dapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kita? Dah dapat keputusan apa? hahahaha!

Lawak hambar.

Sambung, sebelum tu saya mulakan dengan mengucapkan Segala Puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W (ada gaya ustazah pilihan tak?) hehehehe! Alah, bukan apa. Saja ambil keberkatan. Eloklah daripada saya dok “hello semua!!! yo yo wassup!” kan?

Dunia nak kiamat? Eh taklah. Hari ini kan hari Khamis bukan Jumaat. hahahaha!! Lawak hambar sekali lagi. Ok, serious balik. Baca sekali lagi tajuk entri ini “Beginilah cara Hidup Untuk tahun 2013”. Cara hidup siapa? Of courselah cara hidup saya. Tak ada masa saya nak ambil tahu cara hidup orang lain.

Setiap orang ada cara hidup yang berlainan. Kita ni semua berbeza tiap satunya. Wajib ya kita percaya yang kita ni semua kategori unik. hahahaha! Jadi, bila dah sebut unik, maksudnya tentulah cara kita nak kecapi nikmat bahagia tu berbeza. Saya dengan cara saya yang kini, korang mungkin ada cara lain.

Kalau sebelum-sebelum ni saya dah rasa macam banyak sangat buang masa, untuk tahun 2013 ni saya dah tak nak ulang lagi. Usia makin meningkat, rasa macam sia-sia kalau tak berubah dengan mengatur langkah untuk hidup dengan lebih baik. Untuk tahun 2013 ini, saya dah nekad (InsyaAllah) akan cuba bahagikan masa antara keperluan diri sendiri, keperluan keluarga, keperluan orang-orang tersayang, dan keperluan agama dengan lebih teratur. Beginilah cara hidup  untuk tahun 2013 saya  😉

BANGUN AWAL SEDIKIT (Sedikit je untuk permulaan)

Masa abang dan kakak ipar saya pergi menunaikan haji tahun lepas, saya diamanahkan untuk jaga hero-hero mereka. Jadi, dengan paksa rela saya dah terbiasa bangun jam 4:30 pagi untuk siapkan keperluan diorang ke sekolah. Barulah saya tahu, sebenarnya bila kita bangun seawal pagi buta tak berapa nak buta ni, ada eloknya juga. Badan jadi lebih segar dan BANYAK KERJA BOLEH SIAPKAN LEBIH AWAL! Saya teruskan juga sekarang tapi selalu juga failed. Tak apa, masih berusaha.

FIKIR TENTANG KEJADIAN ALAM PAGI-PAGI

Ahaks! Serious, seronok sangat buat aktiviti ni. Sekarang ni, setiap pagi saya akan keluar rumah dan tengok langit, puji. Cari pulak burung-burung yang terbang, saya puji lagi. Lepas tu, saya akan cari binatang-binatang lain yang melata ke apa ke untuk buat saya sedar dan bersyukur banyak banyak banyak sebab Allah jadikan saya sebagai manusia yang boleh makan Pizza Hut tak macam binatang yang cuma makan makanan sisa kita. Seronok! korang kena buat dan nanti korang tahulah perasaan yang saya rasa. hihihihi

FOKUS KERJA

Yang ini saya antara paling susah bagi saya yang dah terbiasa membuang masa. hahahaha!!! Kalau sebelum ni saya asyik melayan orang dekat Twitter, baca gosip itu ini, sekarang saya dah malas. Banyak kerja tertangguh. Biasanya antara jam 10-1 pm saya tak bukak mana-mana web social network. Kalau busy sangat, saya terus OFF wifi. FOKUS!

JAGA SILATURRAHIM

Walaupun saya jarang bukak web social network, tapi saya ada application WhatsApp dekat hp. Saya memang suka tanya khabar kawan-kawan terdekat guna WhatsApp je. Saya dah belajar tentang pentingnya jaga silaturrahim ni, jadi memang kadang-kadang even sibuk pun saya akan ambil sikit masa untuk tanya khabar. Tapi, buat ikhlaslah janganlah pulak berbaik ada sebab lain. wakakakaka!!! Buat apa-apa biar IKHLAS.

POSITIVE IMAGINATION

Yang ini saya baru belajar daripada seorang kenalan. Dialah yang ajar saya untuk cuba jadi manusia yang sepositif yang boleh. Macam mana? Cuba bayangkan perkara-perkara yang kita impikan atau kita nak perkara tu terjadi in future. Kata kan, kita nak pastikan tahun 2013 akan jadi tahun paling bahagia, tahun yang akan buat saya lebih ceria (bayang saya ketawa terbahak-bahak), atau apa sajalah yang saya suka. Serious saya cakap, korang kena buat teknik ni sebab once korang buat dengan betul-betul fokus, akan ada 1 kuasa atau energi yang sangat POSITIF masuk dalam badan kita. Best!

Ada lagi sebenarnya tapi kalau saya kongsi semua dekat sini, jenuhlah korang nak baca (itupun kalau ada yang sudi baca. hahahaha!). Apa-apapun, janganlah ada yang terasa hati lepas baca entri ini. Kalau ada, saya minta maaf. Ini hal saya, hal hidup korang Wallahualam. Buatlah apa dan bagaimana pun asalkan akhirnya kita akan dapat manfaat daripadanya ok. Bye!

*Nampaknya ramai yang tempah Al-Quran Cantik. Alhamdulillah, kalau ada yang nak tempah bolehlah email saya. Stok dah tak banyak. Mungkin bulan 3 dah stop dulu.

credit pic to: link

Artikel Berkaitan

14 responses to “Beginilah Cara Hidup Untuk Tahun 2013

  1. banyak betul lawak hambarnya ya.. haha

    point ‘fikir tentang kejadian alam’ tu memang best, dulu masa kecik selalu jugak buat tapi sekarang… hmmmm

  2. azam harian saya sepanjang tahun 2013 adalah untuk membuat yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan! Dalam sembahyang, dalam perhubungan, dalam blogging. Yoshh!

  3. Januari setakat ni macam-macam berlaku, tak tahulah apa lagi tahun ni akan berlaku. Cerita drama terbaik adalah cerita hidup sendiri.

  4. semoga apa yang plan yang dibuat akan menjadi kenyataan… chaiyok!
    plan saya utk tahun nih, nak aktif semula berblog dan cuba buat bisness.. walaupun kadang2 rasa mcm dah banyak ketinggalan.. Kawan2 blogger yang dulu sama-sama buat blog picisan dgn kita, kini ramai yg dah maju dgn syarikat sendiri. hebat betul mereka semua. Harap dpt ikut jejak langkah mereka nanti… ; )

    • tulah, ramai dah kawan2 blogger yang maju bertapak-tapak, saya dekat belakang lagi. hahahaha!!! tak apa, rezeki ada kalau kita usaha. semoga awak berjaya juga ye 😉

  5. bagus la tu..banyak juga perubahan 2013 tu..hehe..susah lah nk berfikir positif..mesti ada gangguan lain nanti..hahaha

  6. letak banyak2 pun ok, inysaAllah akan baca. mudahan berterusan, insyaAllah

  7. bab fokus kerja saya memang jaga… every minute adalah kerja sampailah balik habis kerja tapi fikir apa-apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge