Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog Cara Mudah

Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog Cara Mudah? Baiklah, rasanya cukup dah saya bercuti daripada menulis di blog ni atas tuntutan hidup yang lain. Kali ni saya beri tips panduan blogger lagi untuk para pembaca blog Lizarazak.com (kalau ada, InsyaAllah).

Sebenarnya apakah tips untuk mendapat pengunjung unik ke blog sebanyak berpuluh-puluh ribu cara paling mudah? Jawapannya, TAK ADA!  Sejujurnya saya cakap, saya memang tak pandai menggunakan “SEO haram” ya. hahahaha!! Saya tahu guna tips SEO yang memang saya belajar sendiri melalui internet dan bantuan ebook daripada sifu SEO sahaja.

Jadi, dekat bawah ini sajalah Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog yang saya dapat kongsi dengan semua pembaca. Rasanya ramai lagi blogger yang dah memang dah teror bab tips tarik trafik ke blog ni. Kena rajin-rajinlah belajar dan cari informasi sendiri. Jangan jadi blogger makan nak bersuap je.

Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog

1) First, sila rajinkan diri “update” blog korang setiap hari untuk fasa pertama dalam dunia blogging ni. Saya masih ingat lagi, masa saya baru-baru beli domain Lizarazak.com ni hampir setiap hari saya akan kemaskini blog. 2 kali sehari! Untuk permulaan, memang kena kerja keras sikitlah. Mana ada jalan pintas!

2) Lakukan langkah demi langkah pada template blog korang dengan “setting” SEO sebaik mungkin. Ini penting untuk memastikan blog korang mesra SEO dan boleh “tackle” hati Google. Pakcik Google ni kadang-kadang banyak cekadak. Kenalah pandai ambil hati. hahahaha!!! Kena cari informasi dekat internet ok. Again, jangan malas kalau nak senang dikemudian hari. hehehe!

3) “update” blog korang dengan entry tak bermusim. Entry tak bermusim ni contohnya entry berbentuk keagamaan. Jujur cakap, saya sebenarnya baru perasan tips ni. Kalau korang rajin baca blog saya ni, memang banyak saya kongsi entry berkenaan agama. Contohnya, Bacaan Doa Selepas Solat Ringkas, Doa Murah Rezeki dan banyak lagi. Masa saya kongsi entry ni tujuannya bukan untuk tarik trafik. Niatnya sekadar berkongsi ilmu agama tapi mungkin ada keberkatannya. Tiba-tiba entry macam nilah yang “laku”. hehehe. Alhamdulillah.

4) Pastikan blog korang ada beberapa entry SEO yang akan membantu korang untuk sentiasa berada dalam muka pertama di laman web Google. Bila korang dah lepas yang ini, insyaAllah blog korang akan sentiasa dapat pengunjung unik ke blog yang tidak putus-putus. Macam blog saya ni, percaya tak saya boleh goyang kaki selama lebih daripada 2 minggu tanpa kemaskini apa-apa pun tetapi masih boleh dapat pengunjung unik sebanyak 21K sebulan? hehehehe. Alhamdulillah, usaha.

Tips Panduan Blogger: Rahsia Menjadi Super Blogger

Oklah, rasanya ini jelah 4 Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik Ke Blog daripada saya. Tak banyak, ada 4 je tapi memadailah. Korang kena rajin cari informasi lain. Belajarlah, jangan malas. Tapi, kalau nak jadi blogger yang famous keluar masuk tv, majalah ke apa jangan tanya saya tips. Saya tak tahu! hahahahaa! Saya menulis blog kerana minat bukan nak popular. Sekian

 

Artikel Berkaitan

22 responses to “Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog Cara Mudah

  1. kenapa pilih no 21k tu? ehee

  2. Tips pertama tu penting ,kena rajin update blog ,seo pula menyusul,kadang-kadang susah nak dapatkan setting terbaik untuk seo,tapi kalau guna konsep try and error,mungkin berhasil 🙂

  3. Blog ni 21k UV sehari ke? WOW… boleh ajar saya main seo tak? hahaha

  4. bukan senang nak dapat trafik yang begitu tinggi & saya memang setuju dengan semua tips yg dinyatakan.

    salam perkenalan dari ciklaili.com

  5. wow boleh tahan juga ek…….Blog Sensasi jgn harap la…..dah la domain free

  6. hehe. Tahniah kak. Mcm best je

    p/s : kenapa blog ni terbalik je bahagian komen ni 🙁 text-align center ke kak ?

  7. walla.. 21k hebat tu… tahniah
    teringin dan mahu juga dapat banyak tu… berusaha lagi

  8. hebat blog ni..boleh la mencontohi LIza lepas ni.. 🙂

  9. Hmm.. menarik tips tersebut. Layout templat blog ni pun dah semakin unik. kemas lagi bergaya. Takpe insyaAllah, awak juga akan keluar masuk tv glemer bagai. Niat hati org kita tak mungkin tahu sepenuhnya

  10. Thanks kerana berkongsi ilmu

  11. Tips yang menarik,memang kalau entry bermusim ni sekejap je panasnya,tentang bab seo ni memang penting untuk entry title diindexs oleh search enjine.lebih-lebih lagi boleh duk 10 tempat teratas carian google,memang banyak visitor yang masuk ke blog.

  12. Memang tak dinafikan lagi 4 tip di atas betul. Sebaiknya setiap minggu buat 2 entri untuk keyword tak bermusim dengan keyword untuk SEO. Maksudnya setiap minggu sekurang-kurangnya buat dua killer entri.

  13. Een

    Sekarang ni dah tak relevan dah setting SEO semua ni. Sekarang ni lebih kepada content dan recommendation yang dapat melalui laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge