Video Amalan Penarik Rezeki

Amalan Penarik rezeki memang banyak sebenarnya. Cuma kita saja yang tak amalkan. Nak doa murah rezeki, tapi niatnya tak diperbetulkan dulu pun susah juga. Apa-apa saja, kena perbetulkan niat kita. Sama juga dengan Amalan Penarik Rezeki.

Untuk apa kita nak tahu amalan penarik rezeki ni? Adakan sebab untuk keperluan kita semata-mata? Atau adakah kita nak tahu dan nak amalkan sebab keperluan orang lain juga? Fikirkan sebaik-baiknya, tentukan niat kita dan barulah Allah akan tunjukkan jalan untuk tambahkan rezeki kita.

Sesiapa yang Allah gerakkan hatinya untuk baca blog ayam saya ni, alhamdulillah sebab korang mesti digerakkan oleh Allah untuk sama-sama dapat ilmu bagaimana Amalan Penarik Rezeki yang mungkin korang boleh ikut dalam usaha untuk keluar daripada sebarang masalah.

Kalau korang baru pertama kali tengok ceramah Yusuf Mansur ni, memang korang akan “bosan” sikit. Biasalah, perkara baik memang mula-mula bosan tapi percayalah cakap saya. Korang akan suka dan dapat banyak ilmu tentang Amalan Penarik Rezeki kalau korang betul-betul tengok video ni sampai habis.

Tapi, kalau korang memang malas juga nak tonton video ni yang mungkin ada amalan yang korang boleh amalkan seperti doa selepas sembahyang yang berkenaan rezeki contohnya, saya mudahkan kerja koranglah ya. Saya ekstrakkan terus apa antara amalan penarik rezeki yang diberikan oleh Ustaz Yusuf Mansur ni.

1) Amalkan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

2) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari.

3) Bertasbih minimumnya 100 kali sehari

4) Bersedekahlah setiap hari, biar amaunnya tak banyak tapi istiqamah

Ok itu saja. Selamat menonton!

Artikel Berkaitan

5 responses to “Video Amalan Penarik Rezeki

  1. Dari berbagai amalan yang dimuat di artikel ini, saya cenderung lebih ke Amalan Ustd.Yusuf Mansur, untuk menarik rejeki kita harus berbuat atau beramal dulu, bukan baca ini dan baca itu.
    Salam kenal.

  2. Bila dah settle hutang nanti, mesti rasa ringan sikit untuk menerima rezeki.

  3. Terimakasih untuk tipsnya, sangat bermanfaat
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge