Al-Quran cantik untuk hantaran kahwin, tunang atau boleh juga kalau beri sebagai hadiah pada insan yang kita sayang. Rasanya ini kali ke 2 saya nampak Al-Quran yang sangat menarik macam ini, warna-warni. Dulu, saya jumpa masa mengerjakan umrah tetapi tak sempat nak belek-belek.
Bila dah balik Malaysia, terus terlupa. Hari tu, saya survey set Hantaran Al-Quran untuk saya hadiahkan pada seorang sahabat. Sekali tersangkut terus dengan design Al-Quran dan Tafsir Al-Quran cantik-cantik. Siap ada set Al-Quran sejadah, Set Al-Quran berlaci, Al-Quran Rainbow dan ada lain-lain lagi tapi yang ini 3 lah paling saya suka.
1 set = Tafsir/al-Quran + Sejadah + Sling Bag + Tasbih (free)
RM150 (include postage)
RM160 for S&S
Set Tafsir/Al-Quran Kotak Berlaci Beserta Kompas Kiblat dan Tasbih Percuma.
RM140 termasuk kos penghantaran semenanjung.
RM150 termasuk kos penghantaran sabah & sarawak
AL-QURAN RAINBOW SELF MANAGEMENT – KHAS UNTUK LELAKI DALAM MENINGKATKAN KUALITI DIRI. (WANITA TURUT BOLEH GUNA)
RM130 -free postage-
** Penghantaran mengambil masa 3 ke 4 hari (semenanjung)
Penghantaran mengambil masa 1 minggu (Sabah dan Sarawak)
Extra charge RM10 untuk request penghantaran pos laju (1day delivery)
Actually saya beli set Al-Quran Rehal, cantik tapi tak apa yang itu saya simpan dulu ceritanya. hahahaha!!! Kalau ada antara pembaca blog Lizarazak.com ni yang berminat nak dapatkan Set Al-Quran Sejadah, atau set Al-Quran Berlaci atau Rainbow Al-Quran, bolehlah email saya untuk maklumat lanjut. di lizarazak84[at]gmail[dot]com
Mungkin akan ada yang komen “alah, Quran cantik-cantik tapi kalau tak baca pun buat apa…” itu saya tak pelik yang penting kita jangan sibuk hal orang. Kalau betul tahu kepentingan membaca Al-Quran, nak beli silakan. Kalau rasa tak nak, tak apa. Tiada siapa pun yang memaksa.
Sekadar berkongsi tentang perkara baik, rasanya tidak salah. Cuma pada saya, tak ada salahnya pun nak beli Al-Quran cantik-cantik. Selagi isinya tidak bercanggah, apa salahnya. Oh ya, ini cuma gambar 1 warna je untuk tiap 1. Kalau ada yang nak beli, bolehlah email dulu dan tanya warna apa ya. Kena tanya ejen dulu.











wah!!cantiknya…nak buat majlis nnt la baru cri yang macam ni..thanks for sharing..
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2013 at 3:12 pm
sama-sama, sebab ramai lagi yang tak tahu psl quran cantik2 camni. hehehee.
[Reply]
riz Reply:
April 4th, 2013 at 10:59 am
Assalamualaikum… Al-Quran memang selalu cantik dan indah isinya. Tapi paling penting SELALU MEMBACANYA dan bukan sebagai barang perhiasan dan hantaran semata-mata… NANTI KENA SOAL DI AKHIRAT…
[Reply]
Lizz Reply:
April 4th, 2013 at 12:00 pm
salam, insyaAllah semua orang tahu cuma lagi hak masing-masing bagaimana untuk melayan KalamuAllah ni. bersangka baik
Lizz´s last [type] ..Cantiknya Al-Quran Pelangi Madinah
[Reply]
wah.. tahniah.. bagus pada pembeli dan penjual, sama2 dpt pahala
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2013 at 4:20 pm
haah, both dapat manfaat dan keuntungan. bisnes islamik, insyaAllah
[Reply]
terus letak atas dulang pun dah cukup, tak yah decorate lagi.
[Reply]
Lizz Reply:
January 9th, 2013 at 4:22 pm
haah, kawan saya yang saya belikan ni rasanya letak atas dulang terus. dah nice sangat rehal siap2
[Reply]
cantik sangat, harus dibaca juga ya
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2013 at 7:00 am
InsyaAllah,zaman skrg harus yg attractive utk tarik minat membaca org kita. bak kata ustaz kazim
[Reply]
nazray Reply:
January 10th, 2013 at 11:05 am
wah minat jugak dengan ustaz kazim… hehe… sama la…
[Reply]
Cantik betul ada hiasan macam-macam.Benda macam ini memang bagus,sy setuju “orang yang liat” baca al-quran,kitab tafsir mungkin akan lebih tertarik untuk membaca.Quran untuk di baca bukan untuk jadi perhiasan.Apa-apapun ini satu pendekatan yang baik
[Reply]
Lizz Reply:
January 14th, 2013 at 12:29 am
memang macam tulah ustaz kazim cakap. kena fikirkan cara yg boleh tarik minat org utk baca. bila dah minat barulah dia mula baca dan insyaAllah akan dapat ilmu daripada kalam Allah ni
[Reply]
sangat sesuai utk dibuat hantaran !
[Reply]
Lizz Reply:
April 4th, 2013 at 11:43 am
memang ramai customer y beli nak buat hantaran.hehe
Lizz´s last [type] ..Cantiknya Al-Quran Pelangi Madinah
[Reply]