Begini Caranya Seru Rezeki Halal

Begini caranya seru rezeki halal. Rasa-rasa teruk sangat tak tajuk entry saya kali ini? Mungkin tidak sebab memanglah kita semua KALAU BOLEH nak dapat rezeki yang HALAL kan? Ada ke manusia yang memang nak rezeki haram?

Saya tak rasa ada yang mahu rezeki haram. Kecuali, orang yang kurang asas agama. Rasuah sana sini, itu normal pada mereka. Tapi, saya bukan nak sembang pasal rasuah ya. hehehehe! Tak kuasa saya bab itu. Lebih baik saya ajak korang sembang berkenaan bagaimana caranya kita mengundang rezeki yang halal. Afdol!

Jadi, bagaimana caranya untuk kita seru rezeki yang halal? Mudah saja. Korang pergi duduk diam-diam, cuba fikir “Rezeki itu ditangan siapa?” Fikir, dan jawablah. Janganlah fikir lepas tu buat bodoh. hahahaha! Tak jadi apa juga. Kalau korang jawab “Allah”, alhamdulillah. Masih ada harapan untuk belajar 9 Formula Pantas Seru Rezeki daripada Saudari Insyirah.

formula-rezeki

Sebenarnya, tiada rahsia lain untuk menyeru rezeki halal datang kepada kita kecuali rahsianya, MEMBERI UNTUK MENERIMA. Itu saja rahsianya selain daripada berusaha dan berdoa. Kalau sibuk tonton video Amalan Penarik Rezeki tetapi tidak berdoa dengan doa murah rezeki dan paling penting tidak tahu 9 Formula Pantas Seru Rezeki pun susah juga untuk SERU REZEKI tu.

Yang empunya rezeki itu Allah, jadi korang tak payahlah menjatuhkan air muka untuk meminta-minta pada manusia. Ah, leceh! Baca sreenshot yang saya letak dekat atas tu. Bagaimana dia menyeru rezeki dia? Dia guna formula tu, cuba baca betul-betul. Dia MEMBERI UNTUK MENERIMA rezeki lain daripada Allah. Dia bersedekah, kawan 😉

Itu sahaja caranya untuk seru rezeki halal. Jangan sibuk-sibuk pening kepala fikir macam mana nak naikkan trafik blog, dengan harapan dapatlah rezeki daripada iklan blog tapi caranya salah. Guna taktik kotor, huwaaa!!!! Dapat juga rezeki tapi statusnya bagaimana? Fikirlah. Sekian

Artikel Berkaitan

10 responses to “Begini Caranya Seru Rezeki Halal

  1. Seelok-eloknya sedekah tanpa memberitahu sesiapa. tetapi menguar-uarkan sedekah yang diberi tidak pula menjadi satu kesalahan. Cumanya sunnah nabi merahsiakannya adalah untuk menjaga hati baik si pemberi dan juga si penerima.

    • rasanya bergantung. ada juga sedekah yg perlu diwarwarkan cuma warwar tu janganlah sampai sebutkan jumlah. boleh jd riak. warwar mungkin sebab utk tarik minat org lain turut bersedekah

  2. Assalamualaikum tuan rumah..
    ehemm..begitu mudah!!tapi tu semua bergantung pada pintu rahmat-Nya..kita hanya berusaha..

    • InsyaAllah, mohonlah pada si pemberi rahmat tu 😉
      ada caranya. kita manusia selalu minta pada manusia sedangkan manusia tu sendiri terima rezeki dari Allah. Tuhan yang sama 😉

  3. tertarik dgn tajuk sebuah buku “mudahnya menjemput rezeki’…

  4. Ada Ustaz kat ofis aku dia bagitahu, rezeki halal dan haram ni boleh tahu kalau kita terima rezeki kita rasa puas ataupun tak cukup. Orang yang makan rasuah, kekadang mereka dapat berjuta-juta ringgit, tapi mereka berhenti? Tak, mereka tak pernah rasa cukup teruskan juga buat, sampailah mulut diorang penuh dengan tanah.

    • hmm, betul. aku pun ada dengar macam tu. dan logiknya betollah, duit rasuah tak ada keberkatan. lain pulak rezeki halal, walau sedikit tapi penuh berkah…Allah beri nikmat cukup sekadar yg ada.

  5. Sis, tak di nafikan juga memang kebanyakkan daripada manusia sukakan jalan singkat untuk dapat duit. And sy tertarik jugak bila sis masukkan pandangan “pendapatan menerusi iklan blog” Kadang2 empunya blog pun tak sedar ada paparan iklan yang tak sepatutnya. Pendapatan menerusi blog memang lumayan,tapi kita kena perhatikan juga perkara yang nampak “remeh” macam nih.

  6. Kita selalu berusaha dan berdoa untuk hasilnya tentu semua kembali kepad Allah SWT
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge